Jumaat, 20 November 2009

YB Terkilan

Adun Belaga Terkilan Warga Bangladesh Jadi Pengawal Keselamatan.

Tajuk berita di atas adalah seperti yang dilaporkan oleh wartawan utusan Sarawak pada 14/11/2009.

YB Liwan dikatakan terkilan apabila melihat ramai rakyat asing terutama warganegara Bangladesh mengisi kekosongan kerja dalam projek berkenaan.
Kenapa kontraktor suka mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan mereka ya? Daripada pengalaman langsung dan melalui cerita-cerita kawan,didapati pekerja tempatan ini banyak sangat karenah sehingga memeningkan kepala otak taukey sementara pekerja asing ini pula,oleh kerana mereka datang dari jauh dan sedar diri maka karenah mereka sedikit sahaja dan boleh dikawal.Aku pernah dengar dari saudara yang bekerja di Bakun bahawa pekerja tempatan yang sama kampong dengan beliau dengan sesukati ati ‘bercuti’ sementara ditempat kerja ku sekarang ini,diberitahu oleh Manager bahawa pada penghujung tahun 2006 pemandu puson(farm traktor) telah dengan sesukati hatinya bercuti,bagi aku persamaan kedua-dua kes ini adalah,mereka bercuti semata-mata untuk bermain bolasepak piala Krismas,bah!! Betapa hebatnya piala Krismas sehingga orang membelakangkan peraturan/undang kerja,kedua adalah ia dilakukan oleh pekerja tempatan.Kesan langsung daripada masalah ini adalah produktiviti syarikat telah menurun.
Manakala di tempat kerja saya sendiri,baru semalam saya ‘bertegang urat leher’ dengan seorang pekerja tempatan kerana saya telah memotong ‘overtime’ beliau maka beliau sangat-sangat tidak berpuas hati sehingga dia melibatkan agama dalam pertengkaran itu mungkin untuk ‘menghalalkan’ perbuatan beliau(mungkin juga kerana dia lihat aku ni boleh tahan juga alimnya hehe..) tetapi saya tetap juga dengan pendirian saya bahawa ‘saya tetap potong over timenya’ dipendekkan cerita beliau tidak berpuas hati lalu dia hendak berjumpa dengan Manager ‘ya itu hak anda,silakan’ bila dia pergi jumpa Manager,tau-tau dia kena ‘cuci’ pulak,kan dah malang bertimpa,akhirnya beliau meminta maaf dengan saya dan mengakui bahawa ‘saya betul,dia yang keliru’.
Bagi aku dia bukan keliru tetapi oleh karena perasaan tamak telah menguasai diri maka dia sanggup membuat apa sahaja supaya gajinya tinggi.Ya saya bagitau sama dia selepas dia minta maaf adalah, bahawa saya tahu kerja-kerja sampingannya semasa jam kerja tetapi saya ‘diamkan’ sahaja kerana kasihan akan keluarga beliau,lihat! Dia sangat terkejut bila saya beritahu bahawa saya tahu kerja-kerja sampingan beliau.Untuk rekod ini sudah kali kedua saya bertegang urat leher dengan pekerja ini untuk perkara yang sama.Ini baru seorang, di tempat kerja aku ada 20 lebih pekerja tempatan.Ah! betapa beratnya cabaran yang terpaksa aku pikul untuk mengubah mentaliti masyarakat ku sendiri.Tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi rezeki untuk ku di syarikat ini,kerana aku boleh mendalami perasaan kemausiaan ku.
Berbanding dengan pekerja luar(TKI Indonesia),di akui bahawa masalah di tempat kerja tetap ada dengan mereka tetapi mereka sangat patuh dan cara mereka ‘bertegang urat leher’ untuk menyelesaikan masalah berbangkit pun adalah sopan dan terpuji.
Andaian yang aku buat adalah,oleh kerana pekerja tempatan ini berasakan bahawa mereka orang tempatan maka mereka adalah raja dan tuan sehingga mereka berfikir bahawa mereka ‘berhak’ bertindak mengikut apa yang mereka fikirkan betul(walaupun sebenarnya salah)
Mungkin itukah sebabnya syarikat-syarikat/kontraktor suka mengambil tenaga kerja luar bekerja dengan mereka?

