Rabu, 9 September 2009

Penan dihasut 'orang luar'

Penan dihasut ‘orang luar’
Oleh Patricia Gari

Mereka ajar Penan menentang kerajaan dengan menyekat jalan serta mensensasi isu hidup secara nomad kaum itu

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Lihan Jok percaya kaum Penan tidak pernah menentang pembangunan dibawa kerajaan tetapi mereka telah dihasut oleh ‘orang luar’ agar berbuat demikian.
Menurut Lihan ‘orang luar’ terbabit mengajar kaum Penan menentang kerajaan dan salah satu caranya ialah melakukan sekatan jalan dan mensensasikan isu hidup secara nomad kaum itu demi kepentingan peribadi mereka (‘orang luar’).
Lihan berkata Penan merupakan kaum yang senang dibawa berbincang cuma disebabkan cara hidup dan budaya mereka selama ini menyebabkan Penan agak perlahan atau belum bersedia menerima perubahan yang cuba dibawa kerajaan tetapi tidak bermakna mereka menentang pembangunan.
“Sebagai wakil rakyat yang cukup mengenali kaum ini, Penan bukannya komuniti yang agresif seperti didakwa sesetengah pihak.
“Mereka mudah dibawa berbincang dan saya percaya insiden melakukan sekatan jalan bukannya idea mereka tetapi telah dihasut oleh ‘orang luar’,” ujarnya.
“Penan seperti kaum lain, mencari rezeki seperti komuniti lain, berjual di Pasar Tamu, sering bertemu dengan pegawai kerajaan dan wakil rakyat untuk mengemukakan masalah dihadapi mereka dengan baik,” tambahnya.
Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai ‘Program Mendekati Masyarakat’ antara dua rakan kongsi utama iaitu Samling Corporatian dan Kuching Specialist Hospital (KcSH) dengan enam syarikat akhbar tempatan di negeri ini.
Menurut Lihan tindakan membuat sekatan jalan bukan sesuatu yang baru dilakukan Penan cuma situasi tegang yang berlaku di beberapa sekatan dipercayai didalangi ‘orang luar’.
Lihan berkata ketika ini hanya terdapat tiga sekatan jalan dilakukan kaum itu iaitu di Long Belok, Long Nen dan Long Bangan (Ulu Baram) bagaimanapun beliau memberitahu sekatan itu dilakukan dengan aman.
“Saya amat kagum kerana sekatan di tiga lokasi ini dilakukan dengan tenang bukannya agresif seperti sebelum ini.
“Mereka mendengar nasihat ketua mereka ketika berbincang dengan kami (pihak kerajaan)… ini perkara yang baik dan sudah tentu sekatan itu masih di sana,” jelasnya.
Lihan berkata sekatan jalan di tiga lokasi itu katanya hanya dilakukan dengan meletakkan batang kayu merentangi jalan dan boleh dialih pada bila-bila masa walaupun hanya menggunakan kudrat manusia.
“Mereka hanya meletakkan batang kayu merentangi jalan dan ia boleh dialih bila-bila masa cuma kerana kita menghormati mereka, tidak kira sekecil mana kayu yang diletakkan kita tidak akan usik. Kita mahu masalah ini diselesaikan secara rundingan,” ujarnya.
Dalam pada itu Lihan memberitahu media bahawa rundingan pertama dengan ketua-ketua kaum Penan di kawasan terbabit bukannya gagal seperti didakwa sesetengah media.
Menurutnya rundingan tersebut belum mencapai kata sepakat dan rundingan seterusnya akan diadakan.
Beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan ketua kaum Penan Unga Paren degil dan tidak akur dengan keputusan kerajaan sebaliknya memberitahu Paren cuma tidak datang ketika rundingan pertama diadakan antara ketua-ketua kaum Penan dan wakil kerajaan baru-baru ini.
Mengenai tuntutan kaum Penan di Ulu Baram, Lihan berkata mereka kini mahu pembangunan dari segi sumber manusia dan sosioekonomi lain seperti projek penanaman getah, pokok buah-buahan dan sebagainya.
“Mereka juga mahukan sebidang tanah serta hak yang sama seperti kaum lain…kita tidak boleh memberi mereka tanah selagi mereka masih terus tinggal secara berpindah-randah.
“Kita ada undang-undang dan setiap yang dibuat harus berdasarkan undang-undang sedia ada tetapi tidak bermakna kita (kerajaan) berputus asa untuk membantu mereka sebaliknya bersabar sehingga mereka sudah bersedia menerima pembangunan kerana kita tidak mahu mereka terus tinggal terpinggir di dalam hutan,” ujar Lihan.

apa aku nak kata?
Adakah kenyataan artikel di atas benar,salah atau 50-50? bagi aku 50-50 lah dan boleh dipertikaikan hehe..dalam masa yang sama kesimpulan aku adalah:
a) adakah ini caranya pemimpin/YB Orang Ulu apabila setiap kali masalah 'meletup' selalu menuduh orang lain puncanya masalah? tidakkah mereka sedetik terfikir yang punca masalah itu mungkin berpunca daripada diri mereka sendiri,sempurna sangatkah YB/pemimpin kita sehingga mereka tidak pernah 'tersilap langkah?'. Jadi aku rasa mungkin juga masalah ini lahir daripada kelalaian YB(Orang Ulu) itu sendiri.
b) masih adil dan masih relevenkah undang tanah Sarawak hingga ke hari ini? Apa nasib Orang Ulu(Sg Asap/Koyan) dan apa nasib kawan2 Penan kita ini? adakah apabila mereka lakukan sekatan jalan balak/demonstrasi maka kita mesti menuduh mereka 'mereka telah dihasut orang luar'. Bagi aku kadang2 ayat ini seolah-olah menghina kawan2 Penan kita,seolah-olah kehidupan mereka mestilah ditentu arahkan oleh YB2 kita,sedangkan siapa kita yang hendak menghalang kawan2 Penan kita berinteraksi dengan dunia luar? tidak semestinya apa sahaja yang datang dari YB kita/BN adalah bagus dan membantu kemajuan hidup dan tidak semestinya apa yang hadir dari kemajuan luar itu adalah buruk/tidak baik. Adakah apabila Orang Ulu(Asap/Koyan) anjurkan demonstrasi supaya YB Belaga beri perhatian dan repair jalan di Asap/Koyan maka demonstrasi itu adalah dirancang oleh orang luar,bagi aku jika YB Belaga mengeluarkan kenyataan begitu maka dia telah menghina cerdik pandai Orang Ulu(Asap/Koyan) aku tau dah ramai Orang Ulu(Asap/Koyan) yang staring minda mereka manakala kawan2 Penan kita pun saya percaya mereka pun sudah ada yang staring minda di kalangan mereka.
c) tetapi jika pun demonstrasi/halang jalan itu dihasut oleh orang luar apa yang YB boleh buat? dah YB jarang2 balik kawasan,dah undang2 tanah(NCR) tidak memihak kepada Orang Ulu? sepatutnya YB2 Orang Ulu mestilah bersyukur kerana ada orang luar yang menghasut Orang luar agar sedar akan Hak-hak mereka sebagai Orang Asal di bumi Sarawak yang Bertuah ini dan untuk itu selalu-selalulah balik kawasan YB(bukan untuk YB Baram sahaja tetapi untuk 2 orang YB Orang Ulu di daerah Belaga/Kapit juga)

KPI Idris Diragui? boleh jadi.


KPI Idris diragui untuk jaga KPI Malaysia
Abdul Aziz Mustafa Tue Sep 08, 09 10:24:47 am MYT

KUALA LUMPUR, Sept 8: Ukuran Indeks Prestasi Utama (KPI) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala ketika menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) menimbulkan keraguan apabila dilantik sebagai menteri.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, keberkesanan beliau sebagai CEO MAS dalam mengawal pelaksanaan insiatif KPI serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi dalam MAS dibimbangi akan berulang dalam kerajaan Malaysia.
Sebelum dilantik sebagai menteri, Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO MAS mulai Disember 2005, selepas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
"Beliau tidak boleh dianggap berjaya menjaga kepentingan syarikat yang diterajuinya ketika itu kerana kita tidak pernah mendengar beliau berusaha untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendakwa pihak yang terlibat dengan kerugian sebesar RM8 bilion yang ditanggung oleh MAS.
"Kegagalan Idris untuk bertindak terhadap pihak yang mengakibatkan kerugian raksaksa kepada syarikat yang diterajuinya adalah tindakan yang tidak sepatutnya (conduct unbecoming) bagi seseorang pengarah urusan," kata Salahuddin ketika menjelaskan mengapa Idris tidak mempunyai KPI yang meyakinkan.
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, walaupun Idris pernah bersama-sama mengiringi pihak polis untuk memberikan taklimat mengenai kesalahan yang mengakibatkan MAS mengalami kerugian tersebut kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi, tetapi kegagalam beliau mengambil tindakan mahkamah menyebabkan pihak yang mengakibatkan MAS menanggung kerugian sebegitu besar terlepas begitu sahaja.
"Walaupun dua laporan polis telah dibuat dan siasatan polis juga telah dilaksanakan, mengapa Idris tidak menjalankan tanggungjawab berkanunnya untuk menjaga kepentingan MAS dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang mengakibat kerugian besar GLC itu?
"Adakah beliau sengaja enggan mengambil tindakan atau beliau mahu mengambil tindakan tetapi tangannya terikat?
"Jika tangannya terikat untuk melaksanakan tanggungjawab berkanunnya sebagai Pengarah Urusan MAS, apa jaminan tangannya tidak terikat untuk mengawal pelaksanaan insiatif KPI serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi di dalam kerajaan Malaysia?" Salahuddin mempersoalkan.
Beliau juga membangkitkan persoalan adakah peneraju MAS yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian besar ketika itu "berani melakukannya seorang diri?"
"Adakah Idris tidak mengambil tindakan mahkamah kerana ada pembesar-pembesar yang terlibat?
"Sukar untuk dipercayai bahawa peneraju MAS ketika itu berani melakukan seorang diri tindakan-tindakan yang menyebabkan GLC itu mengalami kerugian yang amat besar," katanya.
Pada 26 Mac 2007, bersama-sama Pengerusi MAS Datuk Munir Majid dan Pengurus Besar Bahagian Perundangan MAS Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid, Idris dilaporkan pernah mengiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ketika itu, Datuk Ramli Yusof untuk memberikan taklimat mengenai siasatan kerugian besar MAS itu kepada Abdullah.
Bagaimanapun, tidak ada laporan yang menyatakan bekas Perdana Menteri itu mengarahkan tindakan diambil terhadap pihak yang menyebabkan kerugian besar itu.
Ketika kerajaan membeli balik MAS dengan harga RM600 juta pada tahun 2001 dari Tan Sri Tajuddin Ramli, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu menanggung kerugian sebesar RM8 bilion.
Sebelum itu, pada tahun 1994, Tajuddin membeli MAS melalui syarikatnya, Naluri Berhad.
Siasatan polis mendapati kerugian besar itu diakibatkan oleh transaksi palsu, pelanggaran bidang-bidang tugas fidusiari serta pelanggaran bidang-bidang tugas berkanun.
Menurut laporan yang dibuat kepada pihak polis, Tajuddin dan rakan-rakan niaganya dikaitkan dengan kerugian besar itu.
Antara lain, kontrak-kontrak yang meragukan dilaporkan telah dianugerahkan kepada Edaran Komputer Sdn Bhd, Edar ALS Sdn Bhd, ALS Advanced Logistics System Gmbh dan ACL Gmbh.
Dua laporan polis telah dibuat pada 4 Januari 2002 dan 4 Mei 2005 terhadap Tajuddin dan rakan-rakan niaganya iaitu Raplh Gotz, Wan Aishah Wan Hamid dan Rizana Daud.
ps: terpulang sama kitak bila baca artikel ini.Bagi aku? Diragui atau tidak KPI Idris apa kepentingannya untuk aku? tetap jugak aku petani..hari-hari kenak panas matahari.Tetapi dalam masa yang sama marilah kita sama-sama berharap(berdoa?boleh juga)semoga Idris ni kerja sungguh2 lah bukan demi Nama Orang Ulu tetapi demi Imannya kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masing-masingnya kita manusia ini memang sudah ada rancangan Tuhan untuk kita maka menjadi kewajipan kita untuk sempurnakan rancangan Tuhan untuk kita itu.Adakah menjadi samseng dan pelacur juga adalah rancangan Tuhan? Hanya orang yang tidak Beriman sahaja yang mungkin berkata gitu.