Rabu, 10 Februari 2010

Main Bol Uma Nyaving

Pada 23/1/2010 yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu,8.30 malam telah berlangsung satu mesyuarat di Awa Ayak Blok B.Tujuan mesyuarat itu hanyalah satu,iaitu untuk membentuk Komiti induk penganjuran bolasepak piala Krismas 2010 yang mana hak penganjuran tahun ini secara prinsipnya telah diberikan kepada Uma Nyaving Hungei ASap.
Biar pun jumlah ahli mesyuarat tidaklah begitu ramai tetapi ia telah cukup untuk membentuk sebuah komiti induk.Senarai nama komiti induk yang telah dilantik pada malam itu adalah seperti berikut:

Penasihat: Alexander Lehan
Pengerusi: Awie Abang
Pen.Pengerusi: Thomas Edem Pudong
Setiausaha: Richard Neh
Pen. Setiausaha: Jeffery Usat
Bendahari: Joe Among
Pen. Bendahari: Jimmie Bit

Dalam mesyuarat itu juga,ahli mesyuarat juga bersetuju untuk membentuk komiti-komiti kecil untuk melicinkan lagi proses penganjuran.Komiti-komiti kecil tersebut adalah:

ü Komiti jadual perlawanan/pertandingan
ü Komiti padang dan peralatan perlawanan
ü Komiti peraturan/undang perlawanan
ü Komiti pengadil
ü Komiti displin dan rayuan
ü Komiti protocol dan hadiah
ü Komiti publisiti
ü Komiti keselamatan

Oleh kerana ini hanyalah sebuah mesyuarat ‘pemula’ maka semua bersetuju bahawa tidak ada pemilihan/lantikan untuk komiti kecil.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10 malam.

Kecemerlangan Hidup Melalui Sukan

1 ulasan: