Tidur makan dan tidur makan,akhirnya tanpa sedar kita telah pun disuakan dengan bola sepak piala dunia edisi ke 19 semenjak edisi pertama pada tahun 1930 di Uruguay.
Sekarang semua jurulatih pasukan yang sudah layak bolehlah bersantai-santai di tepi pantai haha..sementara jurulatih pasukan yang terpaksa mengharungi playoff dan pasukan-pasukan dari benua Afrika belum boleh bersantai-santai kerana kerja mereka belum lagi selesai.
Wakil benua Asia adalah Australia,Korea Selatan serta utara dan Jepun manakala pasukan Bahrain masih boleh layak sekiranya menang menentang New Zealand dalam playoff(playoff pertama kedua-dua buah pasukan seri tanpa jaringan)
Sebagai rakyat Malaysia teringin juga hati ini melihat Malaysia beradu kekuatan fizikal dan mental dengan pasukan seperti Jerman dan Belanda,tetapi apakan dayakan? bolasepak Malaysia tetap juga retorik semata-mata semenjak dua menjak ini.Para pemimpin FAM tetap juga 'flip flop' dalam tindakan dan keputusan.Sering aku tertanya-tanya kenapa pengurusan bolasepak Malaysia mesti ada politik dan golongan diraja? Pelik kan bolasepak Malaysia ni.Hari tu bila mereka lawan Manchester United aku nonton juga(TV) bukanlah kerana pasukan Malaysia tetapi aku teringin sangat nak nonton Owen-lama dah tak nonton beliau bermain(semoga jurulatih England akan senaraikan Owen ke Piala Dunia 2010).
Besoknya rakyat Malaysia(bukan semua ok) pun berbangga-bangga bahawa 'prestasi pasukan Malaysia ada/telah meningkat'.Aku tergelak,di manakah peningkatan prestasi itu ya?bagi aku bolasepak Malaysia bukanlah soal 'prestasi sudah meningkat' atau tidak kerana sepatutnya soal meningkat atau tidak prestasi tu,itu adalah isu-isu pasukan Laos dan Filipina sepatutnya Malaysia bercakap bagaimana nak kalahkan Jepun dan Korea Selatan,logiknya? pasukan-pasukan ini adalah musuh tradisi kita pada tahun 1960an dan 1970an dan masa itu standard bolasepak kita adalah setaraf dengan mereka.
Maka sesuai dengan peredaran zaman kedua-dua pasukan itu sekarang telah dan sudah tidak bercerita pasal samada prestasi pasukan mereka meningkat atau tidak tetapi mereka telah bercerita pasal teknik dan taktik bagaimana mau membaham pasukan elit dunia seperti Jerman,Brazil dan Argentina di pentas piala dunia,maksudnya prestasi mereka memang/telah pun meningkat kerena itulah mereka layak ke piala dunia banyak kali dah sementara Malaysia? haha...masih juga bercerita pasal 'peningkatan prestasi',kedua-dua buah pasukan tadi telah pun berjaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan seperti Argentina,Perancis,Belanda dan Jerman sementara itu Malaysia hanya berjaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester United,harus diingat antara lain bagaimana FIFA tentukan rangking pasukan dunia adalah berdasarkan kepada prestij satu-satu pasukan yang menjadi lawan kita itu dan prestijnya satu-satu kejohanan itu,jadi apabila Malaysia menang lawan Manchester United sekali pun kedudukan rangking Malaysia tidak akan berubah kerana Manchester United hanyalah kelab bolasepak dan pasukan Malaysia itu adalah pasukan yang mencari peningkatan prestasi dan pendedahan(Tim B) bukan pasukan senior.Bila Manchester ke negara Jepun dan Korea Selatan,kita semua boleh melihat bahawa pasukan-pasukan yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka(MU) adalah pasukan kelab sahaja,ada pasukan kebangsaan mereka beradu tenaga dengan MU? Tidak ada.
Malaysia pernah tewas dengan Laos dan Filipina dalam sukan Sea sedangkan masa itu(1990an) kedua-dua buah negara tadi tidak ada pun liga semi Pro seperti Malaysia dalam erti kata lain mereka hanya bermain bolasepak untuk beriadah sedangkan Malaysia waktu itu sudah ada semi pro yang mana para pemain ada gaji,sekarang diubah namanya menjadi liga profesionaldi mana silapnya Malaysia ini ya?
Bila melihat rangking FIFA, Malaysia pada kedudukan 150 terbaik dunia daripada 206 negara yang menjadi ahli FIFA,Malaysia hanya memerlukan 56 anak tangga untuk mencapai tangga 206 itu tetapi Malaysia terpaksa meniti 149 anak tangga untuk mengatasi kedudukan Brazil di rangking 1 dunia,jadi pilihan terletak di tangan FAM.
Malaysia 40 anak tangga di belakang Thailand(110),31 anak tangga untuk mengejar Singapura(119) dan 21 anak tangga untuk mengatasi Indonesia(129) sambil Malaysia hanya perlu berundur 5 anak tangga untuk berada dibawah Filipina(155) dan hanya 20 anak tangga di atas Laos(170).Mungkinkah kedudukan Malaysia akan bertambah baik,merudum atau kekal?sama-samalah kita melihatnya selepas 20/11/2009 ini(FIFA.com akan update rangking pada tarikh itu)
Bersambung...
