Jumaat, 18 September 2009

Putrajaya Utamakan Sarawak Bila Bagi Duit

Kerajaan Pusat Utamakan Peruntukan Bagi Pembangunan Sarawak - PM

KUCHING, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat memberi lebih keutamaan daripada segi peruntukan untuk pembanguan prasarana di Sarawak pada masa kini dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau berkata kerajaan ingin melihat pembangunan prasarana termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air yang lebih luas supaya jurang pembangunan di antara Semenanjung dan negeri ini dapat dirapatkan melalui usaha tersebut.

"Sempena sambutan Hari Malaysia, maka saya sekali lagi berdiri di depan sebagai ketua kerajaan untuk mengatakan bahawa kita akan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sarawak, yang akan dilakukan secara adil dan saksama," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek, Petra Jaya di sini Khamis malam.

Suasana menjelang perayaan Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan kehadiran Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menyertai kira-kira 5,000 masyarakat setempat pelbagai kaum dalam majlis berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan terus meningkatkan usaha membasmi kemiskinan, yang meliputi Sabah dan Sarawak, melalui jaring keselamatan sosial menjelang akhir tahun depan bagi 45,000 golongan miskin tegar di seluruh negara dalam senarai E-Kasih Pejabat Perdana Menteri.

Kita juga ingin melakukan perubahan yang lebih besar supaya rakyat Malaysia sama ada umat Islam atau bukan Islam dapat menikmati pembangunan...dalam zaman sekarang ini kemiskinan bukan sahaja dilihat daripada segi pendapatan tetapi daripada konteks teknologi, kemahiran serta semangat dan jiwa," kata Najib.

"Semua ini akan terus diperjuangkan oleh kerajaan," kata Perdana Menteri sambil menambah kata, Islam menuntut supaya berlaku adil, yang merupakan landasan utama konsep 1Malaysia, bukan sahaja sesama umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam kerana itulah Islam yang sebenarnya.

Rakyat harus bersyukur bahawa dalam sejarah negara ini umat Islam dapat melakukan sebanyak ibadat yang mereka mampu kerana keadaan yang aman berbanding negara seperti Iraq yang sering dilanda letupan bom di masjid, pasar dan perkampungan, katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin bukan Islam Sarawak yang sudi bersama-sama hadir pada majlis itu yang merupakan amalan konsep 1Malaysia, yang dapat memperkukuhkan lagi perpaduahn di kalangan rakyat.

"Inilah yang akan dapat menjayakan konsep tersebut dalam mencapai satu impian, satu bangsa dan satu negara," katanya.

Sementara itu Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada kerajaan pusat yang banyak memberi peruntukan pembangunan dalam pakej rancangan ekonomi serta untuk memperbaiki keadaan infrastruktur di Sarawak.

"Dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib, Sarawak akan terus menyumbang sama-sama untuk memantapkan negara supaya terus makmur, aman dan maju jaya," kata beliau yang mewakili Ketua Menteri pada majlis tersebut.

"Sebenarnya di Sarawak, orang Islam dan bukan Islam berkerja sebagai sebuah keluarga," katanya.

BERNAMA

Kata Aku:1.
1.YB Belaga dah sediakan plan dan jumlah duit yang perlu untuk Belaga?Belaga luas o..
2. YB Belaga tidak minta apa-apa ke untuk Belaga?
3. Adakah kata2 PM ini hanyalah retorik? entahlah hehe..
4. Siapa yang akan dapat banyak duit nanti? pemimpin BN dan kawan2 atau rakyat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan