Alangkah baiknya jikaYB Belaga mengambil keputusan berani untuk bangunkan satu laman pertemuan orang-orang Belaga di alam maya(internet) antara lain tujuannya adalah untuk mendekatkan para pengundi khasnya pengundi muda dengan beliau semoga melalui cara itu pengundi-pengundi muda boleh faham aspirasi beliau disamping itu ia juga bertujuan untuk beliau mengetahui secara terus terang keluh kesah penduduk-penduduk Belaga,aku melihat YB tidaklah boleh mempercayai orang-orang kanannya 100%(jika adalah) dalam mendekati dan mendengar keluh kesah penduduk Belaga kadang-kadang orang-orang kanan itulah yang boleh membawa rebah.(dengar cerita dulu Pak Lah percaya sangat dengan orang-orang kanannya lihat? Apa jadi?)
Aku tau YB Belaga ada akaun FB(Facebook) tetapi sejauh mana beliau telah mengeksploitasikan kecanggihan teknologi(FB) itu dalam mendekati para pengundi Belaga dalam maksud supaya majoriti pengundi memahami,menghayati dan bersama-sama beliau mencapai aspirasi perjuangannya? Tidaklah aku tau secara mutlak.Antara Perdana Menteri(Najib) dan YB Liwan siapa yang duluan menggunakan FB? Haha…
Dicadangkan juga agar YB Liwan bersedia pula mengkhabarkan aspirasi beliau melalui blog seperti bekas PM(Mahathir) dan aku percaya bukan satu tindakan yang sombong atau meninggi diri jika YB Liwan dalam setiap lawatan beliau ke mana-mana tempat di Belaga ini beliau menghebahkan alamat blog,email dan FBnya untuk para penduduk semoga dari sana beliau akan semakin dekat di hati para pengundi.Dari itu juga beliau boleh berdiskusi terus menerus pasal sesuatu isu dengan para penduduk Belaga,sudah tentu apabila YB Liwan membuat keputusan ‘membuka dirinya’(blog dan FB) maka beliau telah mengambil satu tindakan yang berani,berani kerana beliau telah membenarkan dirinya dikritik secara terbuka oleh rakyat Belaga,aku percaya bukan semua pengunjung FB atau blognya itu adalah penyokong BN,sudah pasti orang-orang pembangkang dan pengundi merdeka pun akan mengambil peluang melontarkan idea-idea mereka, tetapi YB Liwan sepatutnya tidak gentar dan takut kerana aku percaya bahawa apabila beliau mengambil keputusan untuk terjun ke dunia politik maka beliau sedar bahawa beliau mesti bersedia untuk 1)dikritik, 2) aspirasi perjuangannya atau keputusan-keputusannya akan dipersoalkan 3) tindakannya dihakimi oleh rakyat.
Dan bagaimana pula dengan orang-orang Belaga yang punya kelulusan dalam bidang IT,orang-orang Belaga yang tinggi-tinggi ilmu akademik mereka dan yang berpengalaman dalam sepak terajang dunia politik,kenapa diam sahaja? Tidak sudikah anda mencabar diri anda membangunkan laman sosial khas untuk orang-orang Belaga berinteraksi? Biar kita saling berdiskusi demi pembangunan minda dan fizikal Belaga tanpa memperdulikan jika kita ini di sebelah BN mahu pun pembangkang.Aku sangat yakin bahawa laman maya ini boleh menjadi satu alat untuk melahir dan membentuk sebuah komuniti pengundi Belaga yang baru,dengan harapan komuniti pengundi yang mengundi seseorang calon itu berdasarkan ‘tali persaudaraan’ akan berlalu sedikit demi sedikit dan akhirnya YB dan bakal YB tidaklah lagi menyogok kami pengundi ini dengan kata-kata ‘hanya aku sahaja yang boleh membawa kemajuan’ ‘orang sebelah sana tu hanya pandai berjanji kosong sahaja’, ‘kalau korang tidak undi aku,tidak ada sekolah dan tidak ada pembangunan di Belaga ini’ serta nanti tidak adalah lagi kata-kata nakal yang YB Belaga adalah ‘YB kuman bahek/piknik,YB majlis rasmi merasmi sahaja’ hendaknya sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan kemajuan teknologi maka cara YB berdiskusi dengan pengundi serta meraih undi pun sepatutnya berubah,kan?