Seterusnya YB Liwan mencadangkan supaya masyarakat Penan diberi tempat dalam projek HEP untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Masyarakat Penan boleh diambil bekerja tetapi sebelum itu ada eloknya mereka diberi kursus terlebih dahulu berkaitan dengan kerja-kerja yang bakal mereka lakukan disamping mesrakan mereka dengan budaya organisasi jika tidak masyarakat Penan ini akan memberi masalah yang tidak sudah kepada syarikat.Saya ada pengalaman langsung dengan masyarakat penan ini,yang mana tugas rutin saya setiap hujung bulan adalah pergi berbincang dengan taukey kantin supaya ‘menyusun’ semula hutang mereka. Sebenarnya aku sudah pun memberi nasihat untuk mereka supaya berhemat dalam berbelanja. Bayangkan gaji harian mereka hanyalah RM 12.00(dalam sebulan adalah gaji mereka dalam lingkungan 200-300 sahaja) tetapi bila pergi ke kantin mereka berbelanja sehingga 20-30 ringgit(biasanya satu keluarga yang pergi,dan biasanya hutang bulanan mereka adalah 300-500),ah! Mereka tidak pernah mendengar nasihat saya tetapi akhirnya aku juga yang susah hehe…selepas 4 bulan aku cadangkan kepada boss aku supaya hantar mereka balik,niat ku baik bila tawarkan mereka bekerja dulu tetapi bila mereka dah menyusahkan aku? Apa boleh aku buat? Hehe..
Sebab itulah aku cadangkan suapaya mereka diberi kursus(dicadangkan kursus ini berterusan diberi selama mana mereka bekerja dengan syarikat) terlebih dahulu sebelum mereka diambil bekerja.Kita mesti akur bahawa corak berfikir kaum Penan ini ada lain sedikit berbanding kaum Orang Ulu yang lainnya itu.
Dan tidak salah jika kursus juga perlu untuk pekerja Orang Ulu yang lain itu(Kayan,Kenyah,Kajang dll)
Nota: kursus yang aku maksudkan dalam erti kata lain adalah ‘latihan dan pembangunan’

Utusan Sarawak juga memberitahu bahawa YB Liwan ada mencadangkan agar kerajaan menempatkan sebuah bank di pekan Belaga dan seorang doktor perubatan di klinik Belaga dan klinik Asap.
Dalam DEKLARASI PENDUDUK SG.ASAP TAHUN 2003 yang ditandatangan oleh semua Maren Uma dan Ketua Masyarakat untuk diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara,pada deklarasi No 12 di bawah tajuk kesihatan,penduduk Asap mencadangkan supaya klinik kesihatan Sg.Asap dinaik taraf ke Poliklinik maka secara automatik akan diketuai oleh seorang doktor,sementara pada deklarasi nombor 15 dibawah tajuk ‘Perkhidmatan’ penduduk Asap telah meminta agar kerajaan menyediakan untuk mereka antara lain adalah balai polis,jabatan bomba dan penyelamat,pejabat pos,bank,jabatan pendaftaran,pejabat kebajikan dan perpustakaan awam.
Oleh kerana deklarasi ini aku terlibat secara langsung bersama dengan Mr Wing Miku(tolong maren uma dan ketua masyarakat membuat kajian dengan menginterview pihak-pihak yang berkenaan dan mendokumenkannya ),maka aku berminat sangat untuk mengikuti perkembangannya, pernah aku bertanya kepada SAO Albania pada tahun 2005,bilakah deklarasi itu perlu disemak semula dan adakah deklarasi itu telah diberi maklumbalas yang baik dan positif dari kerajaan?SAO memberitahu bahawa deklarasi itu akan disemak semula selepas 5 tahun sementara beliau tidak berani mengatakan kalau deklarasi itu telah mendapat maklumbalas yang baik dan positif atau tidak dari kerajaan dan sekarang sudah tahun 2009 sambil SAO Albania pun sudah berpindah,jadi persoalannya sekarang adalah,bagaimanakah nasib atau status deklarasi itu sekarang? Adakah semua Maren Uma dan ketua masyarakat yang pernah menandatangan deklarasi ini masih ingat akan isi kandungannya? Masih relavenkah deklarasi itu sekarang?
Dan adakah pejabat pos(yang timbul tenggelam),perpustakaan desa(dah beroperasi?) dewan serbaguna serta mini stadium(yang selalu berkunci-orang mauk pergi jogging pun tidak dapat)adalah hasil daripada deklarasi ini atau pun tidak?

Akhir kata harap YB Liwan tidak terkilan lama-lama (dengan insiden rakyat asing yang periksa identiti beliau) tak pasal-pasal bila YB Liwan dah sembuh dari perasaan terkilannya itu…DUN BELAGA telah dibawah jajahan Pembangkang haha..jangan marah ha…
Aku pernah bagitau kawan-kawan kerja aku ‘mana logik kita orang tempatan ini yang perlu angkat tangan,beri hormat untuk dia dan minta kebenaran dari dia untuk lalu gate ini’ aku hanya sekali saja lah angkat tangan untuk mereka,lepas tu…malas dah hehe..
Kem balak Samling pun pernah mengupah rakyat asing menjadi pengawal keselamatan mereka(pada tahun 2008) tidak tau tahun 2009 ini,adakah masih ada atau tidak?


www.umanyaving.blogspot.com