Rabu, 20 Januari 2010

Syed Husin Ali Menulis.....

Serangan Rumah Ibadat: Implikasi Lebih Luas

Mon at 8:02am

Oleh Syed Husin Ali

PM Najib Razak melompat marah apabila ditanya benarkah tuduhan bahawa Umno di belakang serangan-serangan rumah ibadat yang telah berlaku. Ada orang berpendapat reaksi yang beliau tunjukkan secara tidak sedar mengiakan tuduhan itu.

Menteri Hishamuddin,pula pada ketika yang lain cuba memperlekehkan peristiwa ini. Beliau berkata serangan ke atas gereja-geraja Kristian itu kerja budak-budak nakal. Sebenarnya ini menunjukkan sikap mengelak yang tidak bertanggungjawab.
Saya memandang serangan-serangan yang masih berlaku adalah serius kerana menimbulkan keretakan dan ketegangan di antara golongan kaum dan agama, walaupun belum mencetuskan konflik atau pertembungan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh mengakibarkan porak peranda dalam masyarakat dan negara pada jangka panjang.

Saya juga berpendapat serangan-serangan tersebut berlaku akibat dari kenyataan PM Najib dan Menteri Hishamuddin. Apabila mereka membuat kenyataan membenarkan tunjuk perasaan terhadap isu Allah – walaupun di kawasan masjid saja – secara tidak sengaja mungkin, mereka telah memberi ruang kepada golongan yang mencari kesempatan.

Ada pandangan, benar atau tidak, Najib dan Hishamuddin mula-mula berharap hendak menggunakan isu Allah dan tunjuk perasaan bagi mendapatkan sokongan lebih luas daripada orang Melayu-Muslim. Ini sesuai dengan rancangan mereka untuk mendapatkan kembali undi-undi yang telah lari kepada parti-parti yang menentang UMNO-BN dalam PRU12. Ini mengakibatkan gabungan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan penguasaan ke atas lima buah negeri.

Usaha buruk menggunakan isu kaum agama dan kaum untuk mendapat ataupun mengembalikan sokongan pengundi bukannya hal yang baru. Cuba kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku berikutan kemenangan besar KEADILAN, PAS dan DAP dalam PRU-12.

Selepas tsunami politik 8 Mac…
Mula-mula telah berlaku penentangan dan juga demonstrasi di Pulau Pinang, menuduh KM Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan oleh itu bersikap anti Melayu. Walaupun segolongan kecil ekstremis Melayu dari UMNO dan akhbar Utusan Malaysia mengapi-apikan keadaan, penentangan dan demonstrasi itu akhirnya gagal. Ia menjadi sejuk selepas agensi berita Bernama meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu yang telah menjadi alasan mereka menunjuk perasaan.

Selepas itu berlaku pula percubaan yang hampir serupa di Perak walaupun isunya agak berlainan sedikit. Sekali lagi sekumpulan kecil extremis Melayu dari UMNO dengan sokongan akhbar yang sama serta beberapa kerat pemimpin Umno mengapi-apikan keadaan. Mereka menuduh golongan Cina dari DAP menderhaka kepada raja dan MB Perak pilihan Pakatan Rakyat diperalatkan oleh orang Cina, atau lebih khusus DAP. Sekali lagi percubaan ekstremis kaum ini gagal mendapatkan sokongan rakyat ramai.

Di Selangor pula, kumpulan kecil extremis Melayu dari UMNO juga telah menggunakan isu ladang khinzir untuk mengapikan kemarahan rakyat. Corak tindakan mereka serupa, iaitu dengan berdemonstrasi dan membuat tuduhan-tudahan perkauman. Sekali lagi mereka disokong oleh Utusan Malaysia dan segelintir pemimpin oportunis UMNO yang mengapi-apikan keadaan. Mereka berhenti hanya setelah terbongkar bahawa orang yang memimpin tunjuk perasaan itu ialah seorang tokoh UMNO tempatan yang mempunyai kepentingan dalam usaha untuk mendirikan ladang khinzir sebelum itu.

Segelintir harapkan pergaduhan kaum berlaku
Ada dua perkara yang dapat dilihat daripada tindakan-tindakan extremis yang diterangkan di atas. Pertama, mereka mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih sokongan kepada UMNO. Lebih bahaya lagi ada sebilangan kecil di kalangan mereka yang mengharapkan pergaduhan kaum dapat dicetuskan supaya ISA boleh digunakan atau darurat diisytiharkan. Mereka mengharapkan ulangan Peristiwa 13 Mei untuk membuka ruang baru bagi mengembalikan kuasa UMNO-BN di negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat itu.
Keduanya, walaupun tindakan segelintir ekstremis ini mendapat dokongan meluas dari media penyokong pemerintah UMNO-BN dan, secara terbatas daripada beberapa orang pemimpin UMNO, namun rakyat ramai tidak menyambut seruan atau menyokong tindakan mereka. Saya percaya sebabnya ialah kerana kini rakyat secara umum dan rakyat Melayu secara khusus sudah lebih bijak dan sedar. Mereka tahu tindakan segelintir extremis UMNO itu jikalau diberi sokongan boleh membawa malapetaka yang buruk kepada masyarakat dan negara yang mereka ingin terus aman damai.

Lampu hijau yang diberi oleh PM Najib dan Menteri Hishamuddin untuk berdemonstrasi itu boleh dilihat sebagai lanjutan dari segala tindakan tidak bertanggungjawab yang diterangkan di atas. Mereka memperlihatkan “double standard” (dwi-standad). Kononnya tidak boleh mengawal orang yang hendak berdemonstrasi, walaupun sebelum ini mereka menggunakan polis sepenuh-penuhnya untuk menekan dan menyerang demonstrasi oleh kumpulan pembangkang, walaupun dilakukan di masjid.

Dengan memberikan lampu hijau itu mungkin mereka berharap ribuan rakyat akan berkumpul. Ternyata harapan mereka meleset. Di Masjid Negara cuma kira-500 orang berhimpun dan di Masjid Shah Alam kira-kira 400 orang saja. Di Masjid Kampung Baru dan di stadium Kota Bharu, cuma kira-kira 200 orang saja berkumpul. Seperti disebut tadi rakyat ramai, khususnya Melayu tidak mudah diapi-apikan dengan isu kaum dan agama. Ini tahun 2010 dan bukan 1969.
Memang ada segelintir extremis yang mengharapkan tercetusnya pergaduhan kaum dan agama supaya ISA dapat digunakan, bahkan juga supaya suasana dapat ditimbulkan untuk Kerajaan mengisytiharkan darurat. Namun nasib baik juga ramai pemimpin, termasuk kebanyakan menteri, tidak sebodoh itu.

Seorang yang berpidato berapi-api dan mendapat sorakan kuat di luar Masjid Shah Alam, jelas tidak disambut apabila menjerit “Bakar gereja!”. Anehnya beliau tidak pula disiasat polis apatah dihadapkan ke mahkamah, sebagaimana yang dilakukan ke atas pelajar yang kononnya bersenda melalui “facebook”.

Usaha dan konspirasi yang dilakukan oleh segelintir extremis untuk memulihkan sokongan pengundi kepada Umno sejak PRU12, termasuk dalam soal Allah dan serangan ke atas gereja, berkaitan dengan usaha dan kospirasi yang lain.
Beberapa orang pemimpin UMNO/Kerajaan, sekali lagi dengan sokongan propaganda media, terutama Utusan Malaysia, TV3 telah menyerang parti-parti, terutama KEADILAN serta PAS dan pemimpin-pemimpin, terutama Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Mereka menuduh pemimpin-pemimpin kononnya hendak menjual hak dan nasib orang Melayu kepada orang Cina, terutama yang dalam DAP.

Ramai orang Melayu yang tidak mempercayai dakyah perkauman sempit dan jahat ini. Itulah sebabnya tuduhan ini, yang pada masa-masa lalu banyak disuarakan oleh TPM Muhyiddin, sudah mulai kendur sedikit. Akan tetapi, akhbar seperti Utusan Malaysia masih belum berhenti membuat fitnah demi fitnah.

Anwar atau Melayu?
Sehubungan ini ialah tindakan untuk mengheret Anwar Ibrahim ke mahkamah atas tuduhan dan fitnah liwat yang dilemparkan kepadanya. Ada segolongan kecil pemimpin dan penyokong UMNO yang berpendapat bahawa Anwar perlu dilenyapkan dari pentas politik tanah air. Cara yang terbaik melakukannya, mengikut mereka, ialah dengan menyumbat beliau ke dalam penjara selama yang mungkin.

