Selasa, 13 Oktober 2009

MPOB,apa hal belum tolak tanah lagi?

Ucapan Perasmian oleh Tan Sri Bernard Dompok
Pemandangan/Perkarangan dewan perasmian(Apa nama dewan ni ya?)

Suasana dalam dewan(baju dan topi ditaja oleh MPOB)

MPOB Belaga bangunkan model ladang sawit mapan
Oleh Che Johari Mamat

BELAGA: Stesen Penyelidikan MPOB Belaga, Sarawak yang sedang dibangunkan akan menumpu penyelidikan dan pembangunan model ladang sawit berasaskan kepelbagaian biodiversiti melalui aplikasi teknologi mapan dan mesra alam sekitar. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui MPOB ini bertujuan meningkatkan kegiatan penyelidikan dan pemindahan teknologi kepada penanam sawit khususnya di kawasan pedalaman Sarawak.

“Penubuhan stesen penyelidikan ini nanti bukan saja berupaya meningkatkan kegiatan penyelidikan malah akan membangunkan model ladang sawit yang mengaplikasikan amalan pertanian berdasarkan kod amalan baik bagi menghasilkan minyak sawit mapan.” “Pembangunan kompleks ini dibiayai melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) berjumlah RM10.5 juta yang membabitkan pembinaan kompleks pejabat, prasarana penyelidikan, model ladang sawit dan taman benih sawit,” katanya ketika berucap merasmikan pembangunan Kompleks Stesen Penyelidikan itu di sini baru baru ini. Turut hadir, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato’ Sri Dr James Jemut Masing; Ahli Parlimen Ulu Rajang, Datuk Abit Joo; ADUN Belaga, Liwang Lagang; Pengerusi MPOB, Dato’ Sabri Ahmad, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid dan Residen Bahagian Kapit, Dahim Nadot.

Beliau berkata, stesen Penyelidikan MPOB Belaga ini adalah yang kelapan dan kedua di negeri Sarawak selepas Stesen di Sessang yang akan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan penanaman sawit di tanah mineral di kawasan pedalaman Sarawak. “Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang beroperasi sejak 1991 itu menumpukan kajian penyelidikan penanaman sawit di kawasan tanah gambut,” katanya. Tan Sri Bernard Dompok berkata, Kompleks Stesen ini akan akan dibangunkan mengguna aplikasi teknologi terkini seperti teknologi deria jauh (Remote Sensing) dan teknologi digital bagi pembangunan model ladang sawit dan pada masa yang sama memulihara kepelbagaian biodiversiti. ”Ia juga akan menempatkan model kebun sawit untuk pekebun kecil bagi pemindahan teknologi penanaman sawit dan integrasi tanaman serta ternakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang sawit.

“Stesen juga akan dilengkapkan dengan kemudahan penyelidikan seperti makmal, loji rintis dan kemudahan penyelidikan bagi pengeluaran bahan tanaman berkualiti dan kajian amalan pertanian baik bagi meningkatkan hasil tanaman sawit,” katanya. Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian ini sentiasa memberi tumpuan utama kepada penyelidikan dan menggalakkan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan hasil pendapatan terutama pekebun kecil di kawasan pedalaman.
kata-kata ku:
1. Perasmian adalah pada 21/7/2009
2. Daripada cakap2 yang boleh dipercayai bahawa operasi hidupkan stesen penyelidikan ini akan bermula bulan ogos 2009 tetapi sekarang dah bulan oktober 2009,apa macam? ada masalah ka? manalah tau kan? kawasan/tapak yang dicadangkan untuk dirikan stesen penyelidikan itu contohnya...mungkin tu yang lama2 tu? atau ada sebab lain atau jadual mulakan projek memang lama lagi? mungkin sebelum piliharaya negeri Sarawak nanti? kalau gitu aku lah yang salahkan? hehe..
3. Secara peribadi dan prinsipnya aku menyokong dan bersetuju MPOB ni wujudkan stesen penyelidikan mereka di Belaga,kenapa? Dah namanya stesen penyelidikan maka tentulah kerja mereka menyelidik kan? haha...persoalannya adalah,adakah hasil penyelidikan mereka itu nanti akan benar-benar membantu orang-orang kampung yang tanam sawit? atau akan hanya menguntungkan syarikat2 sawit dan pemerintah sahaja? harap2 tidaklah ya.
4. Selepas perasmian tu,dalam tengah seronok2 orang kampung melihat pameran maka adalah 'orang-orang' yang minta semua orang kampung 'minggir2' kerana pak menteri mauk lihat pameran..dalam ati 'pulak dah,ni ka yang dikatakan rakyat didahulukan?' ada ke minta para pengundi ketepi? kalau bukan pengundi BN tidak menang yo..yo.Dah la datang lambat sampai berpeluh-peluh rakyat tunggu perut pun berbunyi-bunyi.
5. Dewan tempat perasmian ni sekarang aku dengar banyak masalah-biasa la kan? hehe..lihat je rumah panjang yang berharga 50 ribu sebuah/sepintu tu...bocor sana bocor sini,reput sana reput sini..tapi aku hairan la dengan Orang Ulu ni..dah tau orang aniaya kita kenapa tetap juga bersabar sabar ya? dewan ni panas sangat-sistem udaranya tidak begitu baik,aku berharap agar kenyataan ku ini salah ya.
Penutup:
Kenapa lambat sangat aku tulis pasal hal ini? kerana aku mauk tunggu samada lipan sudah tolak tanah untuk dirikan stesen penyelidikan MPOB pada bulan 8,9,10 ni tadi tapi belum2 juga-rupa-rupanya belum jugak lagi pun surat khabar nasional dah 'war-warkan' hal ini kan?
Bagaimanalah nasib pekebun kecik(majoriti Uma Sambop) yang dapat biasiswa anak pokok sawit masa hari perasmian itu ya? dah mula tanam sawit itu atau anak sawit itu masih melekat di replika surat biasiswa itu?