Beberapa hari yang lalu dalam laman facebook ku,aku ada menyatakan ‘easter telah pun berlalu kini adven telah tiba,dan sekali lagi aku diberi peluang untuk melakukan refleksi diri’.Refleksi adalah terjemahan dari perkataan enggeris ‘reflect’ yang bermaksud – ‘mencerminkan,berfikir dalam-dalam,mengenangkan kembali’.Bila kita melihat dalam konteks St Matthew Uma Nyaving dan kampung Uma Nyaving itu sendiri-maka inilah masa atau saat yang sesuai untuk kita duduk diam-diam dalam keheningan mempersoalkan diri kita ‘sejauh mana sudah kita telah menggunakan bakat/anugerah/rezeki yang Tuhan berikan untuk kita untuk membangunkan hati iman gereja kita? Dan sejauh mana pula kita telah menggunakan bakat/anugerah/rezeki yang Tuhan berikan itu untuk melahirkan semula sebuah komuniti Kayan Uma Nyaving?Oleh kerana Uma Nyaving telah ketinggalan jauh dengan kampong Kayan seperti Uma Belor(yang baru-baru ini mendapat anugerah kampong cemerlang peringkat negeri Sarawak) Marilah kita dengan rendah hati/diri mengakui kepada Tuhan yang Maha Kuasa bahawa kita adalah umatnya yang lemah dan berdosa dan akuilah penuh ikhlas dan jujur bahawa kita sangat-sangat memerlukan Tuhan(campurtangan dalam kehidupan kita)
Maka dengan itu kita adalah diajak untuk lakukan refleksi diri dengan penuh jujur dan ikhlas.Adalah dicadangkan agar refleksi kita itu berkenaan dengan:
Perhubungan peribadi kita dengan Tuhan-Bapa Kita Di Syurga.
- bagaimana perhubungan kita dengan Bapa? Ada baik? Selalu kita berdoa? Berapa kali sudah kita dalam tahun ini ‘ngaku dosa’ dengan father?
- aku tau bahawa Bapa sangat-sangat menyayangi diri ini,tetapi persoalannya adalah sejauh mana sudah saya menghargai kasih sayang Tuhan itu? Sepenuh hati atau separuh hati atau langsung tidak ada?
- adakah saya begitu mengejar kamasyuran duniawi sehingga saya selalu hadir dengan alasan-alasan untuk menghalalkan tindakan saya ‘tidak hadir ke gereja St Matthew Uma Nyaving untuk sembahyang,tidak menghulurkan bantuan untuk gereja bila gereja memerlukan?
Perhubungan sesama manusia
- bagaimana perhubungan dengan sesama umat? Adakah saya telah menghargai dan menghormati sesama? Lebih-lebih lagi dengan individu yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi seperti diri ku ini?
- Adakah saya telah bina tembok di minda saya bahawa saya mesti/hanya berkawan dengan orang-orang yang berprestasi dan punya reputasi baik seperti saya sahaja?
- pernahkah saya cabar dan paksa diri saya untuk keluar dari penjara minda saya ini untuk menghulurkan bantuan kepada individu-individu yang memerlukannya?
- bagaimana dengan ego ku? Adakah terlalu-lalu tinggi sehingga saya memandang rendah terhadap penduduk kampong?
Ya itulah dua perkara yang aku fikir penting untuk kita sama-sama renung dan fikir sedalam-dalamnya pada masa adven ini.Kerana St Matthew Uma Nyaving adalah sebuah komuniti Katolik yang kecil jadi aku fikir untuk membentuk sebuah kesatuan yang utuh dan kukuh adalah dalam jangkaun dan bila komuniti Katolik sudah utuh dan kukuh maka barulah sebuah komuniti Uma Nyaving yang berprestasi tinggi boleh dilahirkan.,
Kenapa pada musim adven?
Adven bererti ‘kedatangan’ atau ‘akan datang’ Dalam masa adven kita diajak oleh gereja untuk mempersiapkan diri untuk menunggu kedatangan Kristus kali kedua pada akhir zaman serta menyambut hari kelahiran Kristus iaitu kedatangannya yang pertama suatu waktu dahulu(Fr Boniface Kimsin-heraldmalaysia.com)
Untuk memulakan azam yang baru,biasanya kita menunggu malam 31/12 atau pun bila terbitnya fajar 1/1 kan? Bagi aku itu adalah apabila kita melihat kepada kalender dunia,cuba kita melihat kepada kalender gereja? Menurut Ingrid Listiati(29/11/2009) ‘Katolik mempunyai kalender liturgy setiap tahunnya yang berputar dari masa adven,natal,masa biasa,masa prapaska,paska,pentakosta,masa biasa dan kemudianya ke masa adven tahun berikutnya’(www.katolisitas.org) daripada huraian di atas,bolehlah diertikan bahawa tahun baru dalam hati iman seorang Katolik semolek-moleknya bermula dari masa adven ini-sama seperti tahun liturgy kita yang sudah berputar dari B ke C maka seharusnya begitulah hati iman kita-berganjak/menapak satu langkah kearah kebaikan.
tulisan ini telah dikongsikan dengan muda mudi Katolik Uma Nyaving.
