Khamis, 6 Jun 2013

Long Urun....

Long Urun? siapa peduli? Kasihan Long Urun,biar pun hanya 60km dari Sungei Asap tetapi rasa-rasanya ia seperti 600km jauh ke dalam hutan. Klinik...klinik dan klinik.....

Isnin, 29 November 2010

Aku tetap aku

Biar apa pun yg terjadi! aku tetap aku.

Jumaat, 25 Jun 2010

SNAP

ROS telah menghidupkan SNAP,wah!!! menarik ni jadi apa khabar orang SNAP Belaga?

Jumaat, 9 April 2010

Ceri kerja dengan Murum

Pagi tadi(7/4/2010) saya berkesempatan ke dewan serbaguna Sg Asap untuk bersama barang sesaat dengan kawan-kawan menghadiri aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga kerja Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad dan Three Gorges Development Co(M) Sdn Bhd(syarikat yang bangunkan empangan Murum) untuk menjodohkan Orang Asal dengan kerja yang mungkin sesuai dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang mereka ada untuk bekerja di projek empangan hidroelektirk Murum.
Dalam perkiraan kasar,saya boleh simpulkan bahawa aktiviti itu telah mendapat sambutan yang ceria daripada penduduk Orang Asal tanpa peduli bahawa mereka sudah tua hehe…..
Agak menarik juga untuk dikongsikan bersama adalah kehadiran puluhan saudara Penan kita dari kawasan yang terkena tempias empangan Murum secara langsung,melalui seorang pakcik Penan yang sudah lama menetap di simpang Uma Nyaving Sg Asap bahawa kehadiran mereka adalah atas tajaan Sarawak Energy.Ya syukur kepada Tuhan kerana kesempatan itu juga saya berjumpa dengan seorang kawan Penan yang pernah belajar di SMK Belaga(awal 1990an) malangnya kami berdua tidak sempat sembang lama-lama lantaran beliau begitu bersungguh hendak mendengar ucapan alu-aluan YB Liwan Lagang,hanya beliau sempat memberitahu bahawa beliau sudah pun berkahwin dan punya anak 5 orang,haha…aku? Hehe…
Semogalah Sarawak Energy begitu ikhlas menaja perjalanan saudara Penan kita ini,bukan bermaksud semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka jadi ‘jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kebaikan hati kami’. Kalau hanya untuk menunjuk-nunjuk,syarikat tempat saya bekerja yang selalu ‘disumpah seranah’ oleh orang ramai gara-gara RM 5 juta yang tergantung,pun boleh tahan juga rekod baiknya.Tanyalah orang-orang Asap yang pernah kami tolong-biar pun pertolongan itu adalah ‘ringan dan kecik-kecik’ tetapi kami ikhlas dan jujur.
Dalam ucapan YB Liwan,antara lain beliau memberitahu bahawa perjumpaan atau pun pertemuan pada hari ini adalah hasil diskusi beliau bersama dengan YB Bily dengan syarikat dan jabatan kerajaan yang terbabit .Seterusnya YB memberitahu bahawa hanya satu sahaja syarat yang diletakkan oleh syarikat kepada mana-mana orang Asal yang berjaya bekerja dengan mereka nanti iaitu jaga dan pentingkan ‘displin diri’. YB seterusnya menerangkan bahawa displin diri memang pun penting kerana empangan Murum adalah sebuah empangan yang menelan belanja yang amat-amatlah tinggi jadi sudah semestinya menjadi kebiasaan untuk pihak pengurusan sentiasa meletakkan ‘target’ atau pun ‘due date’ untuk menjayakan atau pun menyiapkan satu-satu operasi.
Dalam konteks ini,saya bersetuju bahawa displin diri adalah sangat penting dalam kerja,lantaran tidak ada displin dirilah syarikat tempat saya bekerja selalu berprestasi di bawah potensi sebenar mereka. Staff mabuk semasa jam bekerja,staff menghasut pekerja supaya jangan bekerja bersungguh-sungguh,pekerja tidak hadir bekerja sesuka hati,pekerja tidak hormat arahan staff,pekerja komplen staff manakala staff takut menegur serta menghukum pekerja adalah perkara biasa di sini.Staff adalah Orang Asal manakala para pekerja adalah 70% Indonesia dan 30% Orang Asal.
Saya bersyukur kerana saya telah dimurahkan rezeki oleh Tuhan Allah di syarikat yang ‘unik’ seperti ini dan setelah ‘belajar’ selama 2 tahun(2008-2009) kini tahun 2010 adalah tahun untuk saya berusaha ‘mendisplinkan’ mereka semua(staff dan para pekerja). Ia bukanlah tugasan yang mudah tetapi ia juga bukanlah tugasan yang susah.

Berdasarkan pengalaman, saya suka menggunakan pendekatan ‘evolusi’ untuk mendisplinkan mereka semua-biar pun kadang-kadang ia sangat mencabar kesabaran saya sebagai manusia tetapi akhirnya saya mestilah sentiasa sabar dan fokus. Sekarang sudah pun masuk bulan April maka saya sudah melihat sedikit hasilnya di mana 4 orang pekerja Indonesia telah memilih untuk berhenti(balik Indonesia) lantaran ‘keselesaan’ mereka telah diragut oleh saya sementara pekerja tempatan sudah mula berkurangan berlaku ‘kurang ajar’ dengan mandor manakala staff mula rajin ke blok.Saya tidak boleh berbangga,sombong dan tinggi diri kerana perjalanan baru sahaja bermula sehingga pencapaian ton/bulan adalah selalu mencapai target barulah saya boleh bangga,sombong dan tinggi diri? Hehe…
Berbalik kepada ucapan YB tadi,mestilah diakui bahawa masalah displin kerja bukan hanya lahir di kalangan orang Asal sahaja tetapi masalah displin ini adalah ‘universal’ boleh berlaku dan terjadi untuk orang Bintulu,Miri. Jadi apakah motif sebenarnya syarikat ini meletakkan syarat yang gitu?
Adakah mereka pada prinsipnya enggan mengambil Orang Asal bekerja tetapi melihat kesungguhan YB Belaga maka mereka ‘terpaksa?’ dan,kerana projek ini pada dasarnya telah mendapat ‘publisiti’ negatif yang meluas maka untuk ‘menyejukkan’ keadaan maka mereka pun membuka pintu untuk Orang Asal.Biar pun begitu semogalah andaian saya ini salah belaka,biarlah yang mereka memang betul-betul melihat bahawa masalah displin kerja Orang Asal adalah hambatan halus yang mungkin boleh melingkupkan perniagaan mereka.Lama sebelum ini, 14/9/2009 saya juga pernah menulis sepintas lalu berkenaan dengan displin kerja Orang Asal,jadi saya akui Orang Asal memang ada masalah displin kerja tetapi kaum lain atau masyarakat lain pun apa kurangnya.
Saya tidak tahu penutup aktiviti ini kerana saya bergegas balik ke tempat kerja,dalam perjalanan keluar dewan saya dapat perhati semula bahawa bukan orang tua-tua sahaja yang mari cari kerja rupa-rupanya individu yang pendirian mereka lebih condong kepada pembangkang pun ada sama.Saya bukanlah pertikaikan kehadiran mereka,kerana saya yakin dan percaya bahawa mereka pun berhak dan layak memohon dan diambil bekerja oleh Three Gorges Development,Cuma saya kembali ke waktu itu? Hehe…apabila cerita-cerita dengan seorang teman,di mana dia memberitahu dia adalah ‘polling agent’(maaf jika salah eja) bila saya Tanya belah mana? Dia jawab ‘dua2’ maksudnya dengan BN boleh dengan pembangkang pun boleh,cerita selanjutnya dudi harilah antara lain apakah maksud kawan kita ini dengan ‘sebenarnya kita undi untuk kontraktor kelas F’ haha…tanpa sedar saya ketawa lalu saya Tanya dia lagi apa maksudnya? Seperti yang saya cakap ‘dudi harilah’.
Jadi apa kena mengenanya polling agent dengan cari kerja ini? Sebagai mana kawan kita ini adalah polling agent dari kedu-dua belah pihak maka begitulah sepatutnya nanti peluang pekerjaan di empangan Murum itu nanti.

