Isnin, 9 November 2009

Sebelum Menjadi YB,YB Adalah Pencari Kerja.



Pada hari Sabtu lepas,bersamaan dengan 7/11/2009 dan sekitar jam 11.30am, saya telah berpeluang bersembang-sembang dengan seorang pakcik,sebenarnya pakcik ini adalah pesara radio yang telah mengambil keputusan untuk bermastautin di kampong sahaja setelah bersara dan kini beliau telah pun berusia 60 tahun.

Memang aku akui bahawa setiap kali perjumpaan saya dengan pakcik ini tidak akan pernah membosankan,beliau akan sentiasa ada hujah atau jawapan kepada persoalan-persoalan yang kita akan tanya beliau.Apabila beliau berbicara kita mestilah mendengar dengan penuh teliti kerana kadang-kadang suaranya antara dengar dan tidak dan kita janganlah terkejut bila semakin dalam kita bersembang maka semakin kerap beliau berbahasa enggeris,tetapi bukanlah bermaksud beliau mabuk mungkin kerana beliau sudah semakin asyik.Tidak macam sesetengah orang yang mereka hanya pandai bercakap orang putih apabila dipengaruhi oleh alkohol.

Beliau adalah seorang umat Tuhan yang kuat membaca bible dan beliau adalah penganut setia Kristian SIB,tetapi itu bukan penghalang untuk aku bersembang-sembang dengan beliau,aku adalah penganut setia Roman Katolik.(lain masa aku akan tulis pasal idea-idea beliau pasal hal agama)

Aku pernah menegur bekas isteri beliau,gara-gara bekas isterinya itu telah merosakkan bible pakcik ini.Aku Tanya kenapa dia koyak? Isterinya ini dengan selamba menjawab bahawa dia bosan melihat pakcik ini hari-hari membaca bible, kerja lain tidak dibuatnya tapi aku soal makcik ini ‘ada dia marah u bila u main judi?’(makcik ni ketagih main judi,tetapi mereka betul-betul buang masa kerana mereka biasanya hanya ‘main’o.10 paling tinggi pun o.50sen sahaja) dia menjawab ‘tidak’ makanya janganlah anda marah dia bila dia banyak membaca bible.Bishop Anthony Lee pernah berkata, ‘selama hampir 30 tahun saya menjadi Bishop Miri dan sudah banyak rumah panjang yang saya lawati,inilah pertama kali saya melihat penduduk kampong yang seusia saya terang-terangan bermain judi’(2006 semasa Bishop menyambut Krismas bersama-sama dengan umat Katolik St Matthew,satu ketika beliau mengisi masa lapangnya dengan berjalan-jalan di awa uma Aru,ha! Time tu la beliau terserempak dengan pasukan makcik ni tadi,tengah halai bermain judi)

Dalam pertemuan itu juga,aku Tanya balik pakcik ini samada ketua kampong beliau telah membenarkan beliau berkongsi cintakasih Jesus semasa sembahyang hari ahad,beliau memberitahu bahawa beliau masih dilarang.Dalam bulan jun 2009 ini tadi beliau pernah memberitahu aku bahawa beliau dilarang ‘berkhotbah’ di gereja sendiri.Itu how aku Tanya beliau hehe..

Anda mauk tau kenapa pakcik ini dilarang oleh ketua kampong daripada berkhotbah? Sebab pakcik ini ‘penuh dengan dosa’ tergelak besar aku dengan ketua kampong ini. Aku kenal ketua kampong ini dan begitu juga sebaliknya,aku pernah jadi MC satu majlis, bila mana ketua kampong ini mendesak-desak aku supaya mempercepatkan urutannya berucap,ah! Teks ucapannya pun aku yang sediakan hehe..
Bila aku Tanya kenapa pakcik masih dilarang? Pakcik ini menjawab bahawa,ketua kampong takut, kalau-kalau orang kampong semakin percaya kepada beliau(pakcik) dan dari hari ke hari menghormati aura beliau sebagai seorang warga tua yang budiman,berilmu dan berakhlak mulia dan pakcik ini memberitahu bahawa ‘kerana pakcik penuh dengan dosa adalah alasan semata-mata.
Dalam erti kata lain,apabila pakcik ini tadi semakin mendapat tempat di hati orang kampong dengan khotbahnya yang hidup dan bernas maka dari itu aura ketua kampong tadi akan mula merosot.Pelik jugakan kehidupan ini,orang yang pandei dilarang? Samalah seperti nasib ku suatu ketika dahulu bila aku dihalau ke dalam hutan oleh ketua kampong ku sendiri dengan alasan aku telah memporak porandakan kampong,hehe..apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa kerana ‘ketua kampong ku tidak tau apa yang dia perbuat’.
Kasihan pakcik ni,tidak ada ke gereja-gereja SIB di Asap/Koyan ini yang ingin memberi peluang untuk pakcik ni berkongsi cinta kasih Tuhan?

