Jumaat, 18 September 2009

Hanya Kerajaan BN mampu bantu rakyat? hehe..

Hanya kerajaan BN mampu bantu rakyat: Lau

SIBU: Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu membantu rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Menurutnya, BN banyak berperanan dalam membantu rakyat di negeri ini berbanding pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja.

“Oleh itu BN berperanan penting dalam mentadbir negara serta tidak melupakan tentang kebajikan rakyat yang memerlukan. Setiap pemimpin kita disarankan oleh Perdana Menteri agar sentiasa menyemak status rakyat serta mengenal pasti masalah di kawasan masing-masing,” tegasnya.

Lau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sibu berkata, kerajaan turut menyediakan banyak peruntukan atau perbelanjaan serta skim bantuan untuk membantu rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis sambutan Rahmat Ramadan Peringkat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) bagi kawasan Parlimen P.212 Sibu, yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku di sini, semalam.

“Untuk mengecapi kemajuan dalam jangka panjang, sokonglah kerajaan BN. Anda tidak rugi jika memberikan sokongan penuh kepada BN kerana BN sebenarnya teras kepada kemajuan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Lau turut menyeru kepada penduduk di Kampung Bahagia Jaya agar sentiasa mewujudkan perpaduan dan hubungan baik dalam memupuk semangat kemasyarakatan.

“Jadikan semangat per-paduan ini sebagai budaya masyarakat kita kerana ia adalah batu asas kepada keamanan dan kemakmuran negara tanpa mengira kaum dan agama,” tambah beliau lagi.

Seramai 100 penerima yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), anak yatim, saudara kita, ibu tunggal, warga emas dan fakir/miskin di kawasan Parlimen P212 telah menerima sumbangan dari-pada Mayang.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Kapitan Datin Janet Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Da-tuk Awang Bemee Awang Ali Basah, ADUN Pelawan Vincent Goh, Setia-usaha Politik Ketua Menteri Andrew Shiling Banggit dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu Mohamad Guntor Rajaee.
(sumber:Utusan Borneo/The Borneo Post)

'Untuk mengecapi kemajuan dalam jangka panjang, sokonglah kerajaan BN. Anda tidak rugi jika memberikan sokongan penuh kepada BN kerana BN sebenarnya teras kepada kemajuan rakyat di negeri ini,” ujarnya. (YB Lau)
kata aku:
'untuk mengecapi kemajuan dalam jangka panjang sokonglah PR(pakatan Rakyat) Anda tidak rugi bila memberikan sokongan penuh kepada PR kerana PR adalah teras kepada kemajuan rakyat di negeri di masa depan'
1. kita sebagai pengundi tidak perlulah taksub sangat dengan kata2 cam ni,biasa sangat dikumandangkan tapi cam tu jugak nasib kita khasnya kita rakyat yang diam jauh di hulu sungai ini.
2. Seperti dalam subjek sains kita diajar untuk buat eksperimen maka tidak salah kita buat eksperimen dengan orang2 politik ni,kuasa ditangan kita,kita tidak akan rugi dan kehilangan apa2 dalam masa 4 tahun jika kita tukar YB kita(try YB PR pulak) bila orang kata kita rugi? dah puluhan pun kita rugi...

Menurutnya, BN banyak berperanan dalam membantu rakyat di negeri ini berbanding pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja.
1.sepatutnya BN tidak perlulah cemburu bila pembangkang(PR) pandai bercakap,dah Tuhan bagi mulut dan lidah untuk bercakap...cakaplah..jangan2 BN pun hanya pandai cakap sahaja kan?
2.lagi pun tidak semestinya percakapan yang keluar dari celahan gigi PR tu tidak boleh diambil pengajaran oleh BN dan tidak semesti 'mesti salah',YB BN bukannya malaikat pun,manusia biasa juga ada kelemahan dan kekurangannya tersendiri lagi pun kalau pembangkang adalah tidak perlu dalam politik kenapa demokrasi memerlukannya?(pembangkang)
3.jangan sombong sangat BN,tak pasal-pasal korang jadi macam Taro Aso di jepun tu nanti 'tinggal kenangan'.
4.kerana PR/pembangkang pun telah memainkan peranannya dalam memastikan Sarawak terus maju,jika tidak? jadilah macam Belaga(daerah ku yang tercinta ini) di mana pembangkangnya 'masih diulit mimpi' bila dekat2 pilihanraya nanti barulah mereka bangun dan bekerja maka dengan selambanya BN akan kata 'pembangkang hanya pandai/banyak cakap sahaja' betul tu,kerana itu bangunlah PEMBANGKANG BELAGA!!!! janganlah anda jadi PEMBANGKANG YANG ADA MUSIM TETAPI JADILAH PEMBANGKANG YANG TIDAK ADA MUSIM-TERUS MEMBANGKANG-jangan pula bangkang terus,jika ada yang BN/YB Belaga buat adalah best janganlah bangkang kan? hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan