Rabu, 28 Oktober 2009

Janji Manis Pembangakang

Jangan terpengaruh dengan janji pembangkang,kata Liwan.

Itu adalah tajuk berita Utusan Sarawak bertarikh 27/10/2009.

‘Pembangkang hanya pandai membuat janji tetapi janji itu hanya omong kosong sahaja dan tidak ditepati.’
Aku setuju dengan kenyataan YB Liwan ini,tetapi persoalannya adakah hanya pembangkang sahaja yang pandai membuat janji omong kosong? Aku rasa tidak la,BN pun apa kurangnya kan? Jadi kepada pengundi-pengundi di Belaga ni,janganlah terlalu taksub dengan BN hinggakan kita langsung tidak mauk dengar omongan pembangkang kerana belum pasti semua kata-kata yang keluar dari celahan gigi pembangkang adalah omong kosong sahaja,aku percaya ada juga kata-kata pembangkang yang berisi dan boleh didalami maksud-maksudnya,Cuma nasihat ku kepada pembangkang adalah:
Jangan jadi pembangkang bermusim seperti lagu ‘we wish you a merry Cristmas’tu yang hanya berkumandang pada bulan 12 setiap tahun sahaja,kalau jadi pembangkang bermusim maka tidak salahlah kata-kata YB Liwan ni kan?isu-isu yang dilontarkan oleh pembangkang sebenarnya adalah bernas dan kenyataan tetapi bahan sokongannya adalah tidak kuat seperti=bukti kerja calon YB dari pembangkang tadi dan personaliti calon itu sendiri kadang-kadang telah dengan sendirinya telah melemahkan lontaran idea tadi.Jadi sudah tiba masanya untuk pembangkang di Belaga menggunakan style baru dalam meraih undi iaitu bekerja sebagai pembangkang sepenuh masa(aku pernah cakap ni) dan aku rasa tidak perlulah pembangkang janjikan bulan dan bintang untuk orang Belaga jika memang tetapi bercakaplah dari sekarang pembangkang.Belaga memang perlukan pembangkang untuk KPI kan YB Liwan kita ni.
Kesimpulannya Belaga memang perlukan tim pembangkang sepenuh masa.

YB Liwan juga memberitahu teguran untuk ketua masyarakat supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya,sambil beliau menambah kata bahawa ketua masyarakat perlu bijak menyelesaikan masalah dengan baik dan penuh muafakat. ‘ketua yang baik adalah ketua yang bijak menyelesaikan masalah dengan memikirkan apa yang baik untuk penduduk dan bersedia menerima sebarang pandangan serta kritikan membina’.
Ini pun aku setuju tetapi haha…aku pikir salah tempat la YB Liwan berucap ni baik dia mari ke kampong aku hehe..
Tersebutlah kisah di mana ketua kampong aku memutuskan pertikaian antara dua orang penduduknya dengan memutuskan bahawa seorang itu salah semua sedangkan seorang betul semua hanya kerana yang seorang itu adalah konconya manakala seorang itu musuhnya haha…bijak ke tu? Aku tak nafikan seorang ni ada salahnya juga tetapi aku juga pasti bahawa yang seorang itu pun ada salahnya juga.Tidak salah ke kita apabila kita pergi rosakkan kayu belian orang lain yang susah payah sudah dinyayat(Bhasa Kayan) dengan sempurna oleh satu orang lepas tu dengan selambanya yang sorang lagi pergi rosakkan..bermoral ke tu? Dan tidak salahkah apabila kita pergi cabut tumbuhan yang sudah ditanam oleh orang lain? Lawak la ketua kampong aku ni,dah tu dia buat penghakimannya pula dengan mengisap rokok segerit tanpa merujuk kepada buku ‘Adet Kayan-Kenyah 1994’ sedangkan aku yang muda ini pun merujuk buku undang-undang tu sebelum jadi pemerhati perbicaraan itu. Bagaimana pemerintah sekarang boleh melantik orang cam ni jadi ketua masyarakat? Adakah kerana beliau adalah golongan Maren? Apa lah yang ada pada Maren itu jika kita tidak bijak? Aku tidak setuju la dengan komuniti Kayan ni yang masih melihat Maren sebagai syarat utama jadi ketua masyarakat,tetapi aku akui tidak semua Maren adalah lemah ada juga Maren yang bijak-bijak itu tidak mengapalah kan.Jujur cakap lah ya..’aku lagi layak jadi Maren Uma’ hehe…

YB Liwan juga mengingatkan penduduk supaya menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapat pendidikan sempurna.Jelasnya lagi hanya satu cara untuk keluar dari kepompong kemiskinan sekaligus mengubah kehidupan keluarga pada masa akan datang iaitu melalui pendidikan,oleh itu ibu bapa perlu bersungguh-sungguh untuk menyekolahkan anak-anak sehingga ke peringkat tinggi kerana sekarang pendidikan teramat penting’.
Ini pun aku setuju hehe..ya la dah kata-kata YB Liwan itu betul tak kan lah aku nak bangkang aje kan?
Aku masih ingat betapa susahnya hati bapa ku bila SRK Sepako ditutup secara tiba-tiba oleh seorang guru besar yang tidak bertanggungjawab pada tahun 1988 lepas,nak kami gi sekolah di SRK Long Linau guru besar sana terlalu ikut prosedur,tidak ada sijil berhenti sekolah maka tidak dapat sekolah maka menapak lah bapa bawa aku ke SRK Lg.Segaham(1989) bersama dengan 3 orang lagi kawan-kawan ku-Anthony(kini Tuen Pulis hehe..Inspektor),Leo dan Harmond di sana dengan yakin dan semangat guru besar-cikgu Daniel Levoh berkata ‘ besok mula sekolah’ maka kerana jasa Daniel Levoh inilah aku dan Anthony boleh berjaya seperti sekarang dan sehingga sekarang lah aku tetap memanggil beliau sebagai cikgu(biar pun mungkin suatu hari nanti aku akan betul-betul berbeza ideologi politik dengan Cikgu Levoh ini tetapi rasa hormat dan terhutang budi ku terhadap dia tetap utuh 100%) dan begitu jugalah untuk bapak ku-Pudong Laing,biar pun buta huruf tetapi tau bahawa pendidikan itu penting-bukan senang untuk tiba ke Lg Segaham dari Sepako dulok terpaksa menunggu kereta atau lori balak-jadi tumpang ajelah Cuma yang aku agak terkilan kerana pemerintah tidak pernah menghargai beliau sebagai sukarelawan di zaman konfrantasi dengan Indonesia suatu ketika dulu,dia bergadai nyawa di Long Jawe ditangkap oleh askar-askar Indonesia tetapi berkat pertolongan Tuhan maka beliau dan kawan-kawan berjaya lolos,jika tidak,ada atau tidak aku di dunia ini sekarang? Bapak pernah kata bahawa YB Liwan pernah cakap-cakap pasal hal perang Lg Jawe ni dengan dia tetapi sekarang terus senyap,kenapa ya?
Berbalik kepada pendidikan tadi,cuba anda pergi ke uma Nyaving Sg Asap kampong ku,tentu anda akan dapat lihat ramainya remaja yang tidak sekolah,kenapa dan salah siapa? Aku tak tau sebabnya tetapi salah siapa aku tau-itu adalah salah ibu-bapa budak itu dan salah si Lebui -tidak setuju? Tetapi itu adalah kenyataannya.Biar pun tidak nyata tetapi dalam hati Lebui dan seisi keluarganya akan gembira kalau lagi ramai budak-budak kampong tidak sekolah kerana
ü Apabila budak-budak tidak sekolah maka mereka tidak ada kelayakan akademik
ü Apabila tidak ada kelayakan akademik maka mereka pun bodoh(tetapi tidak semestinya)
ü Apabila mereka bodoh maka senanglah diperbodoh-bodohkan oleh mereka sekeluarga
ü Kerana itu mereka tidak pernah memarahi ibu bapa atau mereka sendiri yang menghantar budak-budak itu ke sekolah,tak da duit? Bohong la tak da duit,Mana perginya wang Tanah Komunal itu ya? Hehe..
ü Jadi hasilnya adalah,terbentuklah sebuah komuniti Uma Nyaving yang tidak putus-putus bergantung harap kepada mereka untuk mencari sesuap nasi dan dari itu akan hidup teruslah institusi Lebui.
ü Tetapi rupa-rupanya mereka tidak dapat menghalang demokrasi-jadi terlepas jugalah sekerat dua keluarga Uma Nyaving dari penjajahan ini-entah bila pulak Uma Nyaving yang ramai tu mauk berani ya?
Masih bergelora hati ini mauk sekolah ni!!

3 ulasan:

  1. Semua BN dan PR boleh berjanji . Apabila soal mungkir janji dibangkit: Ia harus difahami iaitu pihak YANG ADA KAPASITI UNTUK MELAKSANAKAN JANJILAH TERLETAKNYA siapa MUNGKIR JANJI.

    Dalam kes ini BN . Kalau mereka tidak laksanakan apa yang mereka telaH JANJI maka mereka adalah PEMBOHONG. Kerana mereka ada kuasa dan kapasiti melaksanakan apa yang dijanji.

    Pembangkang? Terlepas dari melaksanakan janji atau menunaikan janji kerana mereka tidak dipilih untuk memerintah.

    Kalau ini pun seorang YB tidak faham, bermakna YB ini benar-benar tidak faham demokrasi. Atau kalau faham TAPI BUAT-BUAT TAK FAHAM bermakna YB itu TIDAK JUJUR.

    BalasPadam
  2. ulasan saudara sangat menarik,
    dalam konteks Belaga cabarannya adalah 1.bagaimana untuk memastikan bahawa segala janji2, baik lisan mahu pun bertulis BN Belaga dilaksanakan mereka? tanpa berpihak-pihak 2.dan bagaimana pihak pembangkang mesti memainkan peranan mereka untuk terus menjadi MUSUH YANG BERKESAN kepada BN.
    untuk itu sekiranya saudara ada idea silalah berkongsi bukan hanya melalui blog ini tetapi melalui perjumpaan-perjumpaan sosial saudara dengan penduduk Belaga,agar kesedaran mereka terhadap hak-hak mereka akan tercitra bila berdiskusi dengan YB atau pun melalui peti undi.
    Terima Kasih.

    BalasPadam
  3. BN Belaga pun memang pandai berjanji manis cuma sayangnya ia tidak dapat dibuktikan kerana Belaga tidak punya pembangkang yang tetap dalam merekod apa semua janji-janji yang pernah BN buat.Dari zaman Datuk Tajang Laing dan Datuk Nyipa Batok dulu di bawa ke zaman Stanley Ajang dan sekarang YB Liwan Lagang.

    BalasPadam