Kesimpulannya? Biar pun disensasikan sebagai ‘jahat’ tetapi empangan Murum sekurang-kurangnya akan memberi lubuk rezeki kepada Orang Asal mencari sesen dua sehingga 2013 nanti.

Nota: Penduduk Asal=Penduduk Asap/Koyan

Piala Dunia 2010

Piala Dunia 2010.

Sebelum melanjutkan isi kandungan artikel ini,pertama-tama ingin dimaklumkan bahawa saya adalah peminat/penyokong setia pasukan Jerman(tim lelaki dan wanita) baik masa mereka kalah mahu pun menang,baik masa sekarang mahu pun di masa hadapan-saya peminat Jerman semenjak dari tahun 1990 maka tahun 2010 ini genaplah 20 tahun keminatan ku terhadap pasukan Jerman.

Mengikut rangking FIFA yang dikeluarkan pada 20/11/2009 yang lepas tangga pertama kini diduduki oleh Sepanyol dengan 1622 mata manakala Brasil turun ke tangga kedua dengan 1592 mata manakala Negara Malaysia dari tangga ke 150 dunia kini menghuni tangga 152 dengan 110 mata.

Seperti yang sudah diketahui umum bahawa cabutan undian piala dunia sudah pun berlalu dan masing-masing kita tampil dengan ramalan tersendiri bahawa pasukan itu atau ini yang akan muncul sebagai juara dunia.Dan ramalan kita itu pula disandarkan oleh pelbagai faktor ada yang disandarkan ‘kerana aku minat pasukan ini’ ada yang berpandukan tradisi satu-satu pasukan itu,ada yang disebabkan oleh susuk tubuh seorang dua pemain yang dimiliki oleh sesebuah pasukan itu,ada yang merujuk kepada rangking terkini FIFA dan sebagainyalah.Semua ramalan yang bersandarkan faktor tersendiri itu bagi penulis adalah ‘boleh pakai dan boleh diterima’,kita masing-masingnya ada corak berfikir yang tersendirikan? Pakar bola sepak yang meramal pasukan mana yang akan juara menggunakan kaedah saintifik(teknologi),kaedah teknik dan taktikal sesebuah pasukan pun boleh tersasar jauhkan? Hehe…kerana itulah muncul kata-kata ‘bola itu bulat’ padang sama rata dan semua pasukan diperuntukkan 90 minit(tidak termasuk masa kecederaan/stopage time dan masa tambahan/extra time) untuk mencari siapa ‘jagoan’ sebenar.
Manakala bagi aku-semua cara di atas aku pakai hehe….

Jika kita meneliti rangking FIFA,didapati hampir kesemua pasukan yang layak ke piala dunia adalah pasukan yang menghuni tangga 1-50 dunia hanya empat pasukan sahaja rangkingnya di bawah 50.Jadi aku terfikir-fikir, ‘cam na Malaysia ya?’ dulu aku dengar-dengar Malaysia bercadang nak pasang impian untuk layak ke piala dunia,baguslah cam tu,Singapura,Thailand dan Indonesia pun aku pernah dengar-dengar.Semogalah suatu hari nanti impian itu akan menjadi kenyataan,tetapi syarat asasnya bagi aku adalah,mereka/Negara itu mestilah berusaha selitkan diri ke kelompok 50 terbaik dunia dan kekallah konsisten di situ selama bertahun-tahun,kerana bila rangking semakin baik itu menunjukkan kualiti yang sesebuah pasukan Negara itu miliki.tertera adalah susunan pasukan yang telah ke piala dunia 2010 yang aku susun mengikut rangking FIFA.

Sepanyol(1)
Brazil(2)
Belanda(3)
Itali(4)
Portugal(5)
Jerman(6)
Perancis(7)
Argentina(8)
England(9)
Cameroon(11)
Greece(12)
USA(14)
Mexico(15)
Ivory Cost(16)
Chile(17)
Switzerland(18)
Uruguay(19)
Serbia(20)
Australia(21)
Negeria(22)
Denmark(26)
Algeria(28)
Paraguay(30)
Slovenia(33)
Slovakia(34)
Ghana(37)
Honduras(38)
Jepun(43)
Korea Selatan(52)
New Zealand(77)
Korea Utara(84)
Afrika Selatan(86)
sumber FIFA.com

Setelah menganalisis jadual perlawanan(ikut keyakinan ku bahawa cara ku lihat jadual tu adalah tepat-mungkin belum pasti tepat bagi orang lain hehe.) dan penghuni setiap kumpulan,maka aku pun tampil dengan ramalan aku sendiri Negara mana yang akan melaju ke pusingan kedua dan ke pusingan seterusnya.

Pusingan 2(round 16)
Perancis Vs Nigeria
England Vs Ghana
Jerman Vs USA
Argentina Vs Uruguay
Belanda Vs Paraguay
Brazil Vs Chile
Itali Vs Cameroon
Sepanyol Vs Ivory cost.

Sedikit ulasan.
Alangkah baiknya jika ramalan aku ini menjadi nyata? Haha…bagi aku perlawanan yang perlu ditonton nanti adalah perlawanan antara Sepanyol Vs Ivory Cost,Itali Vs Cameroon,Perancis Vs Nigeria dan England Vs Ghana.Kenapa? Eropah Vs Afrika.

Suku akhir( quarter Final)
Belanda Vs Brazil
Perancis Vs England
Argentina Vs Jerman
Itali Vs Sepanyol

Sedikit ulasan.
Nampaknya aku langsung tidak memberi harapan kepada pasukan dari Negara Afrika,kenapa? Kadang-kadang kita terpaksa melihat kepada tradisi benua itu,maka aku melihat bahawa benua Eropah mempunyai tradisi yang baik dalam piala dunia begitu juga dengan wakil pasukan dari benua Amerika Selatan seperti Argentina dan Brazil.Bagi aku langkah Jerman akan ternoktah di suku akhir,mereka akan dikalahkan oleh Argentina,aku juga memilih Brazil,Itali dan England untuk layak pusingan separuh akhir.

Separuh akhir(Semi Final)
Brazil Vs England
Argentina Vs Itali

Sedikit ulasan.
Aku yakin bahawa Brazil akan berjaya mengalahkan England dan Argentina akan mengalahkan Itali,dengan itu perlawanan akhir bola sepak piala dunia 2010 akan mempertemukan pasukan dari benua Amerika Selatan sementara benua Eropah hanya berpuas hati dengan kedudukan 3 dan 4 terbaik piala dunia 2010.Jika perlawanan akhir itu menjadi kenyataan tentu ramai yang bersetuju bahawa perlawanan itu adalah perlawanan Messi Vs Kaka.

11/12/2009
Cetusan minda ini kelewatan diposkan atas kehendak diri sendiri hehe…

Sabtu, 3 April 2010

Sekolah baru: ASap Ke?