Dan hendaknya suatu hari nanti kami pengundi ini dalam dilemma kerana hendak pilih yang mana satu calon YB mauk diundi kerana prestasi kerja beliau bukan kerana beliau adalah ‘saudara sebelah datuk tiri aku’ haha..jangan marah ha..Oleh kerana itu jugalah aku sangat-sangat bersetuju agar Belaga ini mempunyai pasukan pembangkang(tetapi bukan bermusim-sila layari lontaran2 idea ku yang terdahulu)
Masih terasa sakitnya hati ini bila pada tahun 2001 yang lepas seorang kawan dari semenanjung bertanya ‘murah sangat harga undi orang Belaga ya,boleh dibeli hanya dengan setin beer’ adakah kata-kata itu adalah gambaran keseluruhan pengundi Belaga? Aku tidak pasti. Dan daripada kawan-kawan sendiri pernah berkata ‘bagus undi parti ini,mereka akan beri kita 2-30 ringgit manakala parti hanya beri 10 ringgit sahaja,kamu tidak mauk ke edem?’ aku jawab ‘ aku pergi mengundi bukanlah kerana 2-30 atau pun 10 ringgit itu tetapi aku pergi mengundi kerana itu adalah kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia’. Aku mengundi di Uma Nyaving Mejawah,entah bagaimana SPR hantar aku ke sana,aku pernah minta tukar dulok tetapi bila semak balik masih juga nama aku di Uma Nyaving Mejawah bukan Uma Nyaving Asap,sekarang malas dah aku nak tukar biarlah aku sekali dalam masa empat tahun pergi bertanya khabar dengan saudara mara di bawah sana(dua Uma Nyaving ini ada ikatan saudara)
Secara peribadi aku belum lagi terserempak dengan laman maya yang dibangunkan oleh orang-orang Belaga khas untuk semua orang Belaga,yang pernah aku jumpa adalah laman-laman peribadi(seperti aku punya ni) tetapi blog aku hanya dipandang sepi tidak ada pelawat haha..tapi aku tidak kecik hati kerana tujuan aku memblog selain cuba ingin berkongsi dan bertukar pandangan dengan individu lain ia juga bolehlah aku anggap sebagai ‘diari’ ku,untuk kenangan,10 tahun akan datang tentu aku akan merindui akan lontaran idea ku yang sekarang ini(dan sebagai rujukan peribadi) atau pun,mungkin sudah ada tetapi pemiliknya masih ‘malu-malu kucing’ untuk mempromosikannya atau pun masih ragu-ragu takut digertak oleh ‘SB’.
Sekiranya mereka malu-malu kucing? Bagi aku yang rugi adalah kami rakyat jelata ini.Sepatutnya cerdik pandai belaga mestilah bersedia dan sudi berkongsi ilmu,pengalaman dan pengetahuan yang anda semua ada itu.Kerana apabila orang-orang Belaga semakin atau pun sudah matang dalam menentukan siapakah individu yang layak menjadi wakil mereka ke DUN maka yang untung adalah Belaga dan apabila anda semua ‘dijemput balik’ maka aku yakin bahawa antara lain anda akan dinilaikan oleh Tuhan Yang maha Esa berdasarkan, bagaimana anda sudah dan telah menggunakan ilmu pengetahuan,jawatan/kedudukan,kekayaan yang Tuhan sudah berikan itu untuk memakmurkan orang lain bukan berdasarkan kepada bagaimana anda sudah ‘mengenyangkan perut anda sendiri’.
Apa yang hendak ditakutkan? Jika kita yakin dan percaya bahawa lontaran-lontaran idea kita itu adalah lahir daripada perasaan/hati kita yang sayang dan cintakan Belaga dan bukan bermaksud untuk memfitnah seseorang maka kita mestilah berani menonjolkan idea-idea kita itu.
Untuk renungan: 1 Makabe 2: 15-29.
www.umanyaving.blogspot.com

saya lihat FB YB Liwan tidak aktif pun? adakah kerana beliau terlalu sibuk atau pun para penyokong atau para musuhnya(pembangkang) tidak mengambil aktif teknologi FB untuk berbincang atau berdebat?
BalasPadamJalur internet,bila hendak sampai ke Asap?Belaga sudah ada(maksud saya kerana ada telefon rumah)sepatutnya Asap pun sudah ada telefon rumah.Pembangkang tidak melihat ini satu peluang?
Salam damai,
BalasPadambetul seperti yang anda utarakan...aku dah pun add Yb Liwan dalam FB ku,maka dapatlah aku tau catatan beliau dan begitu juga sebalik.YB sibuk? hinggakan tak da masa untuk 'dating' dengan orang2 Belaga? aku tidak tau,hanya empunya badan sahaja yang tau.Pasal penyokong BN dan penyokong Pembangkang tidak ambik peluang kebaikan teknologi untuk berdebat atau pun berbincang? aku hampir stuju dengan saudara.Aku lihat orang2 Belaga lebih suka untuk 'bersantai2' dengan FB..mereka lebih suka bercerita pasal aktiviti2 harian mereka,hal2 yang ringan2 sahaja,kenapa? mungkinkah mereka memang tidak berminat berbicara soal politik atau mereka belum ada kesedaran hak mereka sebagai pengundi(mungkin mereka fikir bila cakap pasal politik mesti jadi atau masuk parti politik? entahlah)atau pun orang2 Belaga masih malu2 atau belum panas? hehe..
Pembangkang tidak melihat,contohnya isu telefon sebagai satu peluang? aku melihat ia memang peluang untuk pembangkang untuk mengetengahkan diri mereka kepada pengundi Belaga bahawa mereka bukanlah kelompok yang suka bercakap2 kosong sahaja,hanya retorik sahaja tetapi mereka ada keupayaan menggantikan BN untuk mentadbir Belaga.Ya memang satu peluang,aku pasti sudah tentu ada peluang2 lain jugakan? tetapi sebelum itu mereka kenalah bersedia(contohnya) jika mereka berjuang untuk dapatkan telefon rumah/internet untuk Asap dan BN menunaikannya lalu BN pun bagitau bahawa mereka adalah parti yang prihatin sedangkan jika pembangkang tidak ketuk pahat itu tadi sudah tentu pahat itu 'gitu2' aje kan? maka harap2lah pembangkang bersabar aku percaya bila pengundi Belaga semakin 'staring'dalam menilai faedahnya dalam jangka panjang tentu milik pembangkang kan? Ya la,dah BN mesti ketuk2 seperti pahat baru bergerak..tentulah orang Belaga akan berfikir pula...kenapa mesti diketuk baru bergerak? kalau gitu baik aku cari pahat yang boleh gerak sendiri tanpa diketuk.Nah! siapa untung? pembangkang jugakan?
Terima kasih.