Golongan ini sudah mulai kedengaran mengemukakan hujah dan propaganda perkauman. Mereka memberitahu semua media perlu digunakan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka harus memilih di antara Anwar dengan orang Melayu. Mereka mendakwa Anwar hendak menjual Melayu dan oleh itu bertentangan dengan kepentingan orang Melayu. Sebenarnya, yang mereka maksudkan ialah kepentingan mereka sendiri iaitu pemimpin dan kroni yang rakus dan tamak.

Untuk menjayakan fitnah dan dakyah ini sudah tentu pimpinan UMNO/Kerajaan akan cuba menguasai media dengan lebih ketat lagi. Tidak hairan jikalau akhbar bebas dan yang dimiliki parti luar kerajaan akan disekat nanti, terutama untuk menyiarkan kes-kes rasuah dan salahguna kuasa pemimpin dan penyokong kerajaan. Sudah tentulah pihak berkuasa akan cuba menyekat berita yang tepat disiarkan oleh media alternatif.

Sekarang inipun sudah banyak tanda yang menunjukkan media cetak dan elektronik mulai dikawal dengan lebih ketat dari yang sudah-sudah. Media, selain wang dan kuasa politik akan digunakan seluas-luasnya untuk memastikan UMNO-BN terus berkuasa.

Artikel tulisan Syed Husin Ali, ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Presiden PKR.

Orang Bakar Gereja sudah dapat


Dua beradik antara 8 ditahan berhubung kes kebakaran gereja

KUALA LUMPUR: Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.Mereka berumur antara 21 hingga 26 tahun ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi ini selepas 12 hari kejadian kebakaran gereja yang berlaku pada 8 Januari lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam."Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan 3.30 petang, ketika menerima rawatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.Beliau berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes berkenaan."Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, manakala lima lagi adalah kawan mereka."Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah," katanya.Mohd Bakri berkata adik kepada suspek pertama yang ditahan turut mengalami kesan melecur di bahagian tangan kirinya dipercayai berikutan kejadian berkenaan."Kesemua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, penghantar surat dan kerja pejabat."Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara," katanya.Beliau berkata semenjak kes pertama kebakaran gereja di Desa Melawati dan beberapa kawasan lain, polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu.Bagi kes gereja Metro Tabernacle Ag, katanya, polis Bukit Aman bekerjasama dengan polis Kuala Lumpur bagi menjalankan siasatan dan setakat ini polis tidak menemui kaitan kumpulan tersebut dengan pembakaran gereja lain yang berlaku di Lembah Klang."Kita minta orang ramai bersabar dan memberi peluang pada polis untuk menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan kita menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut."Jangan cuba kaitkan kumpulan yang ditahan dengan pembakaran gereja-gereja lain," katanya.Mohd Bakri juga turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sama dengan melakukan tindakan yang boleh menjejeskan ketenteraman negara, kaum dan agama. - Bernama

Isnin, 4 Januari 2010

BADAN PEMIKIR



ü 2009 kini dalam kenangan.Pastinya banyak cerita yang mauk disimpan masing-masing oleh kita semua dalam album kenangan.Sedar tidak sedar telah 10 tahun Uma Nyaving mendiami Asap ini. Bila kita renungkan dari konteks rohani maka beranilah kita simpulkan bahawa Asap adalah tanah perjanjian yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada kita.Sebagaimana Tuhan menjanjikan Tanah Kanaan kepada umat Israel,pengembaraan kita adalah sangat panjang dan penuh liku-bermula dari tanah Indonesia-kini kita di Asap(abad 18-21) Akan adakah lagi penghijrahan besar-besaran komuniti ini ke tempat lain setelah 100 tahun?

ü Perlu diakui bahawa sangat banyak kelemahan pengurusan pihak pemerintah dalam proses perpindahan ini dahulu tetapi kita tidak perlulah marah sangat dengan mereka(pemerintah) kerana salah satu puncanya juga adalah bos2 kita seperti temenggung,penghulu,pemanca,maren2 Uma yang buta mata dan buta hati.Setelah 10 tahun berpindah bermaksud telah 10 kali sudah kita merayakan/meyambut tahun baru di Asap.

ü Pada kebiasaannya semua kita akan hadir ke tahun baru dengan azam baru-boleh jadi ia adalah kesinambungan dari azam tahun lepas dan boleh jadi ia adalah azam yang baru lahir/azam baru.


ü Berazam adalah satu kerja yang baik/positif-ia akan memaksa minda kita bekerja jadi kepala otak kita tidak tidur sahaja-sekurang-kurangnya adalah kerja yang ia buat.

ü Menurut kamus dewan(1984 m/s 63) azam bermaksud –kemahuan(keinginan,cita-cita) yang sangat kuat,tujuan(yang sesungguhnya) manakala berazam bermaksud-mempunyai azam,bertujuan(dengan sesungguhnya) bercita-cita kuat(untuk melakukan atau mencapai sesuatu)


ü Aku secara jujurnya lupa jika pernah ada azam apabila fajar tahun baru mengetuk jendela kamar hidup ku atau pun tidak.Mungkin ada tetapi aku lupa kerana aku tidak mengambil serius perkara itu(azam)

ü Biasanya,cara Uma Nyaving menyambut tahun baru adalah ‘steady’ dengan ada sesetengahnya menghias awa mereka dengan lampu warna warni-macam dalam ‘pub’ pula rasanya-tertutup sahaja pintu 2009 maka penduduk pun akan dengan gembiranya menyusuri awa saling berjabat tangan mengucapkan ‘selamet duman maring’ manakala bagi yang beragama kristian(RC dan SIB) mereka akan berdoa dahulu lepas itu mereka akan sama-sama hanyut dek keindahan tahun baru.Pesta akan berlanjutan sampai pagi,maka di sinilah pergaduhan mudah tercetus-semakin pagi semakin mabuk-itulah puncanya.Aku tidak akan bagitau cara itu salah tetapi aku hanya kata-boleh kita sambut/rayakan tahun baru dengan cara lain? Cara yang sedikit ada isi kandungan bernasnya.


ü Cara aku menyambut tahun 2010 adalah dengan tidur pada jam 11.50 malam,bila aku bangun pada keesokan paginya,jam 6 pagi aku jalan-jalan di ‘awa’ uma aru-rupa-rupanya ada penduduk uma Nyaving yang menyambut tahun 2010 dengan ‘bertumbuk’ sesama sendiri dan ada yang menggunakan senapang patah(mujurlah dapat dileraikan) ya begitu dan betapa hebatnya penduduk Uma Nyaving menyambut tahun baru.

ü Bila aku jadi ketua kampong lepas ni-aku nak ubahlah cara sambut tahun baru-mabuk-mabukkan ini-aku akan gantikan dengan mesyuarat tengah malam(hehe…)-selepas sembahyang sambil berkaraoke-mesyuarat lagi-nyanyi lagi-tidak ada ‘sap apek,undan,level 5 atau pun burak’.Amacam ok tak idea aku?


ü Tapi susah sikit la aku nak jadi ketua kampong kerana aku adalah ‘panyin’ sedangkan komuniti Uma Nyaving masih cuba mendelegasikan jawatan ketua kampong itu dari ‘maren ke maren’.Bagaimana mauk ubah ni? Jan apa jika ketua kampong itu masih darah Maren tetapi biarlah Maren itu berpendidikan dan tidak suka bergaduh/bertumbuk.Bah bagaimana mauk jadi bos jika mauk tumbuk anakbiak?

ü Aku setuju bahawa ‘masa itu akan menjadi milik kita orang muda ini juga suatu hari nanti-jika pun kita tidak buat apa-apa-tetapi masa akan berpihak kepada kita juga nanti-kerana orang-orang tua ini akan balik ke tempat asal-jadi tidak perlu risau’.Memang betul tetapi apabila masa itu akan tiba maka orang-orang muda seperti aku punya mentaliti kelas 3-apalah gunanya kan? Pi mai pi mai tang tu lagi lah Uma Nyaving.


ü Untuk mengubah mentaliti seseorang bukanlah semudah memisahkan antara tulang dan isik ikan-sangat payah dan mencabar,ia adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui di tempat kerja ku sekarang.Sebuah kompeni yang tidak ada budaya organisasi positif dan langsung tidak ada pengurusan sumber manusia yang baik-bukan sebuah kompeni yang berorientasikan kecemerlangan prestasi.

ü Harus aku akui-bahawa setelah 2 tahun aku di sini-aku bukannya gagal tetapi hanya belum berjaya-perubahan telah ada tetapi sangat perlahan-sabotaj senyap-senyap adalah satu ancaman besar bagi aku.


ü Kompeni ini telah ada 12 tahun sebelum aku mari(1996-2008) jadi untuk aku mengubah kepala otak warganya hanya dalam 3 tahun adalah satu perkara yang hampir mustahil-jadi ia mengajar aku supaya ‘konsisten’ semua aspek-biar perlahan/sedikit2 tetapi terus maju ke depan.

ü Maka itu-untuk membawa Uma Nyaving ke dimensi baru-langkah itu mestilah bermula dari sekarang-bukan menunggu masa itu datang ke pangkuan.Mesti diingat komuniti Uma Nyaving wujud sebagai sebuah organisasi adalah lagi lama ketimbang kompeni tempat ku kerja sekarang ini tambahan pula kepala otak mereka telah diprogramkan,jadi perlulah berhati-hati dalam proses mengubah program itu-jika tidak boleh ‘sot’ dibuatnya.


ü Lihat sahajalah komuniti Katolik St Matthew Uma Nyaving-ahad lepas-3/1/2010 hanya satu dua orang sahaja yang hadir-yang lainnya berebut-rebut ke sekolah SK Sg Asap dan SMK Bakun-proses pendaftaran pelajar.Pendidikan/sekolah adalah penting tetapi pendaftaran itu boleh dilakukan selepas jam 10 pagi kan? Aku percaya tidak ada peraturan yang menetapkan bahawa anda akan dihukum(denda wang/penjara) kerana lambat sehari mendaftarkan anak anda-di sinilah kita gagal melihat dan menghayati ajaran agama yang meminta kita supaya setia kepada perkara yang kecil maka ganjarannya adalah besar.Kita masih dahulukan kepentingan sendiri-kepentingan gereja perkara nombor 10!!-jadi untuk mengubah minda ini bukanlah mudah!,lebih-lebih lagi jika perkara itu sudah diungkap berkali-kali tetapi masih juga tidak berubahkan? Payah-payah!

ü Kerana itu Uma Nyaving dicadangkan perlu ada badan pemikirnya sendiri-syarat asas menjadi ahli badan pemikir ini adalah-berfikiran terbuka-boleh terima idea orang lain dan terbuka terhadap kritikan,jangan pikir diri sendiri je yang banyak ilmu,sanggup korbankan masa peribadi,tidak cepat/mudah merajuk dengan sabotaj2 senyap,sanggup menjerit/keluarkan kata2 keras( tetapi bukan untuk bertumbuk)-dengan memarahi orang lain tetapi bukan untuk menghina peribadi,mesti punya sikap tidak tau malu(terhegeh2 yang tinggi),suka mencari masalah,banyak membaca dan bergaul dengan komuniti luar dan biar pun kawin dengan orang luar Uma Nyaving tetapi semangat Uma Nyaving adalah 100%.

ü Ya bercakap adalah senang-merancang pun senang tetapi melaksanakan apa yang dicakap itu adalah susah,biar pun begitu, perubahan bermula antara lain daripada cakap-cakap dan merancang(atas kertas),cakap-cakap itu pula akan lahirkan gugusan perkataan yang bila kita mengazamkannya akan diterjemahkan dalam tindakan.

ü Uma Nyaving bukanlah seteruk yang difikirkan,bila kita melihat kepada darjat pangkat kerja dan tahap tinggi akademik penduduknya ketimbang kampong-kampung lain di Asap ini,bezanya hanyalah ‘kesatuan hati’ tanpa pikir ideologi seseorang. Bila melihat sistem pentadbiran Uma Nyaving sekarang adakah ia ada mengaplikasikan ‘kesatuan hati’? bagi aku ada,persoalannya hanyalah-adakah menyeluruh? Bagi aku tidak.

ü Makanya,orang-orang muda Uma Nyaving yang berbakat dan berpotensi perlulah keluar dari zon selesa untuk membawa penduduk kampong(khasnya orang2 muda) supaya membentuk kesatuan hati(tetapi perlu diingat berbeza pendapat adalah perkara biasa) supaya dari kesatuan hati itu akan terbentuklah sebuah badan pemikir maka dari cakap-cakap badan pemikir ini akan lahirlah nanti pelbagai gugusan rancangan bagaimana untuk melahirkan sebuah komuniti Uma Nyaving yang berorientasikan Kecemerlangan Prestasi dalam semua aspek(khasnya pendidikan dan kerjaya/karier dan agama).

ü Prinsipnya adalah-10 kepala adalah lebih bernas berbanding 1 kepala.Maksudnya-semakin ramai orang yang menyumbang idea(badan pemikir) maka semakin mantaplah organisasi itu dan seperti lidi-ia bukanlah penyapu bila ia hanya satu tetapi ia boleh menyapu besi bila ia disatukan(sehingga 3 ribu batang)

ü Selamet Duman Maring 2010.Berazamlah kita sebelum kita diazamkan.


Ahad, 3 Januari 2010

Hadiah Tahun Baru-untuk aku!!!


Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah

Hazlan Zakaria Dec 31, 09 6:17pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah ‘tidak sah dan batal”.Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
kata ku.
sekarang menunjukkan jam 7.55pm bersamaan dengan 3/1/2010,aku balik ke tempat kerja,oleh kerana lama tak masuk opis maka aku pun masuk-semak2 mana tau ada dokumen yang perlu ditanda tangan,semak2 siap maka aku pun on PC maka pergilah ke malaysiakini jadi aku pun terbaca artikel seperti di atas.
jadi sebagai umat Katolik aku gembira tetapi belum sangat kenapa?
Kalimah Allah: sabar tunggu rayuan kata Rais
Kalimah Allah,JPM akan kemuka rayuan
PM minta umat Islam bertenang k'jaan akan merayu
antara 3 tajuk utama artikel dalam malaysiakini bertarikh 3/1/2010(aku belum baca-hanya lihat tajuk sahaja)

Aktivis Islam rancang adakan demonstrasi
Jan 3, 10 12:40am
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.Setiausaha agung Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP yang pihaknya merancang mengadakan satu demonstrasi besar untuk membantah keputusan mahkamah itu. Katanya, beliau dan 50 aktivis Melayu telah mengadakan protes berhubung keputusan tersebut Jumaat lalu.Syed Ali berkata, pihaknya bimbang keputusan mahkamah itu akan bermakna mubaligh Kristian kini boleh menggunakan kalimah Allah, dan menimbulkan kekeliruan (identiti) Muslim dan menjejaskan keharmonian beragama.
Semoga kawan aku yang polis tu,tangkap mereka ni jika betul mereka akan buat demonstrasi dan masukkan dalam ISA-ya la dah mereka cetuskan huru hara(isu sensitif-agama)Mahkamah kan ada-bila tak puas ati-failkan rayuan.
Sementara itu, penasihat gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican berkata, walaupun keputusan mahkamah itu dihormati, tetapi kerajaan perlu membuat rayuan."Kita mahu hidup aman dengan semua agama di sini tetapi kalimah "Allah" secara tradisinya telah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan orang Islam, yang mana berbeza dari Kristian, dan ini mesti ditangani," katanya kepada AFP. Ayoyo!! aku tidak paham apa maksud Datuk Reezal ni?
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula dipetik dalam laporan Utusan Malaysia sebagai menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini.Akhbar Herald dicetak dalam empat bahasa dengan pengedaran sebanyak 14,000 nashkah seminggu.
Sampai ati Mufti ni cakap cam ni-penghinaan? hanya kerana satu perkataan?Semoga Datuk tidak terbawa emosi sangatlah ya-kerana orang Katolik pun ada emosi jugakan? eloklah bawa bertenang Datuk.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, JPM akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.Beliau juga meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
kan ke molek kata Datuk Jamil ni-'diselesaikan melalui proses perundangan'.Makanya-ingin aku nyatakan pendirian ku sepintas lalu pasal kalimah Allah ini-'aku tetap seorang Katolik selamanya'.