Pasukan Ekran Ph 2 telah pun berjaya dalam misinya di kejohanan bolasepak MCH 2009.Tahun lepas Ekran mara hingga ke perlawanan akhir tetapi kecundang dengan jayanya di tangan Uma Bawang.Tahun ini Ekran mencuba lagi tetapi bezanya Ekran tidak memerlukan pemain luar lagi kerana 'buat pa guna pemain luar lagi,kan sekarang kita dah kuat' kata2 Mr. Manggie(mekanik)sambil menukar oil filter Farm Tractor hehe.. bah! kata2 Manggie telah berjaya membakar semangat para pemain Ekran lalu mereka pun ramai2 ke tebing sungai Belaga untuk 'cek pukat' ada ikan sangkut atau tidak. Cam ni ke nak menang?! hehe.. maka aku pun setuju.Sebagai jurulatih aku pun letakkan target:
a) jangan biarkan gawang kita dibolosi lebih daripada 10 dan b) sekurang-kurangnya kita mesti jaring satu gol(ke gawang pasukan lawan lah) jadi Manggie pun bertanya 'boss kenapa target tu tinggi sangat? kan sepatutnya boss sasarkan agar tim kita tidak kena bolos sehingga 20 gol?' memang bernas kata2 Manggie itu sebagai hadiahnya aku suruh dia tekan tubi 10 kali hehe..
dipendekkan cerita:
perlawanan pertama Ekran adalah menentang pasukan Uma Nyaving(aku punya kampung da) maka seperti diduga kami telah dibelasah oleh pasukan lawan dengan 8-0.Aku sendiri telah diberi kad kuning oleh pengadil(dah aku tak larat kejar bola lagi maka aku pegang la bola tu hehe..)
perlawanan kedua vs Koyan United.Koyan United ni adalah tim Ekran(Ph 1) juga bezanya mereka menggunakan khidmat pemain luar maka kami juga kena bedal 2-0 seperti biasa kami pulang dengan hati yang gembira kerana kami belum dibolosi sehingga 11 gol.
perlawanan terakhir adalah menentang Uma Juman dan akhirnya misi kami pun terlaksana biar pun kami dibedal 8 gol tetapi kami telah berjaya menjaringkan satu gol penjaring gol tunggal kami adalah Timotius Tiong(Mekanik).
bulan 12 ni Ekran Ph 2 akan kembali lagi(Xmas Cup) masih wajah2 pemain yang sama dan masih dengan target yang sama. Bila aku tanya seorang pemain Ekran 'sedia dah untuk bulan 12?' dia jawap 'sedia dah tuan' 'cam na kau sedia?' 'saya dah kutip biji lerai dan tidak tombak buah muda lagi tuan' pulak dah hehe..patut la Ekran kena bedal haha..
Moral cerita di atas adalah:
Pilihan 1 dalam idup kita mesti ada target tetapi biarlah target itu terjangkau bak kata semang 'ukur baju badan sendiri'. Seterusnya adalah ada sesetengah perkara dalam idup ni kita jangan ambil serius sangat..atau pilihan 2 moral? apa moral2 mana ada moral cerita ni hehe..nikmatilah idup ni kawan2.
Apa cerita dengan pasukan bolasepak Sarawak?

ya betul lah tu;;;
BalasPadam