Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah
Hazlan Zakaria Dec 31, 09 6:17pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah ‘tidak sah dan batal”.Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
kata ku.
sekarang menunjukkan jam 7.55pm bersamaan dengan 3/1/2010,aku balik ke tempat kerja,oleh kerana lama tak masuk opis maka aku pun masuk-semak2 mana tau ada dokumen yang perlu ditanda tangan,semak2 siap maka aku pun on PC maka pergilah ke malaysiakini jadi aku pun terbaca artikel seperti di atas.
jadi sebagai umat Katolik aku gembira tetapi belum sangat kenapa?
Kalimah Allah: sabar tunggu rayuan kata Rais
Kalimah Allah,JPM akan kemuka rayuan
PM minta umat Islam bertenang k'jaan akan merayu
antara 3 tajuk utama artikel dalam malaysiakini bertarikh 3/1/2010(aku belum baca-hanya lihat tajuk sahaja)
Aktivis Islam rancang adakan demonstrasi
Jan 3, 10 12:40am
Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.Setiausaha agung Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP yang pihaknya merancang mengadakan satu demonstrasi besar untuk membantah keputusan mahkamah itu. Katanya, beliau dan 50 aktivis Melayu telah mengadakan protes berhubung keputusan tersebut Jumaat lalu.Syed Ali berkata, pihaknya bimbang keputusan mahkamah itu akan bermakna mubaligh Kristian kini boleh menggunakan kalimah Allah, dan menimbulkan kekeliruan (identiti) Muslim dan menjejaskan keharmonian beragama.
Semoga kawan aku yang polis tu,tangkap mereka ni jika betul mereka akan buat demonstrasi dan masukkan dalam ISA-ya la dah mereka cetuskan huru hara(isu sensitif-agama)Mahkamah kan ada-bila tak puas ati-failkan rayuan.
Sementara itu, penasihat gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican berkata, walaupun keputusan mahkamah itu dihormati, tetapi kerajaan perlu membuat rayuan."Kita mahu hidup aman dengan semua agama di sini tetapi kalimah "Allah" secara tradisinya telah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan orang Islam, yang mana berbeza dari Kristian, dan ini mesti ditangani," katanya kepada AFP. Ayoyo!! aku tidak paham apa maksud Datuk Reezal ni?
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula dipetik dalam laporan Utusan Malaysia sebagai menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini.Akhbar Herald dicetak dalam empat bahasa dengan pengedaran sebanyak 14,000 nashkah seminggu.
Sampai ati Mufti ni cakap cam ni-penghinaan? hanya kerana satu perkataan?Semoga Datuk tidak terbawa emosi sangatlah ya-kerana orang Katolik pun ada emosi jugakan? eloklah bawa bertenang Datuk.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, JPM akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.Beliau juga meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
kan ke molek kata Datuk Jamil ni-'diselesaikan melalui proses perundangan'.Makanya-ingin aku nyatakan pendirian ku sepintas lalu pasal kalimah Allah ini-'aku tetap seorang Katolik selamanya'.

jangan kita membolot semua ciptaan ALLAH kerana ketamakan. Jadikanlah semua ciptaan ALLAH hak bersama dan sejagat. Wahai Umat islam Malaysia. Buktikan dalil mana dalam Al-Quran yang memperuntukan perkataan ALLAH hanya untuk orang islam sahaja dan mana buktinya dalam AL-Quran melarang orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH.Bahawa sesungguhnya hanya lidah manusialah yang memintal kekeliruan untuk mengwujudkan permusuhan. Apapun istilah yang kita gunakan. Umat kristian dan tetap berbeza, baik dari segi sumber, hukum dan peradaban. Jadi jangan bimbang kami umat kristian tidak akan mengambil istilah ASSalamualaikun.
BalasPadam