Sekolah baru: Kera di hutan disusukan...
Apr 3, 10 10:02am
Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.Beliau dibidas oleh pelbagai pihak termasuk rakyat yang beranggapan BN cuba menggula-gulakan masyarakat di Hulu Selangor.
PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merrujuk kepada kementerian bertanggungjawab. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari Bernama.Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.
Laporan Be rnama itu disiarkan oleh beberapa media arus perdana hari ini.“Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah di bawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'double standard' menteri pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor. “Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20 x 10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta di rumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram,” katanya.Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan,yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini?
Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang,” katanya.Idris berkata PAS melihat, pendedahan Bernama ini hanyalah sebahagian kecil daripada kudis-kudis yang ada dalam pengurusan menteri pelajaran dan kerajaan BN. Justeru, beliau berharap rakyat, khususnya di Hulu Selangor tidak tertipu dengan taktik projek politik itu kerana BN akan menabur sebanyak mana janji dan peruntukan yang mampu semata-mata untuk merampas semula kerusi Hulu Selangor.Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April.
Alangkah:
1. baik dan bagusnya jika Pembangkang di DUN Belaga adalah kuat dan mantap-terus bekerja selama 4 tahun sehingga pilihanraya dudi hari-bukan bermusim.
kerana apabila Pembangkang kuat,maka banyaklah 'wang mengejut' seperti yang Timbalan Perdana Menteri umumkan untuk Ulu Selangor tu di Belaga.Dah Pembangkang kuat jadi mana ada jalan/cara lain lagi mauk ambik hati pengundi kan? Saya sangat Rindu untuk melihat Pembangkang yang betul2 komited dalam kerjanya bekerja untuk rakyat Belaga,tapi sampai sekarang,kerinduan ku itu belum terubati lagi.Tidak perlulah Pembangkang pikir2 'kalau aku kerja betul2 nanti yang untung adalah a)Kontraktor kelas F BN di Belaga dan b) BN itu sendiri,sementara aku? habuk pun tak da' oh!! Pembangkang,janganlah dan harap2 pikiran itu tidak ada dalam kamus hidup mu.Bila rakyat Belaga dapat manfaatnya hasil kerja anda,janganlah risau, Tuhan Allah akan memberikan apa yang sepatutnya milik mu.Tolonglah Pembangkang ya? Bekerjalah untuk Rakyat Belaga dan supaya 'Dasin' BN tidak berat sebelah.
2. Baik dan bagusnya jika pengundi2 Belaga telah matang dan berani dalam memperjuang,menyuarakan/meminta dan mempertahankan hak mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak baik BN atau pun pembangkang.Maksudnya jangan jadi 'pengundi atas pagar tetapi jadilah pengundi yang merdeka'.
Sorang ketua kampung pernah bagitau bahawa dia pernah diugut oleh orang berkepentingan supaya jangan 'sibuk2' dengan hal2 NGO/Pembangkang,jika ingkar 'duit' beliau akan dipotong/elaun beliau tidak akan diberi.Nah!! pakcik ni tidak peduli,bagaimana dengan yang lain2 itu? perlukah anda berpura? Saya bukanlah meminta agar anda melompat seperti katak tu tetapi berani dan matanglah anda semua dalam kerja anda demi rakyat Belaga.
Nota: Apalah agaknya hasil 'Deklarasi Asap 2003' tu ya? hehe...dan mana itu BDC sekarang? Menjelang 2010 ni saya seronok pula melihat AKDC-untuk berlaku adil,marilah kita jangan terlalu awal 'menilai/hakimi' AKDC ni,beriklah ruang untuk mereka bernafas.Semoga AKDC tidak 'sembunyi2 makan'.
SELAMAT PASKA SEMUA.

APCO: Laskar Upahan Yang Kita Percaya?

Dari Harakah DailyOleh Tian Chua

Dalam dunia yang penuh pancaroba dan berkembang APCO Worldwide berdiri teguh sebagai gergasi dalam dunia industri pelobian. Firma ini, dalam katanya sendiri menawarkan “kepakaran luar biasa dan profesional” kepada kerajaan, ahli politik dan syarikat korporat, serta senantiasa bersedia membantu pelanggan untuk mengharungi cabaran getir dalam dunia yang rumit pada peringkat antarabangsa dan hal-hal dalam negeri.

Pelanggan khidmat APCO, bukan sahaja negara Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah menjelaskan hubungan firma perunding pengurusan risiko dan keselamatan dalam negeri ASERO Worldwide. ASERO seolah-olahnya merupakan rumah persaraan buat bekas-bekas pegawai perisikan Israel, bekas Mossad dan bekas Shabak.

Melihat rekod syarikat APCO, cukup menakjubkan melihat kelancangan syarikat dalam tindakan yang secara berterusan menentang keadilan sosial.

Mendandan diktator
Seperti yang kita tahu, APCO dan rakan strategiknya ASERO berkhidmat untuk Israel dan agenda Zionis. Di persada antarabangsa, APCO secara khususnya terkenal kerana membantu para diktator di seluruh dunia.

Ketua Menteri Gujarat, seorang nasionalis pelampau Hindu, Narendra Modi memakai khidmat APCO sebagai perunding imejnya pada Ogos 2007. Ahli politik BJP ini telah dikaitkan dengan rusuhan antara agama yang mengorbankan kira-kira seribu orang Islam. Pembunuhan beramai-ramai itu mula dicetuskan dengan kejadian pembakaran keretapi Godhra pada 27 Februari 2007, yang mana beberapa ratus penganut Hindu terbakar hidup-hidup.

Puak radikal pelampau BJP dan RSS menyalahkan penganut Islam berhubung kemalangan tersebut dan membalas dendam dengan memulakan rusuhan anti orang Islam. Kerajaan Gujarat yang dipimpin Modi kemudiannya membayar USD25,000 setiap bulan kepada APCO bagi membina semula imej antarabangsanya dan menarik pelaburan asing (FDI).

Selain dari Ketua Menteri Anti Orang Islam, si Modi, APCO juga terkenal dengan menjalankan kempen perhubungan awam untuk ahli-ahli politik yang begitu mengaibkan.
Pada pertengahan tahun 1990an, syarikat itu telah dikontrakkan oleh bekas Presiden seumur hidup Nigeria, Sani Abacha. APCO mewakili diktator itu di saat rejim tersebut menindas kebangkitan gerakan rakyat dan menghukum bunuh 9 orang aktivis pro demokrasi, termasuklah seniman pro alam sekitar Ken Saro-Wiwa.

Setelah runtuhnya blok komunis Eropah Timur, APCO menemui lubuk keuntungan di Rusia, negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah.

Ken Silverstein, editor majalah Harper Magazine (30 Jun, 2007) menyifatkan pelobi APCO sebagai, “penyelamat penting buat rejim-rejim kediktatoran mengembangkan kepentingan mereka di Washington”. Beliau mendedahkan kepakaran pengalaman APCO dalam bekerja untuk rejim-rejim kuku besi seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Turkmenistan dan lain-lain lagi..
Silverstein menulis: “Dengan bayaran yuran khidmat sehingga USD 1.5 juta setahun, APCO menawarkan untuk meghantar delegasi Kongres Amerika Syarikat ke Turkmenistan serta menulis dan menanam pendapat di suratkhabar atas nama-nama ahli akademik dan pakar-pakar pemikir yang akan direkrut mereka. APCO juga menawarkan untuk menganjurkan acara untuk media “bebas’ di Washington yang akan mempromisikan Turkmenistan…”

Di China, APCO membantu syarikat-syarikat Israel untuk menjalankan perniagaan. Dalam salah satu risalahnya, APCO mengiklankan bahawa: “APCO akan membimbing dan memberi panduan kepada para peserta dengan proses mencari dan mengenal pasti rakan niaga berpotensi ataupun potensi peserta untuk menjadi pengedar, penggabung, agen, pembekal atau pesaing kepada China.”
Memukul gendang perang
Melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk rejim-rejim kuku besi mungkin merupakan sebahagian daripada sumbangan kegiatan kebajikan APCO. APCO juga memiliki sebatalion pelobi penyokong perang di bawah sayap syarikat ini. Firma ini juga merupakan pendokong kuat peluasan peranan ketenteraan dan persenjataan Amerika Syarikat (A.S) dalam urusan hal ehwal dunia

Pada Oktober 2004, APCO dan Kissinger Associates (dimiliki oleh bekas setiausaha negara A.S, Henry Kissinger) membentuk “persekongkolan strategik.” Mereka sama-sama mengumumkan “Genggaman kami terhadap dasar-dasar asas dan isu-isu peraturan di berbagai negara digabung dengan pengalaman luas hal ehwal awam oleh APCO akan menghasilkan pemikiran yang lengkap tentang ‘cabaran-cabaran’ para pelanggan kami.”

Selain Kissinger Associates, APCO turut membina jaringan atau persekongkolan dengan kumpulan konservatif pelobi pro Zionis dan kumpulan-kumpulan perundingnya termasuklah Heritage Foundation, Frontier of Freedom, Jewish Policy Center, dan lain-lain lagi.

Atas nama perang melawan keganasan, APCO membantu untuk menyelaraskan komunikasi kerajaan bagi meyakinkan orang ramai berhubung perlunya perang. Kerja APCO termasuklah mengolah pendapat awam dan maklum balas yang akan membantu usaha-usaha ke arah peperangan. Mudahnya mereka mengeksploitasi rasa ketakutan terhadap Islam dalam masyarakat Barat untuk menjual idea bahawa serangan penaklukan merupakan penyelesaian masalah bagi mendapatkan semula keamanan di negara-negara Barat.

Selain menyokong George Bush, APCO turut sama mempertahankan tindakan tidak popular Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk ikut sama terlibat dalam peperangan. Bersama-sama dengan Foreign Policy Institute, yang berpengkalan di London, APCO menyediakan dan menerbitkan risalah berjudul, ‘A Global Alliance for Global Values’ (Persengkongkolan sejagat untuk nilai sejagat) yang diisytiharkan sendiri oleh Blair.

“Penyelesaian yang kita sedang hadapi sekarang adalah perang, tetapi bukan perang biasa yang konvensional. Dan ianya tidak dapat dimenangi dengan cara-cara yang biasa. Kita tidak akan memenangi pertempuran melawan keganasan sejagat sehinggalah kita memenangi setiap peringkat nilai dan juga kekuatan tentera.”

“Untuk melakukan hal ini memerlukan perubahan mendadak terhadap keutamaan dasar kita. Kita mesti menyerahkan diri kita terhadap pembaharuan sepenuhnya dalam strategi kita untuk mengalahkan pihak-pihak yang mengancam kita.”

Setelah penakhlukan di Iraq, APCO secepatnya meletakkan diri mereka untuk membantu syarikat-syarikat Amerika memeras kekayaan dan sumber Iraq. Pada Mei 2003, APCO Worldwide melancarkan pasukan petugasnya yang diketuai oleh Marc Ginsberg, bekas duta Amerika Syarikat ke Maghribi bagi mendapatkan kontrak membangunkan semula Iraq.Anti-reformasi di A.SKesemua kejahatan ini bermula di rumah mereka sendiri. APCO bukan malaikat di pengkalan asal mereka. Dilengkapi dengan penampilan berat condong ke politik konservatif, ia selalu siap untuk berkhidmat terhadap agenda politik puak sayap kanan yang menentang reformasi dan kepentingan orang ramai.

APCO Worldwide lahir daripada firma guaman Arnold & Porter, salah satu firma guaman yang terbesar di Washington D.C serta berhubungan langsung dengan industri tembakau.
Pendokong gerakan hak-hak pengguna menyifatkan APCO sebagai firma pelobi yang “pakar dalam membantu syarikat korporat untuk mengembangkan matlamat-matlamat mereka dengan memanipulasikan penggubal undang-undang serta merancang dan mengajukan model bentuk peraturan dan perundangan. Perkakas utamanya…termasuklah dengan mencipta persekongkolan perniagaan serta penubuhan kumpulan-kumpulan ‘akar umbi’ palsu yang bergerak atas isu-isu tertentu.

Pada tahun 1983, syarikat gergasi tembakau, Philip Morris membayar khidmat APCO untuk menyerang kempen kesedaran awam menentang tembakau. APCO menyusun NGO tipu yang dikenali dengan nama The Advancement of Sound Science Coalition (TASSC). Matlamat NGO ini adalah untuk melawan usaha-usaha kesihatan awam yang mendesak kepada perubahan perundangan serta menghalang sebarang cubaan untuk menghalang jualan tembakau.

Bukan sahaja APCO mahu orang ramai berfikir merokok itu baik untuk kesihatan, ia juga mewakili kepentingan yang menguntungkan daripada syarikat-syarikat farmasi dan industri penjagaan kesihatan. Tidaklah menghairankan apabila kita melihat APCO secara aktifnya menentang dan memperlekeh usaha Obama untuk mereformasikan sistem penjagaan kesihatan di A.S.Salah seorang penggubal undang-undang yang disukai APCO ialah Senator Joe Lieberman, penyokong kuat bantuan ketenteraan ke Israel. Isteri Lieberman, Hadassah merupakan bekas pelobi utama APCO untuk para pelanggan dari sektor penjagaan kesihatan dan famasi.

Mewakili syarikat-syarikat gergasi menjual dadah (ubat-ubatan), Senator Lieberman menganjurkan gerakan anti reformasi sistem penjagaan kesihatan yang diharapkan para penyokongnya akan mengecewakan usaha Obama, dan mereka telah berjaya menunda pembentangan skema baru sistem penjagaan kesihatan.

Di luar A.S, APCO memimpin kempen undang-undang yang menentang pengedaran ubat-ubatan murah untuk sakit AIDS di Afrika Selatan.
Selain kesihatan, APCO juga terlibat sama dengan syarikat-syarikat besar multi nasional dalam sektor tenaga bagi menolak keprihatinan terhadap pemanasan global. Sekali lagi, tugasan TASSC adalah untuk menyampaikan pandangan yang ‘rasional’, bukti ‘waras’ saintifik bagi menyatakan bahawa bahaya pemanasan glogal hanyalah ilusi orang-orang pro alam sekitar yang kurang siuman.

Dibayar oleh syarikat seperti Exxon Mobil, APCO ditugaskan untuk menyusun sepasukan ‘laskar upahan’ yang berpandangan skeptik terhadap perubahan cuaca dunia dan menentang Perjanjian Kyoto sebagai “kesilapan sains dan teknologi.”
Pada kesemua hal ini, matlamat dan cara APCO tidak ada lain melainkan untung dan lebih besar lagi keuntungan bertimbun.Kapten perhubungan awam di Malaysia
Pengarah Urusan APCO di Kuala Lumpur ialah Paul Stadlen. Memang benar tugas pertama APCO di Malaysia bukanlah untuk mempromosikan 1-Malaysia.

Paul Stadlen datang ke Malaysia pada tahun 2008, sewaktu berlakunya penangkapan ISA terhadap Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Dia diambil berkerja untuk membantu strategi komunikasi Kementerian Dalam Negeri bagi menyokong penangkapan ISA, khususnya kepada masyarakat antrabangsa.
Naib Presiden APCO, Larry Snoddon dilantik sebagai CEO Rantau Asia pada Januari 2009. Sebelum bersama APCO pada tahun 2002, Snoddon merupakan CEO untuk Burson-Marsteller, pemain utama perniagaan perhubungan awam di UK.

Burson-Marsteller juga memilki rekod menarik. Seperti APCO juga, Burson-Marsteller pernah dibayar khidmatnya untuk Kementerian Penerangan Nigeria pada hujung tahun 1960 an bagi mengimbangi kutukan antarabangsa terhadap dakwaan pembunuhan etnik dan pelanggaran sistematik terhadap hak asasi manusia yang dilakukan tentera Nigeria.

Dalam perkembangan yang sama, firma ini juga dilantik sejurus selepas Lee Kuan Yew melancarkan operasi ‘Cold Store’ dalam tahun-tahun pembentukan Singapura (yang menyaksikan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari merengkok tanpa bicara dibawah ISA selama 17 tahun). Lee Kuan Yew mendapatkan khidmat Burson-Marsteller bagi membantu Singapura membangunkan program selama 10 tahun untuk menarik pelaburan dari luar negara.

Firma ini juga diambil berkhidmat untuk kerja-kerja perhubungan awam oleh syarikat loji nuklear setelah tragedi kemalangan nuklear di Three Mile Island di A.S pada tahun 1979. Paling terkini, Burson-Marsteller mewakili syarikat khidmat keselamatan Blackwater dalam suatu kes kontroversi. Ia dibayar untuk mempertahankan kakitangan Blackwater yang membunuh 17 orang awam rakyat Iraq, sejurus selepas kejadian tembak-menembak di suatu jalan di Baghdad pada 16 September 2007.

Namun demikian, bos sebenar operasi APCO di Malaysia berpengkalan di Washington DC. Dengan bayaran khidmat RM23 juga, dia mampu untuk terbang ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali sebulan.
Orang yang bertanggungjawab sebagai perunding imej Najib ialah Jonathan M Winer, Naib Presiden Kanan APCO di Washington DC.
Sebelumnya, Winer bertugas sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Penguatkuasaan Undang-undang Antarabangsa dari tahun 1994 hinggalah 1999. Semasa penggal perkhidmatannya sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Negara, dia dikenali sebagai pakar dalam hal kewangan pengganas.

Dalam politik dalaman A.S, Winer pernah sekali membantu kempen presiden John Kerry. Namun tidak seperti bosnya John Kerry, Jonathan Winer bukanlah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Sebetulnya Jonathan Winer telah membantu Najib berkempen menentang Anwar sebelum mendapat kontrak APCO lagi.

Sejak tahun 2005, kumpulan-kumpulan konservatif A.S mengutip pengakuan kongres Jonathan Winer yang menyifatkan World Assembly of Muslim Youth (Perhimpunan Belia Islam Sedunia – WAMY) sebagai organisasi berkait dengan pengganas.
Dakwaan Winer merupakan cakap kosong tanpa asas. Dia membuat kesimpulan berasaskan pada kejadian tunggal, di mana WAMY telah mengundang pemimpin Hamas Khalid Mishal sebagai tetamu kehormat (VIP) untuk persidangannya di Riyadh yang berlangsung pada bulan Oktober 2002.

Selain menjadi simpatisan penyokong kepada perjuangan Zionis, Winer dalam banyak leadaan melontarkan syak wasangka buruknya terhadap orang Islam dan agama Islam secara umumnya. Dalam pengakuannya kepada Jawatankuasa Senat untuk Hal Ehwal Kerajaan A.S (US Senate Committee on Governmental Affairs) pada 31 Julai 2003, Winer menyifatkan organisasi Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sebagai “kumpulan pengganas”.

Katanya, “Ikhwan berperanan dalam membangunkan organisasi-organisasi militan Islam lainnya. Hal ini dapat ditunjukkan dengan hubungannya terhadap penubuhan kumpulan pengganas Indonesia Jemaah Islamiya (JI), yang dicipta untuk menubuhkan negara Islam di Indonesia. Pelopor yang menubuhkan JI mengakui mendapat inspirasi daripada matlamat jihad Ikhwan sebagai cara untuk menciptakan negara Islam di Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura dan selatan Filipina.”

“JI kemudiannya mendapat dana daripada hartawan kaya Arab Saudi yang bergabung dengan Al-Qaeda. Hasilnya, mekanisme pusat kewangan Ikhwan, Al Taqwa, yang ditubuhkan operasinya di Malaysia terkait dengan JI…kumpulan Al Taqwa…sejak dahulu lagi berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Al Qaeda,…menyediakan bantuan langsung kepada Osama bin Laden serta nasihat pelaburan dan mekanisme pemindahan wang tunai untuk Al Qaeda dan kumpulan-kumpulan radikal Islam lainnya.

Saya beranggapan pandangan di atas sepertimana yang disuarakan Jonathan Winer tidak dapat diterima di kalangan kawan-kawan saya dari Barisan Nasional. Namun demikian, apakah kerajaan Malaysia meminta perunding APCO ini mengubah kepercayaan yang dipegangnya sebelum menandatangani kontrak mahal bernilai RM23 juta itu?
Bolehkah kita mempercayai APCO?
Cara bergerak APCO tidak pernah berubah, ia menyediakan khidmat ‘laskar upahan’ perhubungan awam yang akan menasihatkan rancangan sesiapa sahaja, dan pastinya rancangan untuk pihak yang paling banyak membayar mereka.

Perkara-perkara yang saya timbulkan dalam rencana saya ini, telahpun dimasukkan ke dalam debat membahas Titah Di Raja di Palimen pada 29 Mac 2010. Dalam perdebatan itu, saya merayu kepada BN, juga terhadap rakyat Malaysia untuk melihat isu ini dengan lebih serius lagi.
APCO mungkin menyediakan jalan pintas untuk mengangkat imej kerajaan. Tetapi wajarkah kita percaya kepada ‘laskar upahan’ untuk berkhidmat terhadap kepentingan nasional kita?
Lebih-lebih lagi, jika 1Malaysia seperti yang didakwa kerajaan adalah berkenaan bagaimana rakyat Malaysia berkongsi memenuhi hasrat bersama, kita sebenarnya tidak memerlukan campurtangan asing untuk membentuk masa hadapan negara.

Halik Zaman Apr 2nd, 2010 at 2:04 pm
MENGGANTUNG ANWAR DI PARLIMEN, ITU TAKUT NAMANYA
Oleh Halik Zaman
Tidakkah UMNO sedar terutamanya Nazri Aziz yang akan merujuk Dato’ Seri Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jelas menunjukkan kegelabahan pihak Kerajaan untuk menjawab segala dakwaan dari Dato’ Seri Anwar. Apa kah tindakan menggantung itu hanya untuk Kerajaan UMNO/BN mencari jalan keluar dari digasak bertubi-tubi oleh Anwar Ibrahim?
Kerajaan sepatutnya menjawab dan memberikan penjelasan keatas semua dakwaan yang telah di buat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bukannya mereka terus menyeret Dato’ Seri Anwar ke muka Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dengan tujuan dan penuh harapan agar Dato’ Seri Anwar di gantung dari menghadiri beberapa penggal persidangan Dewan Parlimen. Bukan Anwar yang membuktikan dirinya tidak bersalah tetapi Kerajaan UMNO/BN mesti telus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim bersalah.
Sekiranya Dato’ Seri Anwar di gantung ianya merupakan suatu bonus bagi Kerajaan kerana untuk beberapa penggal ‘mereka’ akan terselamat dari serangan-serangan berbukti akan segala kelencongan yang telah mereka lakukan dalam pentadbiran Negara ini terus berjalan songsang tanpa sentuhan dari siapa siapa.
Dato Seri Anwar Ibrahim telah pun mendedahkan tuduhannya dengan memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan UMNO/BN ada kaitannya dengan APCO antara lain beliau telah dedahkan bahawa:
“Kerajaan Malaysia ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”
Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:
“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”
Beberapa bukti yang lain yang APCO ada kena mengena dengan 1Israel Dato Seri Anwar telah dedahkan dalam Parlimen Selasa lalu tetapi masih juga ahli ahli Parlimen UMNO/BN tidak berpuas hati lalu bertindak membawa usul untuk membawa Dato Seri Anwar kepada “Jawatankuasa Hak dan Kebebasabn” dengan niat untuk menggantung Dato Seri Anwar Ibrahim dari menghadiri sidang Parlimen.
Terfikir dihati rakyat Malaysia, di manakah hak demokrasi bersuara di Negara ini ? Mengapa apabila salah-laku kepimpinan UMNO/BN di dedahkan, Kerajaan akan menggunakan sepenuhnya KUASA yang ada di tangan mereka untuk menutup kepincangan yang telah mereka lakukan? Di mana sikap profesionalisma yang sepatutnya di semat pada setiap diri seorang pemimpin ?
Telatah mereka yang senang ‘melatah’ ini benar-benar menjauhkan lagi jarak antara UMNO/BN dengan rakyat Malaysia. Walau macam mana UMNO/BN cuba tutupi kesalahan mereka, rakyat bukan lagi bodoh untuk menerima bulat-bulat dengan apa yang di laporkan oleh media-media elektronik/cetak/massa yang 100% di ‘genggam erat’ oleh Kerajaan UMNO/BN.
Rakyat kini telah pintar untuk mencari alternatif lain untuk mendapatkan maklumat sebenar. Segala kemudahan modern hari ini memangkin segala maklumat di terima dengan cepat. Segala perbalahan, kekecohan di Parlimen dapat di ketahui dengan segera di laman-laman alternatif di internet. Apa yang di paparkan di media elektronik Kerajaan hanyalah suatu sketsa ‘cut & paste’ untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.
UMNO/BN mahu nama mereka yang telah tercemar kembali jernih, maka kerana itulah mereka berusaha sedaya upaya menggagahkan diri mereka dengan apa cara hatta cara itu lebih menampakkan ketidak-pintaran sikap UMNO/BN.
Apa pun, tindakan menyeret Dato’ Seri Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen akan mensahihkan lagi tanggapan rakyat Malaysia bahawasanya UMNO/BN kini telah mengaplikasikan sikap dictatorship dalam system pentadbiran Negara ini. Syabas kerana anda secara tidak disedari telah memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk lebih di sayangi dan di percayai oleh rakyat Malaysia.
Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan. Tahniah Dato Seri Anwar, rakyat Malaysia jatuh bangun bersama mu !!
Sumber:anwaribrahimblog.com

Nota Ucapan Anwar Ibrahim-Pasal APCO di Parlimen

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.
Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:
“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:
“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.
Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.
Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.
Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.
Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.
Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.
Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:
“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”
Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI
Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.
APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?
Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.
Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.
Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.
Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.
Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.
Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.
Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide10 yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.
Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.
Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO
Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:
“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.
Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”
Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?
Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.
Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

“Apco was the first firm I contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”
Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.
Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?
Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.
Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein14. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)
ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA
Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.
Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.
———
*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:
- 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.
- 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.
- Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.
- Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.
- Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.
- Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
-Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.
- Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.
- Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.
Moralnya bagi aku adalah: membaca jambatan ILMU,bila anda baca Berita Harian,Utusan Malaysia,Borneo Post,Utusan Sarawak dll tu,adakah itu dah cukup? Jangan kata cukup anda mesti terus membaca maka carilah ILMU tu.

Sabtu, 27 Mac 2010

Tanah ku

Semalam(26/3/2010) saya rehat2lah-cuti,tapi maksud cuti untuk semua urang tidaklah sama,ada sesetengah urang cuti tu bermaksud mereka nonton tv atau pun tido terus-langsung tidak buat apa2 kerja,ada sesetengah urang pulak cuti itu bermaksud pulang ke uma aru atau pun pergi melancong(ke mana saja di bumi Tuhan Allah ini)-pelbagai kan? kadang2 ada waktunya saya cuti memang makan tido je lah kerjanya,tetapi sejak saya dah kawin dan mauk ada anak sudah ni(hehe...) jarang2 dah saya gitu-skarang cuti bermaksud ke ladang/kebun.
Maka semalam saya pun cuti-pergi lah ke 'lot' bukan saya punya tetapi bapa mertua punya(hehe..) slashing sana sikit lepas tu tanam 5 pokok buah-saya pun penat(hehe...)
Dalam seronoknya saya kerja tu-terlintas di kepala otak saya adalah 'bilalah agaknya perintah mauk beri surat tanah yg 3 ekar ni ya?' ya lah kan sudah lebih 10 tahun kita sini-bila orang kampung bising2, mreka(orang2nya) bagitau 'jangan lawan perintah,hanya perintah saja yg dapat tolong kita' ah! saya pun diam takut. Jadi sampai skaranglah saya tidak dapat jual ini tanah 3 ekar kepada bank-kalau saya jual bank mauk ka? eheh...bukan tanah aku la...tapi tanah bapak mertua.
Saya percaya cakap2 macam itulah yang ada di kepala otak orang Asap. Jadi apahal perintah tidak mauk berik surat tanah itu? takut saya jual tanah itu? kalau saya jual pun perintah duli apa? sudah tanah itu saya punya..suka ati saya lah.Yang perintah datang tingok saya 4 tahun sklali tu ada saya bising? ada saya tidak puas hati? saya diam sajaklah.
Hari ini tadi pulak(27/3/2010) saya masih cuti,maka saya ikut kawan(Kulleh) ke ladang sawit Solid untuk tingok2 gengnya motong belian,sambil tingok2 kalau ada hutan yang boleh ditebang untuk tanam padi lepas tu tanam duit hehe...oh!! banyak tidak terkira hutan yang tunggu saya di sana.
Tapi saya takut-takut Land n Survey dan pulih datang kacau saya dudi hari-macam mana lah? aiya!! susah sangat lah macam ini. Kan bagus kalau Taib Mahmud tu bagi saja10 hekter NCR untuk orang Asap-bukan susah pun.Saya tauk dia tidak akan kaya bila dia beri 10 hekter tu selagi dia hidup di dunia ni tapi dia akan kaya bila dia 'kembali ke tanah' dudi hari kerana semua orang Asap akan doa untuk dia supaya Tuhan Allah ampunkan segala dosa2nya semasa dia hidup di dunia ini.
Dan saya pun pikir,mauk ke YB Belaga dan Hulu Rejang ni minta 10 hekter tu? hehe.....

Selasa, 23 Mac 2010

Seminar NCR

Seminar: HAK KITA SEBAGAI ORANG BELAGA KE ATAS NCR.

Semalam(20/3/2010) bertempat di Uma Badeng Sg Koyan telah berlangsung satu acara yang bagi saya telah menyediakan sebuah pesawat penumpang menggunakan enjin kuasa roket untuk membawa masyarakat Asap ke satu dimensi/persepsi minda yang baru bagaimana mereka seharus dan sepatutnya memanipulasikan kekuatan mental dan fizikal mereka secara kreatif demi maruah dan kelangsungan hidup generasi masa depan mereka tanpa menjadi seperti ‘kerbau yang ke sana dan dan ke mari di bendang tuannya yang luas mengikut arah ke mana tuannya membawa tali yang diikat pada hidungnya’ dalam erti kata lain mereka tidak perlu sangat terikat atau pun takut dengan ‘kata-kata manis’ sang pemerintah negeri Sarawak dalam menentukan industri apa yang boleh dan tidak boleh mereka laburkan ke atas hutan belantara yang memagari kampung mereka termasuklah ke atas cebisan tanah yang seluas 3 ekar itu.

Semoga pula jurutera yang telah membangunkan enjin kuasa roket ini akan sentiasa menjaga kesihatan enjinnya supaya tahan lama, apabila ia rosak pun dia sudah ada ‘spare part’ yang original dan sesuai untuk menggantikan bahagian enjin yang rosak tadi,semoga dengan itu semakin ramailah orang Asap akan menaiki roket ini.Dari sana pula orang Asap semakin ramai yang kaya raya, bukan seperti sekarang kebanyakkan kita adalah ‘kais jam 7 pagi untuk di makan jam 10 nanti selepas itu kais lagi’ untuk besok terpaksa kais lagi,kenapalah kita terpaksa mewarisi tradisi yang menyusahkan ini zaman berzaman? Di mana silap dan salahnya kita?
Acara pagi itu dimulai oleh Fr Michael-saya masih senang memanggil beliau dengan nama Father biar pun mengikut informasi kawan-kawan yang Bishop Lee telah mengeluarkan arahan supaya umat-umat Katolik keuskupan Miri jangan memanggil beliau dengan panggilan Father lagi.Ya kerana saya sudah biasa-sebagaimana saya sampai sekarang masih menggunakan gelaran ‘cikgu’ untuk cikgu Daneil Levoh,cikgu Jarae,cikgu Bungan, cikgu Bujang Mit, cikgu Siburat,cikgu Alison Madan,cikgu Tonny Kulleh dan lagi dan lagi….Saya melihat kehebatan Fr Mike melontarkan ideanya masih segar dan hidup sama seperti masa beliau masih sebagi paderi Katolik lagi,biar pun sampai sekarang saya masih beranggapan bahawa gereja Katolik Uskup Miri amnya dan Paroki St Francis Xavier Belaga telah kehilangan sebutir permata yang jika waktu dulu dijaga dengan rapi akan mencitrakan cahayanya ke sanubari umatnya sekarang ini.Di manakah silapnya? Bagi saya semua orang silap dan semua orang tidak silap(umat Katolik Belaga,Fr Mike sendiri termasuk Bishop Anthony Lee juga).Silap kerana membenarkan duniawi yang membuat keputusan bagi kita dan tidak silapnya adalah kini Fr Mike bukan hanya milik Katolik tetapi kini dia juga adalah milik SIB,Bungan dan lain-lain. Saya masih ingat kata-kata Fr Mike(2009) dalam perjalanan kami berdua ke Miri untuk memberi penghormatan terakhir untuk mendiang Fr Wan(Fr Wan telah baptiskan saya pada 3.4.1999 di St Francis Xavier Belaga) di mana Fr Mike memberitahu bahawa dia tidak akan menggunakan platform NGO untuk memburukkan mana-mana orang-khasnya YB BN tetapi perjuangannya lebih bertumpu kepada, untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada saudara saudarinya ORANG ASAL supaya lebih menghargai dan menghormati hak-hak mereka sebagai ORANG ASAL sesuai dengan undang-undang tanpa dipengaruhi secara berat sebelah(bila mengambil/membuat keputusan) oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.Selamat maju jaya untuk Fr Mike dalam tugasan barunya ini,biar pun(pada hakikat dan yang sebenarnya) saya masih berharap agar suatu hari nanti beliau akan kembali lagi ke lubuk lamanya iaitu ‘kepaderian’ kerana dalam nama Tuhan Allah tidak ada yang mustahil.

Fr Mike memilih isu berkenaan dengan Persekutuan Malaysia sebagai bahan ceramahnya,diikuti oleh saudara Abun Sui dengan ceramahnya berkenaan dengan undang-undang tanah Sarawak-Abun Sui adalah seorang peguam berketurunan Kenyah Badeng dari Long Dungan Belaga,seterusnya diikuti oleh seorang lagi peguam dari Uma Apan Lg Mejawah-Ali Basah manakala saudara Wing Miku memilih tajuk ‘perjanjian Bakun’ sebagai isi ceramahnya,penceramah yang terakhir mengambil tempat adalah saudara Ong dari badan pemantau pilihanraya(Mafrel).

Secara keseluruhannya seminar ini saya anggap sebagai ‘berjaya’ biar pun mungkin ada yang melihat sebaliknya,mungkin mereka melihat dari dari segi kuantiti-bilangan peserta seminar tetapi bagi saya kuantiti itu belakang kira. Berjaya dalam konteks saya adalah,apabila seminar ini telah berjaya dianjurkan dengan sempurna itu sadah satu kejayaan, kemudiannya, berjaya bagi saya adalah apabila para penceramah telah berjaya menyampaikan apa yang mereka mahu/hendak sampaikan kepada peserta seminar dengan lancar dan erti berjaya yang ketiga bagi saya adalah kerana makan minum peserta seminar ‘berkelebihan’-tidak habis,jadi jangan melihat makna kejayaan itu hanya kepada ‘angka’,kejayaan yang hanya melihat kepada angka itu bagi saya hanyalah kejayaan yang bersifat sementara dan menarik untuk dikongsikan juga adalah catatan Barack Obama dalam perjalanan beliau merebut jawatan Senat (Keberanian Menggapai Harapan),Obama menulis, kadang kala,selepas beberapa jam memandu,saya mendapati hanya dua atau tiga orang sahaja yang menunggu saya di meja dapur.Saya perlu meyakinkan tuan rumah bahawa sambutan yang diberikan itu sudah memadai dan saya memuji hidangan yang disediakan.Kadang-kadang saya harus duduk mendengar syarahan di gereja tetapi paderi terlupa memperkenalkan saya, atau ketua kesatuan tempatan mengizinkan saya berceramah di hadapan ahli sebelum mengumumkan bahawa kesatuan telah memutuskan untuk menyokong orang lain. Kita semua tahukan siapa dan di mana kedudukan Barack Obama sekarang kan?

Pada mulanya( pindah ke Asap) saya sangat hairan dan binggung dengan gelagat para pembesar Asap apabila dalam satu pertemuan dengan orang-orang Besar perintah Sarawak di sekolah Bt Keling(tahun dan tajuk pertemuan saya lupa) telah meminta agar perintah negeri Sarawak mempertimbangkan agar keluasan tanah satu hektar(3 ekar) untuk setiap bilik/pintu di 15 buah rumah panjang ditambah.Saya hairan dan binggung kerana kenyataan hati saya pada masa itu adalah ‘apa la minta besar-besar kalau tidak pandai usahakan’ kerana pada waktu itu saya melihat bahawa bukan keluasan tanah itu yang penting tetapi bagaimana sepatutnya pemilik tanah satu hekter itu menggunakan kaedah moden/teknologi untuk membangunkan tanahnya-dalam maksud lain,saya meminta agar penduduk Asap menjadi Petani moden.
Pada tahun 2004,tiba-tiba saya terjun ke dunia pertanian(bukan sebagai petani-tetapi menjadi kuli orang di ladang sawit) wah! Pada masa itulah saya sedar bahawa pendirian hati saya selama ini adalah SALAH terhadap keinginan hati penduduk Asap ingin dapatkan tanah kebun yang lebih luas daripada perintah. Di ladang tempat saya kerja satu hekter sawit adalah 130 pokok,jadi bayangkan berapa sangatlah untung yang orang Asap dapat jika tanah mereka itu ditanam hanya dengan 130 pokok itu dan juga,saya akhirnya mengakui akan satu ‘naluri semulajadi’ yang dimiliki oleh ORANG ASAL sejak zaman berzaman iaitu mereka suka berladang seluas mana yang boleh untuk satu musim menuai kemudiannya mereka akan bertamu pula ke kawasan yang baru untuk musim menuai seterusnya, jadi apabila mereka hanya diberi tanah seluas 3 ekar,bagi saya ia telah menghalang naluri semulajadi ORANG ASAL ini tadi.Dan bermula dari sana jugalah saya menginsafi diri bahawa tanah dan masyarakat ku tidak dapat dipisahkan,dalam erti kata lain masyarakat saya tidak dapat hidup tanpa ladang/tanah,menjadi kebiasaan bahawa setiap tahun mereka akan berladang padi dalam keluasan yang luas(dalam anggaran 4-5 hekter) jadi dengan keluasan hanya 1 hekter yang diberi oleh perintah apa sangatlah aktiviti pertanian yang boleh mereka buatkan? Sudahlah kawasan Asap pada prinsipnya adalah milik orang Kenyah Sambop,Seping Long Bala dan Kenyah Long Koyan jadi mana lagi penduduk 15 buah rumah panjang itu mauk buat ladang? Sudahlah masa itu istilah ‘state land’ sangat popular dan sangat digeruni oleh penduduk Asap,biar pun jiwa mereka memberontak tetapi siapa mau kena marah atau kena halau oleh kerana berladang di tanah ‘state land?’ secara peribadi,saya hanya tahu istilah ‘state land’ itu hanya apabila saya berpindah ke Asap,pemahaman saya sebelum itu(sebelum 1998) adalah semua hutan belantara itu adalah milik saya dan masyarakat saya.

Maka dengan itu saya cadangkan kepada penceramah,sekiranya ada sudi di hati untuk menyelitkan dalam ceramah mereka selepas ini maksud ‘state land’ dan asal usul state land itu dan apakah motif disebalik state land itu dan bagaimana state land itu telah menyusahkan hidup masyarakat Belaga,kerana saya percaya masih ramai penduduk-penduduk Asap yang tidak tahu apa itu state land khasnya kami generasi muda.
Saya bersetuju dengan hujahan Mr Ali Basah apabila beliau berkata ‘jangan kata NCR sekarang tidak penting’, saya teringat akan maklumat yang pernah diberi oleh sahabat saya pada tahun 2009,di mana beliau berkata bahawa pernah ada seorang YB yang kahwin dengan Uma Bakah memberitahu mereka bahawa pendidikan adalah sangat penting jadi jangan sibuk-sibuk pasal tanah,bila sudah pandai gaji pun besar jadi buat apa tanah lagi?

Lihat? Betapa kontranya nasihat seorang YB dengan seorang peguam yang cintakan masyarakatnya. Saya memberitahu kepada sahabat saya itu bahawa YB itu adalah ‘bodoh’ sepatutnya dia nasihat orang supaya belajar tinggi-tinggi selepas itu berbudilah kepada tanah-carilah tanah banyak-banyak.Maka berhati-hatilah dengan YB khasnya YB BN seperti kata saudara Abun Sui satu ketika ‘ jangan pilih calon BN biar malaikat sekali pun calon mereka’,boleh jadi? Lucifer adalah malaikat Tuhan sebelum dia diusir gara-gara kerakusan nafsu.Mr Ali juga berkata bahawa Taib Mahmud(ketua menteri) pernah memperbudak-budakkan orang Belaga/Asap suatu ketika dulu,apabila BDC(Bakun Development Comitte) minta supaya orang Asap diberi 21 ekar(5-6 hekter) terus saja dia cakap ‘rubbish’ begitukah seorang ketua menteri melayan rakyatnya? Dia bagitau dia akan berikan 3 ekar sahaja(1 hekter lebih je) kemudian BDC minta 7 ekar dia masih tidak benganjak,tetap juga 3 ekar maka itulah nasib orang Asap sekarang,ada 3 ekar pun sesetengahnya langsung tidak berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pertanian. Pada prinsipnya bukanlah perintah Sarawak tidak dapat memberi 21 ekar tu kerana 50 ekar pun boleh mereka beri,tetapi kenapa perintah enggan? Kerana kepala mereka sudah tumbuh tanduk yang dari hari ke hari semakin panjang,begitulah juga YB yang memberi nasihat ‘ala-ala baik’ kepada orang Uma Bakah itu.Mauk potong itu tanduk? Dapat tetapi ia memerlukan masa,kesungguhan yang tulen dan kepercayaan kepada Tuhan,total 100%.

Saudara Abun Sui dalam ceramahnya pula antara lain memberitahu bahawa semasa pemerintahan James Brooke dulu-beliau(James Brooke) tidak pernah pun menipu ORANG ASAL untuk mendapatkan tanah-tanah mereka(untuk diri sendiri) tetapi beliau lebih kepada mendamaikan puak-puak pribumi yang suka ‘mencari kepala’ biar pun begitu saya juga yakin bahawa james Brooke juga mencari ‘kekayaan’ siapa yang tidak mau kaya kan? Tetapi beliau tidak pernah merampas tanah-tanah ORANG ASAL.Oleh itu,hiduplah ORANG ASAL di wilayah masing-masing di kelilingi oleh hutan rimba yang mereka warisi turun temurun dari nenek moyang mereka zaman berzaman,keadaan aman dan damai ini berterusan sehingga zaman Kalong Ningkan dan Tawi Sli(ketua menteri Sarawak 1 dan 2) memasuki zaman Rahman Yaakub diberitahu bahawa masih tidak ada masalah berkenaan dengan tanah tetapi masuk sahaja zaman Taib Mahmud maka haru birulah kehidupan ORANG ASAL dibuatnya.Kemuncak kerakusan Taib Mahmud dengan orang Asap adalah apabila beliau enggan mendengar dan enggan bersimpati dengan kata-kata BDC apabila mereka minta 21 ekar itu,rupa-rupanya ada maksud tersirat sekarang? oleh kerana ORANG ASAL sudah biasa hidup aman dan damai dengan hutan belantara dan oleh kerana ORANG ASAL sudah ada undang mereka sendiri terhadap pengurusan tanah yang disebut sebagai ‘TANAH ADAT BUMIPUTERA’ yang telah diwarisi zaman berzaman baik sebelum atau selepas James Brooke bertapak di bumi Sarawak ini, maka mereka agak terkejut dengan situasi baru ini di mana mereka tiba-tiba didatangi oleh boss –boss syarikat yang berkepentingan dengan surat yang bagitau ‘tanah aku ni,kau boleh cabut’ alamak!!! Itu satu penghinaan!! ORANG ASAL mana boleh sabar, ‘orang luar(James Brooke) tidak pernah buat kitak macam ini,apa pasal ini perintah sendiri buat kitak macam ini?’ maka mereka pun bangun menentang tetapi apa kan daya mereka tidaklah berdaya apabila perintah sudah berjaya mengawal permainan(dengan undang-undang ciptaan mereka sambil ia telah direstui pula oleh YB-YB ORANG ASAL-mereka terpaksa rela? mungkinlah) maka satu persatu gol-gol telah dijaringkan oleh perintah di mana satu persatu tanah adet ini ‘dirogol’ oleh syarikat-syarikat tadi manakala bagi orang Asap yang baru berpindah,apa itu NCR bagi mereka dan relavenkah NCR itu bagi mereka? Saya pernah mendengar cerita Uma Juman Sg Koyan ternganga mulut apabila ladang padi mereka hanyalah penumpang di tanah Solid Plantation.
Di mana dan dengan siapa masyarakat setempat mahu mengadu? Pergi ke upis perintah? Hanyalah sia-sia,maka mereka pun mengetuk pintu pondok parti pembangkang dan NGO yang aspirasi perjuangan mereka adalah untuk membela HAK-HAK ORANG ASAL seperti TAHABAS(Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak) JOAS(Jaringan Orang Asal SeMalaysia) dan SILA( Sarawak Indigenous Lawyers Association) lalu pintu pondok itu pun terbuka dengan lebarnya dan bila aura NGO dan pembangkang pula tercitra?

Maka marilah Awang Tengah Ali Hassan dengan bangganya(Utusan Sarawak,18/3/2010) memberitahu ‘keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional(BN) tidak terhakis walaupun parti pembangkang sering membangkitkan isu NCR dengan mendakwa kerajaan merampas hak rakyat pada setiap pilihanraya’. Awang Tengah juga berkata buktinya boleh dilihat dalam pilihanraya negeri Sarawak yang sudah-sudah di mana BN sentiasa mencapai kemenangan demi kemenangan.

Wah!! Betapa bangga dan sombongnya pakcik ini ya? Tidakkah beliau sedar bahawa kemenangan BN itu disebabkan oleh strategi serampang banyak mata mereka(BN) di mana tujuan akhirnya nanti adalah untuk ‘memiskinkan’ORANG ASAL,kerana,biasanya apabila seseorang itu miskin dia akan fikir banyak kali apabila timbul keinginannya untuk makan tengahari dan malam di KFC guna duit sendiri oleh kerana harga makanan di KFC boleh tahan juga murahnya?!! Jadi untuk merasakan kelazatan ayam KFC(biar pun sekali sekala) maka ORANG ASAL pun berkawan dengan BN,selepas menikmati kelazatan ayam KFC maka ORANG ASAL akan didodoikan dengan kata-kata ‘ha! Ko tengok,kalau ko kawan dengan pembangkang dan NGO tu, ada ko dapat rasakan KFC ini? Jadi jangan kawan dengan pembangkang atau NGO itu, pasal mereka pandai cakap saja,jangankan ayam KFC,ayam panggang pasar malam Bintulu pun dia akan tidak dapat belanja kamu-dia nadai duit lo!’. Kemiskinan ORANG ASAL dibuktikan lagi apabila orang BN cakap ‘di dunia ini,tidak ada yang dapat lawan sedapnya ayam KFC, ayam SugarBun dan McDonald? Tidak dapat punya’ oleh kerana ORANG ASAL adalah miskin(duit dan minda) maka mereka pun percaya ‘buta-buta’ jadi apabila ORANG ASAL yang sudah terbuka minda mauk dan datang dengan sukarela bagitau mereka bahawa selain BN,PEMBANGKANG dan NGO pun boleh belanja mereka di KFC dan selain KFC ayam SugurBun dan McDonald pun sedap juga, akhirnya mereka tetap tidak percaya,jadi saya minta dan merayu kepada Pembangkang dan NGO janganlah cepat berputus asa dan janganlah cepat menarik diri apabila ORANG ASAL tidak percaya.Menurut Shad Helstetter,Ph.D (2000) apabila kita dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak sederhana positif beliau memberitahu bahawa kita akan mendengar ‘JANGAN’ sebanyak 148000 kali dalam 18 tahun pertama hidup kita,jadi sudah berapa puluh tahun ORANG ASAL diberitahu oleh BN hanya mereka sahaja yang STARING dan ‘JANGAN UNDI/PERCAYA PEMBANGKANG DAN NGO?’ Saya percaya bahawa perubahan dan perjuangan yang konsisten adalah apabila ia memilih kaedah ‘evolusi’ bukannya ‘revolusi’.Evolusi membawa maksud, perkembangan atau pertumbuhan secara beransur-ansur manakala revolusi diertikan sebagai perubahan yang dilakukan dengan kekerasan. Saya percaya dan yakin bahawa ‘pengulangan adalah hujah yang meyakinkan’.

Saya sangat menyokong dan bersetuju jika NGO khasnya dan parti politik pembangkang amnya memainkan peranan mereka dengan ‘mengkayakan’ ORANG ASAL ini,bukan dengan wang ringgit tetapi dengan konsisten mencorakkan semula mentaliti mereka menggunakan kepakaran dan bakat masing-masing yang telah dianugerahkan oleh Tuhan Allah,saya tertarik dengan kata-kata Mr Ali Basah apabila beliau berkata bahawa dia mungkin tidak dapat tolong kaumnya(ORANG ASAL) dengan hari-hari beri mereka wang ringgit, tetapi dia boleh tolong menggunakan ‘mulutnya’ dengan berkongsi ilmu kepakaran dan pengalaman yang beliau miliki dengan memberi ceramah berkaitan dengan hak-hak mereka sebagai ‘ORANG ASAL’ sesuai dengan:
Perlembagaan Malaysia
Adet Daleh yang telah mereka warisi zaman berzaman
Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa(UN-DRIP)

Mungkin hasilnya nanti bukan pada zaman anda tetapi ingatlah cucu cicit anda selepas ini,adakah anda akan biar dan benarkan mereka ‘merempat’ di bumi sendiri? Seperti mana saya mentafsir maksud Mr Ali Basah apabila beliau berkata/bertanya ‘siapa cakap tanah NCR tidak penting? Bagi saya ia adalah penting demi dan untuk masa depan anak,cucu dan cicit saya kerana itu saya mesti menginsafi diri supaya berusaha mendalami dan memahami akan hak-hak saya sebagai ‘ORANG ASAL’.