KONVENSYEN BARISAN NASIONAL
Beberapa negeri akan menganjurkan Konvensyen UMNO. Ia adalah satu inisiatif yang baik kerana memberikan peluang kepada pemimpin akar umbi untuk memberikan pandangan dalam isu-isu yang melibatkan parti itu. Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucap utama di Konvensyen UMNO Pahang.
Apa yang diperlukan oleh UMNO dan parti-parti komponen BN sekarang ialah Konvensyen Barisan Nasional. Salah satu kritikan terhadap BN ialah ia gagal berfungsi sebagai sebuah parti, melainkan pada waktu pilihanraya saja. Selain itu, setiap parti dengan hal sendiri-sendiri saja. Kritikan tersebut ada asasnya. Pemimpin BN juga mengakui hakikat ini dan bercakap mengenainya.
Konvensyen Barisan Nasional penting kerana (1) ia boleh menampilkan parti itu sebagai satu entiti politik, dan (2) menjadi asas membina persefahaman antara parti-parti komponen.
Ura-ura mengadakan Konvensyen Barisan Nasional timbul pada akhir tahun 2008. Bagaimanapun, selepas itu ia senyap. Katanya, ditangguhkan. Sehingga kini, Konvensyen Barisan Nasional belum diadakan, sedangkan Pakatan Rakyat yang baru setahun jagung telah mengadakan konvensyennya di Shah Alam. Saya ucapkan tahniah dan BN harus belajar dari mereka.
Elok kita bertanya kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional: Bila lagi?
Aku masih tertunggu2 dan termanggu2:
1. Bilalah agaknya PKR/PR Belaga akan bergerak? sumber tahun lepas memberitahu bermula 1/1/2010,sekarang sudah penghujung bulan 2.
2. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk 'bersabar'-bersabar kerana aku adalah 'Orang Luar' dalam erti kata lain bukan ahli PKR atau pun PR,bersabar bermaksud juga kerana saya adalah 'orang kampung/petani' tak kan lah 'lebih kuah dari sudu'.
3. Biar pun hati ku meronta2 ingin melihat PKR/PR Belaga berjaya 'mengertak' dan akhirnya menumbangkan BN-akhirnya aku perlu 'Sabar'.
4. Semoga diamnya PKR/PR Belaga ni-diam berisi bukan diam tidur untuk menunggu bulan 12 untuk menyanyi kan kembali lagu 'We wish you A Merry Cristmast'.

CHRISTMAS lah...........
BalasPadam