Kata-kata ku.
Aku bukanlah graduan politik dan aku juga bukanlah pakar politik tetapi aku hanyalah petani yang kerja ku hari-bertani hujung minggu pula pergi sembahyang,kerja ini telah pun aku putar-putar semenjak dari tahun 2004 yang lepas dan kerana aku hanyalah petani kampungan pendapatan aku pun tidaklah sebanyak mana tetapi sudah cukuplah untuk aku pergi makan mee di Bandar Bintulu.Biar pun aku hanyalah petani haraplah bahawa itu bukanlah alasan untuk orang lain cuba mempersenda-sendakan aku,menghina-hinakan aku atau pun cuba menghalang-halangkan aku menulis apa yang aku nak tulis. Aku adalah aku dan kau adalah kau dan kita masing-masing ada peranan tersendiri dalam masyarakat dan kita masing-masing telah ditentukan untuk menjadi sebaiknya manusia oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Ada pun persoalan-persoalan seperti tertera di bawah adalah hasil daripada buah fikiran ku dalam seronoknya aku bertani,kekadang aku rasa sedih bila memikir-mikirkan nasib Belaga-sampai bila Belaga terus dan harus diperkotak katikkan oleh Kuching? Berkuasa sangatkah Kuching? Sedihnya lagi adalah apabila orang-orang politik dari Belaga(kononnya orang Politik) telah memprogramkan mentaliti penduduk Belaga supaya terus bergantung harap hanya kepada mereka sahaja,hanya mereka sahajalah ‘cahaya yang tidak akan malap’ sudahnya cahaya itu akan menerangi beberapa buah bilik sahaja di Belaga ini sementara majoriti penduduk terpaksa terus meraba-raba mencari arah manakala cahaya hanya akan disuluhkan kepada mereka lagi apabila musim mengundi bertandang,panorama ini telah bergulir dalam masa yang agak lama sudah bermula dari zaman YB Tajang Laing,YB Nyipa Bato,YB Stanley Ajang dan terkini YB Liwan Lagang, sementara YB-YB seperti di atas hanya mahu menyuluh cahaya di Belaga hanya pada musim mengundi/pilihanraya.
Maka persoalan yang bermain-main di benak ku adalah-kenapa parti pembangkang tidak mau ambil peluang?kenapa pembangkang tidak mau ‘menanam benih’ terlebih dahulu?10-20 tahun kemudian barulah menuai hasilnya? ,kenapa mesti tanam benih hari ini besok mauk tuai hasilnya sudah?kenapa orang-orang yang mauk ‘berdiri’ jadi calon yang mauk lawan sama BN ini tidak sanggup korbankan tamak haloba mereka bergabung suara-pilih satu daripada banyak calon untuk cabar calon BN? Aku yakin bila satu lawan satu maka akan pucat lesilah BN maka akan kuat lah pembangkang kerana undi tidak terpecah-pecah lagi-kenapa pembangkang tidak sanggup bersatu hati di Belaga ya? Adakah hanya untuk memenuhi semangat demokrasi bahawa semua orang boleh tawarkan diri jadi calon yang penting ‘cukup dan penuhi syarat?’ kalau begitu yang gembira dan bersuka ria adalah BN.
Untuk memberi persaingan yang betul-betul ‘real’ untuk BN sepatutnya CALON-CALON PEMBANGKANG mestilah bersatu hati di mana calon-calon yang ramai itu mestilah bersedia untuk berkorban demi masa depan ORANG ULU supaya Kuching tidaklah lagi memandang Belaga hanya dengan sebelah mata atau mereka(calon tadi) ada maksud lain? Contohnya,gertak-gertak sikit manalah tau umpan/pancing tu sangkut maka dapatlah 1-2 ringgit dari mana-mana pihak yang berkepentingan?
Dalam perbualan/perbincangan dengan kawan-kawan, aku juga menekankan bahawa sudah tiba masanya Belaga memiliki Pembangkang sepenuh masa,kerana buat masa sekarang aku melihat pembangkang di Belaga ini samalah seperti lagu ‘we wish you A Merry Cristmas’ yang mana lagu ini hanya akan berkumandang bila musim Krismas sahaja lepas musim Krismas maka lagu ini pun senyap sunyi,begitulah pembangkang di Belaga ni dalam hemat aku.Bila tiba musim pilihanraya barulah kita akan melihat beberapa wajah tampil ke depan menawarkan diri menjadi calon, di sinilah BN sangat-sangat gembira kerana,’apa sangatlah dia tu’ biar pun YB BN ni hanya membuat kerja sedikit sahaja sepanjang 4 tahun itu tetapi ia lagi baik berbanding calon-calon pembangkang yang langsung tidak membuat kerja sepanjang 4 tahun itu jadi biar pun hujah-hujah yang dibawa oleh bakal-bakal YB pembangkang ini tadi ada ‘umphh’ tetapi ia gagal menambat sanubari para pengundi yang sudah selesa dengan ‘omongan kosong’ BN tadi,akhirnya para pengundi akan termakan dengan kata-kata BN bahawa pembangkang hanya pandai berkata-kata(menabur janji) sahaja ‘mana ada pembangkang ada duit?’ jadi kepada bakal-bakal YB dari pembangkang ada baiknya anda semua menjadi ahli politik sepenuh masa maksudnya lakukan kerja sepanjang 4 tahun itu, dari sana barulah kami pengundi ni tahu dan kenal siapa anda kan? Ingat bahawa buah kelapa sawit hanya benar-benar boleh dituai buahnya hanya apabila umurnya 7 tahun ke atas.
Dan kepada kawan-kawan suka saya berkongsi akan perkara-perkara seperti tertera:
1) Apa tujuan pembangkang di Belaga?
2) Kenapa pembangkang adalah perlu di Belaga?
3) Kenapa pembangkang perlu dan berhak memerintah Belaga?
4) Betulkah hanya BN sahaja yang boleh memerintah Belaga?
5) Betulkah hanya BN sahaja yang dapat membawa kemajuan/pembangunan untuk Belaga?
6) Siapa pengundi?
7) Siapa yang layak mengundi?
8) Apa tanggungjawab pengundi di Belaga?
9) Adakah mengundi pembangkang itu satu dosa dan salah di sisi undang2/perlembangaan Negara?
10) Kenapa mesti mengundi pembangkang?
11) Adakah memberi kemenangan kepada pembangkang adalah satu eksperimen?
12) Betulkah pembangkang hanya pandai cakap?
13) Pembangkang tidak ada duit untuk bangunkan belaga manakala BN ada duit?
14) Duit dan projek BN datang dari mana?
15) Apa itu cukai pendapatan?
16) Siapa yang membayar cukai pendapatan adakah orang BN sahaja atau sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang dari segi undang2 atau perlembagaan bahawa dia memang sepatutnya membayar cukai?
17) Ke mana cukai pendapatan itu pergi?
18) Kenapa pengundi Belaga takut mengundi pembangkang
19) Tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri dan persekutuan kepada Adun/Parlimen yang diperintah oleh pembangkang dari konteks undang2/perlembagaan?
20) Kekayaan belaga yang tidak dinikmati oleh rakyatnya bila BN masih memerintah?
21) Kenapa begitu susah hendak jumpa YB BN Belaga dan Parlimen Hulu Rejang?
22) Kenapa YB BN suka memerintah Belaga dan Hulu Rejang dari Kuching dari YB yang dulu2 sampai sekarang?
23) Mana upis gerakan YB BN dari dulu sampai sekarang di Belaga dan Hulu Rejang?
24) Apa sumbangan tauke2 balak dan sawit dalam memperkasakan taraf hidup orang Belaga?(ekonomi,pendidikan dan kesihatan?) dan apa peranan YB dalam hal ini?
25) Sudah terjaminkah hak rakyat Belaga(khasnya Orang Ulu) terhadap tanah NCR?
Orang Ulu di Asap ada NCR?
26) Kenapa NCR adalah penting dan perlu bagi seorang individu yang bernama Orang Ulu?
27) Boleh atau tidak Orang Ulu hidup tanpa NCR?
28) Salah kah seorang individu Orang Ulu itu jika memperjuangkan dan menuntut haknya mengikut lunas undang2?
29) Adakah undang2 NCR sekarang memberi kelebihan kepada Orang Ulu atau memberi kelebihan kepada sang pemerintah dalam cita-citanya meneroka tanah?
30) Bagaimana caranya untuk kita memberi pendidikan/kesedaran kepada Orang Ulu mengikut lunas undang2 bahawa NCR adalah perlu dan wajib dimiliki dan dipertahankan?
31) Kenapa SPR tidak pisahkan Belaga dari Parlimen Hulu Rejang? Dan wujudkan sebuah parlimen sendiri untuk Belaga/Orang Ulu manakala dalam parlimen Belaga ini tadi diwujudkan pula dua buah Adun(contohnya-Balui dan Asap) manalah tau dengan keadaan begini Belaga senang dibangun dan dimajukan. Adakah kerana bilangan pengundi Belaga tidak cukup atau adakah kerana Orang Ulu/Belaga sendiri tidak pernah membawa isu ini ke khalayak?