Isnin, 4 Januari 2010

BADAN PEMIKIR



ü 2009 kini dalam kenangan.Pastinya banyak cerita yang mauk disimpan masing-masing oleh kita semua dalam album kenangan.Sedar tidak sedar telah 10 tahun Uma Nyaving mendiami Asap ini. Bila kita renungkan dari konteks rohani maka beranilah kita simpulkan bahawa Asap adalah tanah perjanjian yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada kita.Sebagaimana Tuhan menjanjikan Tanah Kanaan kepada umat Israel,pengembaraan kita adalah sangat panjang dan penuh liku-bermula dari tanah Indonesia-kini kita di Asap(abad 18-21) Akan adakah lagi penghijrahan besar-besaran komuniti ini ke tempat lain setelah 100 tahun?

ü Perlu diakui bahawa sangat banyak kelemahan pengurusan pihak pemerintah dalam proses perpindahan ini dahulu tetapi kita tidak perlulah marah sangat dengan mereka(pemerintah) kerana salah satu puncanya juga adalah bos2 kita seperti temenggung,penghulu,pemanca,maren2 Uma yang buta mata dan buta hati.Setelah 10 tahun berpindah bermaksud telah 10 kali sudah kita merayakan/meyambut tahun baru di Asap.

ü Pada kebiasaannya semua kita akan hadir ke tahun baru dengan azam baru-boleh jadi ia adalah kesinambungan dari azam tahun lepas dan boleh jadi ia adalah azam yang baru lahir/azam baru.


ü Berazam adalah satu kerja yang baik/positif-ia akan memaksa minda kita bekerja jadi kepala otak kita tidak tidur sahaja-sekurang-kurangnya adalah kerja yang ia buat.

ü Menurut kamus dewan(1984 m/s 63) azam bermaksud –kemahuan(keinginan,cita-cita) yang sangat kuat,tujuan(yang sesungguhnya) manakala berazam bermaksud-mempunyai azam,bertujuan(dengan sesungguhnya) bercita-cita kuat(untuk melakukan atau mencapai sesuatu)


ü Aku secara jujurnya lupa jika pernah ada azam apabila fajar tahun baru mengetuk jendela kamar hidup ku atau pun tidak.Mungkin ada tetapi aku lupa kerana aku tidak mengambil serius perkara itu(azam)

ü Biasanya,cara Uma Nyaving menyambut tahun baru adalah ‘steady’ dengan ada sesetengahnya menghias awa mereka dengan lampu warna warni-macam dalam ‘pub’ pula rasanya-tertutup sahaja pintu 2009 maka penduduk pun akan dengan gembiranya menyusuri awa saling berjabat tangan mengucapkan ‘selamet duman maring’ manakala bagi yang beragama kristian(RC dan SIB) mereka akan berdoa dahulu lepas itu mereka akan sama-sama hanyut dek keindahan tahun baru.Pesta akan berlanjutan sampai pagi,maka di sinilah pergaduhan mudah tercetus-semakin pagi semakin mabuk-itulah puncanya.Aku tidak akan bagitau cara itu salah tetapi aku hanya kata-boleh kita sambut/rayakan tahun baru dengan cara lain? Cara yang sedikit ada isi kandungan bernasnya.


ü Cara aku menyambut tahun 2010 adalah dengan tidur pada jam 11.50 malam,bila aku bangun pada keesokan paginya,jam 6 pagi aku jalan-jalan di ‘awa’ uma aru-rupa-rupanya ada penduduk uma Nyaving yang menyambut tahun 2010 dengan ‘bertumbuk’ sesama sendiri dan ada yang menggunakan senapang patah(mujurlah dapat dileraikan) ya begitu dan betapa hebatnya penduduk Uma Nyaving menyambut tahun baru.

ü Bila aku jadi ketua kampong lepas ni-aku nak ubahlah cara sambut tahun baru-mabuk-mabukkan ini-aku akan gantikan dengan mesyuarat tengah malam(hehe…)-selepas sembahyang sambil berkaraoke-mesyuarat lagi-nyanyi lagi-tidak ada ‘sap apek,undan,level 5 atau pun burak’.Amacam ok tak idea aku?


ü Tapi susah sikit la aku nak jadi ketua kampong kerana aku adalah ‘panyin’ sedangkan komuniti Uma Nyaving masih cuba mendelegasikan jawatan ketua kampong itu dari ‘maren ke maren’.Bagaimana mauk ubah ni? Jan apa jika ketua kampong itu masih darah Maren tetapi biarlah Maren itu berpendidikan dan tidak suka bergaduh/bertumbuk.Bah bagaimana mauk jadi bos jika mauk tumbuk anakbiak?

ü Aku setuju bahawa ‘masa itu akan menjadi milik kita orang muda ini juga suatu hari nanti-jika pun kita tidak buat apa-apa-tetapi masa akan berpihak kepada kita juga nanti-kerana orang-orang tua ini akan balik ke tempat asal-jadi tidak perlu risau’.Memang betul tetapi apabila masa itu akan tiba maka orang-orang muda seperti aku punya mentaliti kelas 3-apalah gunanya kan? Pi mai pi mai tang tu lagi lah Uma Nyaving.


ü Untuk mengubah mentaliti seseorang bukanlah semudah memisahkan antara tulang dan isik ikan-sangat payah dan mencabar,ia adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui di tempat kerja ku sekarang.Sebuah kompeni yang tidak ada budaya organisasi positif dan langsung tidak ada pengurusan sumber manusia yang baik-bukan sebuah kompeni yang berorientasikan kecemerlangan prestasi.

ü Harus aku akui-bahawa setelah 2 tahun aku di sini-aku bukannya gagal tetapi hanya belum berjaya-perubahan telah ada tetapi sangat perlahan-sabotaj senyap-senyap adalah satu ancaman besar bagi aku.


ü Kompeni ini telah ada 12 tahun sebelum aku mari(1996-2008) jadi untuk aku mengubah kepala otak warganya hanya dalam 3 tahun adalah satu perkara yang hampir mustahil-jadi ia mengajar aku supaya ‘konsisten’ semua aspek-biar perlahan/sedikit2 tetapi terus maju ke depan.

ü Maka itu-untuk membawa Uma Nyaving ke dimensi baru-langkah itu mestilah bermula dari sekarang-bukan menunggu masa itu datang ke pangkuan.Mesti diingat komuniti Uma Nyaving wujud sebagai sebuah organisasi adalah lagi lama ketimbang kompeni tempat ku kerja sekarang ini tambahan pula kepala otak mereka telah diprogramkan,jadi perlulah berhati-hati dalam proses mengubah program itu-jika tidak boleh ‘sot’ dibuatnya.


ü Lihat sahajalah komuniti Katolik St Matthew Uma Nyaving-ahad lepas-3/1/2010 hanya satu dua orang sahaja yang hadir-yang lainnya berebut-rebut ke sekolah SK Sg Asap dan SMK Bakun-proses pendaftaran pelajar.Pendidikan/sekolah adalah penting tetapi pendaftaran itu boleh dilakukan selepas jam 10 pagi kan? Aku percaya tidak ada peraturan yang menetapkan bahawa anda akan dihukum(denda wang/penjara) kerana lambat sehari mendaftarkan anak anda-di sinilah kita gagal melihat dan menghayati ajaran agama yang meminta kita supaya setia kepada perkara yang kecil maka ganjarannya adalah besar.Kita masih dahulukan kepentingan sendiri-kepentingan gereja perkara nombor 10!!-jadi untuk mengubah minda ini bukanlah mudah!,lebih-lebih lagi jika perkara itu sudah diungkap berkali-kali tetapi masih juga tidak berubahkan? Payah-payah!

ü Kerana itu Uma Nyaving dicadangkan perlu ada badan pemikirnya sendiri-syarat asas menjadi ahli badan pemikir ini adalah-berfikiran terbuka-boleh terima idea orang lain dan terbuka terhadap kritikan,jangan pikir diri sendiri je yang banyak ilmu,sanggup korbankan masa peribadi,tidak cepat/mudah merajuk dengan sabotaj2 senyap,sanggup menjerit/keluarkan kata2 keras( tetapi bukan untuk bertumbuk)-dengan memarahi orang lain tetapi bukan untuk menghina peribadi,mesti punya sikap tidak tau malu(terhegeh2 yang tinggi),suka mencari masalah,banyak membaca dan bergaul dengan komuniti luar dan biar pun kawin dengan orang luar Uma Nyaving tetapi semangat Uma Nyaving adalah 100%.

ü Ya bercakap adalah senang-merancang pun senang tetapi melaksanakan apa yang dicakap itu adalah susah,biar pun begitu, perubahan bermula antara lain daripada cakap-cakap dan merancang(atas kertas),cakap-cakap itu pula akan lahirkan gugusan perkataan yang bila kita mengazamkannya akan diterjemahkan dalam tindakan.

ü Uma Nyaving bukanlah seteruk yang difikirkan,bila kita melihat kepada darjat pangkat kerja dan tahap tinggi akademik penduduknya ketimbang kampong-kampung lain di Asap ini,bezanya hanyalah ‘kesatuan hati’ tanpa pikir ideologi seseorang. Bila melihat sistem pentadbiran Uma Nyaving sekarang adakah ia ada mengaplikasikan ‘kesatuan hati’? bagi aku ada,persoalannya hanyalah-adakah menyeluruh? Bagi aku tidak.

ü Makanya,orang-orang muda Uma Nyaving yang berbakat dan berpotensi perlulah keluar dari zon selesa untuk membawa penduduk kampong(khasnya orang2 muda) supaya membentuk kesatuan hati(tetapi perlu diingat berbeza pendapat adalah perkara biasa) supaya dari kesatuan hati itu akan terbentuklah sebuah badan pemikir maka dari cakap-cakap badan pemikir ini akan lahirlah nanti pelbagai gugusan rancangan bagaimana untuk melahirkan sebuah komuniti Uma Nyaving yang berorientasikan Kecemerlangan Prestasi dalam semua aspek(khasnya pendidikan dan kerjaya/karier dan agama).

ü Prinsipnya adalah-10 kepala adalah lebih bernas berbanding 1 kepala.Maksudnya-semakin ramai orang yang menyumbang idea(badan pemikir) maka semakin mantaplah organisasi itu dan seperti lidi-ia bukanlah penyapu bila ia hanya satu tetapi ia boleh menyapu besi bila ia disatukan(sehingga 3 ribu batang)

ü Selamet Duman Maring 2010.Berazamlah kita sebelum kita diazamkan.