Bila aku Tanya beliau,samada Belaga perlua ada parti pembangkang yang kuat? Beliau dengan pantas dan bersemangat menjawab ‘ya’. Kenapa? Beliau memberitahu untuk menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan BN.

Adakah beliau berpuas hati dengan prestasi individu-invidu yang pernah menjadi YB Belaga? Beliau memberitahu bahawa beliau berpuas hati tetapi masih masih banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Bila aku bertanya adakah YB perlu selalu berada di kawasan sendiri? Dalam konteks perbincangan kami berdua ia merujuk kepada Belaga. Beliau berkata ‘ya’ tetapi sekiranya jadual persidangan DUN begitu padat beliau mestilah melantik ‘orang-orangnya’ untuk melayani karenah para penduduk/pengundi.

Bagaimana dengan pembangkang? Adakah mereka sepatutnya diberi peluang untuk menjadi kerajaan di Belaga? Pakcik ini menjawab setelah lama berfikir-fikir. Jawapan beliau bagi aku adalah sangat menarik dan boleh diperhalusi. ‘Dalam konteks demokrasi yang sebenarnya berkuasa adalah RAKYAT maksudnya pengundi,tanpa kuasa rakyat ini YB adalah individu yang biasa-biasa sahaja’, pakcik ini menambah kata bahawa ‘ sebelum menjadi YB,YB SAMALAH SEPERTI ORANG YANG MENCARI KERJA(PENCARI KERJA),maka kita pengundi inilah yang telah memberi kerja untuk beliau(YB) apabila kita mengundi beliau,jadi oleh karena kita pengundilah yang memberi kerja untuk YB tadi maka kita jugalah yang BERHAK menurunkan beliau dari jawatan YB nya itu’. Akhirnya pakcik ini membuat kesimpulan bahawa ‘pembangkang punya hak untuk menjadi kerajaan di Belaga dengan syarat mereka mestilah kuat dan konsisten dan dengan syarat YB BN(Belaga) tidur di siang hari’.

Seterusnya aku bertanya secara asas pasal perpindahan Orang Ulu ke Asap/Koyan,adakah beliau gembira,berpuas hati dengan layanan kerajaan pemerintah atau sebaliknya.Secara keseluruhannya beliau gembira dan berpuas hati kerana berpindahnya Orang Ulu ke Asap/Koyan maka komuniti Orang Ulu semakin terdedah dengan kemajuan dan kejayaan dalam jangka panjang ia akan menguntungkan generasi muda komuniti Orang Ulu itu sendiri, cuma yang beliau agak sedih dan terkilan adalah kerana proses/perjanjian perpindahan Orang Ulu itu banyak tidak dibuat ‘hitam putihnya’ terlebih dahulu,bila tidak ada hitam putihnya maka senanglah kerajaan yang memerintah sekarang ‘menunggang balikkan’ kata-kata mereka maka yang menjadi mangsa adalah keseluruhan penduduk Asap/Koyan’. Bila aku Tanya salah siapa? Beliau memberitahu bahawa ini adalah salah ketua-ketua kampong,penghulu,temenggong. ‘Mereka ini(ketua kampong,penghulu,temenggong) telah menanam kayu-kayu,sekarang kayu itu sudah besar-besar,bila mereka hendak pindahkan kayu-kayu itu karena akhirnya mereka sedar kayu-kayu itu ada yang tidak berguna,malangnya kudrat tua mereka tidak berdaya, jadi mereka terpaksa minta tolong atau serahkan untuk generasi anda(aku dan engkau la) untuk ‘nyukat’ kayu-kayu itu’. Dalam erti kata lain,ketua-ketua masyarakat ini tadi telah mencipta masalah(dengan mengatakan ‘ya’ sahaja untuk pemerintah dalam urusan perpindahan tanpa ada hitam putih) tetapi bila segelintir daripada mereka dah sedar,lihat-lihat masalah itu sudah pun berakar umbi,hendak mereka bersuara mereka ‘malu’ akhirnya generasi mudalah yang terpaksa pula berusaha untuk selesaikan masalah-masalah itu.Kasihan Orang Ulu Asap/Koyan.

Sesi sembang-sembang kami berdua ditangguhkan sekitar jam 1.25pm,kami berdua berjanji akan bersembang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan