Jumaat, 18 Disember 2009

Mana YB Ulu Rejang Pigi ha?!!!

Adalah satu perkara yang sangat menarik untuk disimpan sebagai kenangan dengan kisah BN hampir-hampir terkulai layu dek strategi permainan PR pada 14/12/2009 dan adalah satu perkara yang sangat menarik juga untuk kita pengundi di Parlimen Hulu Rejang ini mengetahui ‘di manakah YB kita masa itu?’kerana apabila locengwangsa menyenaraikan nama2 orang BN yang hadir sehingga berjayanya bajet 2010 diluluskan-beberapa kali aku baca untuk pastikan samada nama YB Hulu Rejang ada atau tidak? Akhirnya aku buat kesimpulan nama beliau tidak ada.Jadi mana dia pergi?(www.locengwangsa.blogspot.com) Aku tak soallah maksud locengwangsa ni luahkan isi hati beliau Cuma yang agak peliknya tu beliau tulis nama BN yang hadir tetapi beliau tulis nama PR yang tidak hadir,kenapa ya?
Berita harian pula mari dengan tajuk ‘Taktik Pembangkang Gagal’ gagal ke? Bagi aku pembangkang tak gagal tetapi mereka hanya belum berjaya lagi-ya perjalanan masih jauh(aku tak caya la yang dunia akan tutup buku pada 12/2012)
Mari kita dengar cakap Tengku Adnan Tengku Mansor(setiausaha Agung BN)-beliau menyifatkan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim mengamalkan politik samseng, ‘pembangkang mengamalkan politik kotor.Mereka seperti gangster menggunakan apa saja cara untuk mendapatkan kuasa termasuk dengan menghinakan dewan rakyat’-nasihat ku kepada kita semua: usahlah terpedaya dengan kata2 Adnan ni-itu cakap dia kerana dia hot sama PR.Dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan dan jutaan tahniah kepada PR kerana telah bangunkan BN yang selalu ketiduran.
Ya semoga PR Sarawak gasak ini Bili Abit(jika ditakdirkan beliau dipilih lagi la haha..)betul2 dalam pilihanraya parlimen akan datang.Jangan kasi can lagi sama ini orang.

Penutup:
Kita tunggu dan lihatlah apa Najib akan buat dengan ahli pasukannya yang gagal hadir pada hari itu.
‘Tindakan Terhadap Ahli Parlimen BN Yang Gagal Hadir Sidang’PM-ini tajuk berita Harian.

Isnin, 14 Disember 2009

Piala Krismas

Semalam aku balik kampung,pergi ke gereja,jumlah kami tidak ramai,tidak pun sampai 20 orang biar pun begitu kami tetap bersembahyang penuh insaf.Balik dari gereja aku pun sembang2 kosong dengan orang bujang Uma Nyaving dan salah satu topik yang aku tanya adalah 'bolasepak piala Krismas 2009'.Mereka tidak tau sapa tuan rumahnya lagi dan mereka pun tak tau sangat siapakah orang2 tua seperti aku huhu..yang mauk urus mereka,masing2 bawa haluan sendiri.Sedih juga aku dengar luahan hati mereka.
Balik kepada cerita bolasepak tadi...mereka kata,mungkin Uma Juman,mungkin juga Uma Lesong yang jadi tuan rumah.Beberapa hari yang lepas aku sembang kaki lima dengan sorang saudara(cousin) kerana pada tahun 2007 yang lepas beliau ada memberitahu bahawa bermula tahun depan 2008 piala krismas Asap akan dianjurkan/ambil alih oleh OUNA Belaga,dan aku setuju.Kenapa aku setuju? semua orang tentu ada sebab sendiri kenapa mereka setuju,aku setuju supaya program2 bolasepak di Asap dari segi dokumennya adalah tersusun-dalam erti kata lain rekod2nya tersimpan kemas.Aku melihat setiap kampung yang menjadi tuan rumah pada tahun2 tertentu akan tampil dengan idea2 yang kononnya lain daripada yang lain seolah2 mereka hendak tunjukkan kepada tuan rumah tahun sebelumnya yang mereka adalah lebih hebat berbanding mereka-aku setuju-mana ada salah-tuan rumah sukan olimpik pun sering menjadikan kekuatan dan kelemahan penganjuran/tuan rumah sebelumnya sebagai penanda aras,yang salahnya hanyalah 'rekod/dokumen kejohanan' tidak konsisten.Aku masih ingat..suatu ketika dulu bila Uma Bawang jadi tuan rumah antara lain peraturan mereka yang lucu adalah-bila satu2 pasukan hendak guna pemain yang luar dari senarai(yang tidak didaftarkan)-pasukan itu mesti beli pemain itu maka Uma Nyaving pun membeli Awie Abang-RM 40.00 pulak tu..ingat harga Bobi Chua(Sabah) yang dibeli oleh Sarawak? RM 9.90 sahaja nampaknya Awie lagi mahal berbanding Bobi.Aku melihat ini tidak logik.Kita lihat Jerman pada EURO 96 menghantar pulang seorang pemainnya kerana kurang displindan mereka hendak gunakan seorang pemain baru tetapi tidak dibenarkan oleh UEFA pasal pemain itu bukan cedera-no hal dan pasukan Belanda hampir habis pemain(96) maka mereka memohon kepada UEFA untuk bawa pemain baru yang bukan dalam senarai-dibenarkan oleh UEFA tanpa kenakan satu dolar pun untuk tim Belanda.
Pelikkan? ya la aku tau la mana2 tuan rumah ada 'hak' macam Laos yang masukkan acara 'timbang bulu ayam' dalam sukan Sea biar pun dibantah oleh ramai negara,dia masukkan juga.Tapi pelikkan-Awie adalah orang Uma Nyaving-tetapi untuk bermain dengan Uma Nyaving,kami terpaksa membeli beliau.Ya banyaklah hal2 remeh temehnya Piala Krismas Asap ni.
Kerana itulah aku setuju bila saudara ini bersemangat biar OUNA yang uruskan,tapi dalam pertemuan terbaru tu-dia layu dah,alasan beliau kerana beliau sudah sibuk sangat dengan hal2 peribadi beliau dalam hati aku berkata 'rupa2nya kau perlu belajar dengan adik kau ni'.Aku banyak kekurangan dan kelemahan-aku lemah komputer,aku tak tau bhasa orang putih tetapi berkat doa2 ku dan berkat umpatan2 semua orang aku akhirnya berjaya membantu Uma Ukit menganjurkan bola sepak piala Krismas 2002(Kredit kepada saudara Sukri dan Wing) kerana sedikit sebanyak menolong tetapi kredit banyak adalah untuk diri ku-kerana aku sangat degil-biar pun aku buta huruf tapi aku tolong juga Uma Ukit.Bagi aku,apabila saudara ku ini mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam penganjuran itu maka secara tidak langsung beliau telah membawa Asap kembali kepada sedia kala(lintang pukang).
Sayang jugakan? mengikut cerita Wing Miku,saudara aku ini sangat2 berjaya berjuang untuk memantapkan ilmu sekolahnya hingga membawa keluarganya berkelana ke Malaya tetapi kenapa beliau terus tidak bersemangat dalam menganjurkan bolasepak piala Krismas?Kenapa mesti diberhentikan lipan yang sudah berjalan,kan belum sampai ke Bintang Mahligai lagi ya?
Hanya beliau seorang sahaja tau jawapannya yang tuntas.

Sabtu, 12 Disember 2009

Karoling 10/12/2009

Gambar diambil di Uma Kelap Sg Asap.Nenek ni dari gereja Protestan(SIB) beliau minta kami berdoa untuk dia,aku cakap no hal,boleh sahaja maka kami pun berdoa/mendoakan beliau.

Mr Sing dan Sist Lavang memimpin kawan-kawan mereka dalam nyanyian.Gambar diambil di Awa Blok A Uma Nyaving Sg ASap








Salam Damai,

Ada sedikit kelewatan untuk saya berkongsi catatan perjalanan muda mudi St Matthew Uma Nyaving pada 10/12/2009 yang lepas.

Baiklah ceritanya begini.Petang itu aku dan isteri membelah hujan balik ke kampong untuk sama-sama memeriahkan acara karoling yang akan berlangsung malam nanti,kami singgah sebentar di market Urun untuk membeli sedikit bahan-bahan masakan,selepas itu dalam kesejukkan kami meneruskan perjalanan ke kampong.Kenapa sejuk? Hehe..kami dua guna motosikal.

Sebelumnya pada sebelah paginya aku telah mencadangkan kepada Mr Semon liah Asun agar beliau membawa pasukan muda mudinya ke Uma Bawang sementara kami Uma Nyaving akan ke Uma Kelap,bilangan bilik Katolik di kedua-dua rumah panjang ini adalah sedikit sahaja tetapi jarak antara satu bilik dengan satu bilik adalah jauh dan ditambah dengan kebiasaan guru sembahyang akan mengambil masa paling tidak pun 5 minit untuk berdoa di satu satu bilik maka saya cadangkan agar kami berpecah,beliau bersetuju.Menarik untuk diceritakan sedikit mengenai kawan kita Semon ini adalah,mulanya beliau adalah Kristian Protestan(SIB) tetapi Tuhan telah menetapkan bahawa jodohnya adalah dari kalangan umat Katolik,akhirnya dia telah convert,kini sudah hampir sebelas tahun beliau menjadi Katolik,keistimewaan beliau adalah pertama,beliau mahir bermain alat muzik dan menyanyi keduanya pula,suara beliau tidak memerlukan penggunaan alat pembesar suara haha..semulajadi besar,saya sering perhatikan beliau akan membangkitkan semula suara muda mudi untuk terus bernyanyi bila mereka(muda mudi) semakin kepenatan.Ya bukan satu tugas yang mudah untuk menyanyi secara ‘nonstop’ tanpa latihan bagi peringkat amatur seperti kita ini.Tahniah diucapkan kepada beliau.

Berbalik kepada cerita muda mudi Uma Nyaving tadi,sampai sahaja aku dan isteri di kampong di dapati sudah ada di antara mereka yang sudah rapi menunggu untuk mula karoling sahaja lagi,masa itu sekitar jam 6.20pm,mereka sedikit risau pasal pengangkutan ada atau tidak.Maka aku dan ketua sembahyang pun berbincang,akhirnya ada,2 buah,sekali lagi terima kasih kepada Bro Stephen.Sementara aku punya isteri dan kakak bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk dikongsikan bersama pada malam ini,aku menyertai muda mudi ke Uma Kelap,sekitar jam 7.oomalam. Karoling di Uma Kelap bermula sekitar jam 7.30pm dan berakhir jam 8.20pm,jumlah bilik Katolik di sana hanyalah 4/120 bilik.Apakah yang menyebabkan 4 bilik itu mengambil masa begitu lama untuk dikarolingkan? Aku sudah terangkan seperti di atas tadikan? Hehe..Puji Tuhan kerana dalam mereka hidup didampingi oleh saudara mara yang beragama Protestan(SIB) mereka ini telah tetap dengan iman Katolik mereka.Aku tahu bukan perkara yang mudah untuk tetap dengan Iman Katolik.Buktinya boleh kita lihat di Divine Mercy Uma Ukit,dalam beberapa kunjungan ku untuk sembahyang hari minggu bersama mereka sebelum ini(2007) mereka menyuarakan katakutan mereka bahawa dari hari ke hari iman Katolik mereka semakin luntur oleh kerana mereka jarang berdoa/sembahyang kerana tidak ada pemimpin yang memimpin.Apa yang dapat aku kongsikan dengan mereka hanyalah ‘bersabarlah’. Itu sahaja dan dalam kunjungan ku pada tahun 2009 ini didapati sudah ada di kalangan mereka yang telah menyeberang ke gereja SIB.Suatu ketika dahulu aku pernah berkata dalam mesyuarat gereja, ‘apabila kawan-kawan kita di gereja Uma Ukit,Penan Belangan,Uma Kelap dan Uma Bawang semakin mengecil jumlahnya setiap hari kerana mereka berpindah ke gereja Protestant maka kita janganlah marah mereka,kerana salah satu puncanya kenapa mereka berbuat begitu adalah disebabkan oleh diri kita sendiri’ dalam erti kata lain,puncanya adalah diri setiap umat Katolik di daerah Asap dan koyan ini yang sudah berpendidikan tinggi dan yang sudah kenal Tuhan itu sedikit lebih berbanding mereka tetapi telah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka selaras dengan tanggungjawab yang tersirat apabila sahaja mereka dibaptis.Apa peranan seorang Katolik apabila ia sudah dibaptis? Makanya,bagi aku,masing-masing juga mesti bertanggungjawab apabila situasi yang tidak baik ini(tinggalkan gereja) berlaku.

Malam itu Lavang dan Sing telah berpadu suara memimpin kami dalam lagu karoling sambil tugas berdoa digalas oleh ketua sembahyang Uma Nyaving iaitu saudara Loren.Biar pun ada ketikanya suara mereka tenggelam timbul dan biar pun ada waktu-waktunya suara lari dari suara gitar tetapi aku melihat ini hanyalah permulaan bagi sebuah perjalanan yang panjang untuk muda mudi Katolik St matthew Uma Nyaving.Kelihatannya pada malam itu Andreas Uvet begitu bersemangat memetik gitar sambil bernyanyi.Aku bagitau Sing dan Lavang supaya nyanyi satu lagi itu berterusan dan berulang-ulang apa yang penting muzik berterusan dan ya mereka berdua telah berjaya menjalankan tugas itu.Menarik untuk dikongsikan juga adalah apabila seorang nenek yang sudah tidak dapat berjalan sendirian,dia terpaksa dipimpin telah menghampiri aku dan meminta agar kami berdoa untuk beliau,suara beliau antara dengar dan tidak maka terpaksalah seorang makcik menerangkan maksud sebenar beliau kepada ku,aku bagitau tidak ada masalah,walaupun beliau(nenek) adalah Protestan(SIB) jadi aku minta tolong Bro Stephen yang memimpin kami untuk sama-sama berdoa untuk nenek ini,aku terangkan untuk muda mudi bahawa apabila kita berdoa untuk nenek ini bukanlah bermaksud kita minta dia masuk Katolik tetapi kita mestilah berdoa supaya dan semoga beliau akan sentiasa punya hidup yang bahagia.Katolik bukan hanya berdoa untuk Katolik tetapi mesti juga berdoa untuk orang yang bukan katolik.

Setelah karoling selesai di Uma Kelap dan setelah membasahkan tekak dengan santapan yang disediakan oleh umat katolik uma kelap kami pun beransur ke Uma Nyaving sekitar jam 8.40malam,kami tiba di kampong,nampak gayanya Uma Nyaving telah bersedia untuk berkaroling tetapi tim karoling belum tiba.St Ambrose masih di Uma Bawang sementara St Joseph di rumah-rumah kerajaan.Maka kami pun menunggu,sementara menunggu kami pun bernyanyi karoling.jam 9malam St Ambrose pun tiba,jadi kami mengambil keputusan untuk mulakan karoling sambil St Joseph akan bergabung bila sahaja mereka tiba.Oleh kerana tim karoling telah bergabung maka suara muda mudi pun semakin menyengat,di sinilah aku melihat saudara Semon Liah Asun memainkan peranannya dengan meniupkan semangat muda mudi bila suara mereka semakin lemah dan kecil,maklumlah mereka sudah kepenatan di Uma Kelap dan Uma Bawang,setiap kali beliau besarkan suara nyanyian beliau setiap kali itulah suara muda mudi tinggi semula haha…kami bermula dari Blok A,B dan C,apabila kami bergerak ke Blok D maka muda mudi St Josepeh pun bergabung.Menarik untuk dikongsikan,muda mudi St Joseph adalah urat dawai tulang besi persatuan muda mudi Katolik daerah Asap/Koyan keseluruhannya.Aku lihat mereka memang agak terkehadapan berbanding dengan muda mudi dari kampong lain,mereka mahir bermain alat muzik dan mereka juga sangat pandai bernyanyi lagu-lagu gereja.Kerana itu aku sering menjadikan mereka sebagi contoh kepada muda mudi Uma Nyaving semenjak muda mudi uma Nyaving dihidupkan pada tahun 2007 dulu.Harap-haraplah mereka(muda mudi St Matthew Uma Nyaving) telah mengambil satu dua input yang berguna daripada mereka(muda mudi St Joseph) Muda mudi St Joseph ini aku lihat sentiasa berkesinambungan sahaja,dalam erti kata lain ‘patah tumbuh hilang berganti’ kahwin sahaja seseorang itu,maka beliau akan mula mengurangkan keterlibatannya dengan aktiviti-aktiviti muda mudi tetapi mereka tidak perlu risau kerana pelapis sudah ada.Bersara sahaja kawan kita Cecelia Ubong Merang kerana sudah kawin,aku lihat sudah ada pengganti beliau.Itulah keistimewaan muda mudi St Joseph Uma Badeng,oleh kerana mereka sangat ramai,akan terasa kehilangan mereka apabila mereka tidak hadir karoling,tetapi setakat ini mereka tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri.Suatu ketika dahulu muda mudi St Ambrose Uma Lahanan adalah pelengkap kepada St Joseph tetapi sekarang aku lihat St Ambrose sepertinya tidak bermaya,semoga kawan kita Semon liah ada idea-idea bagaimana untuk aktifkan mereka semula.

Memandangkan jarak antara satu bilik dengan bilik Katolik di Uma Nyaving adalah dekat sahaja maka karoling pada malam itu telah berjaya diselesaikan dalam jangka waktu yang disasarkan,jam 1050 malam.Dari blok D ke Blok E seterusnya tamat di blok F,kemudian saudara saudari terkasih berhimpun di ruai blok E untuk menjamu selera.Bagi pihak umat Katolik St matthew Uma Nyaving aku mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua muda mudi daerah Asap/Koyan kerana telah bersatu hati menjayakan karoling di Uma Nyaving dan tidak ketinggalan kepada katekis Nait dan ketua sembahyang Uma Nyaving-Loren serta saudara-saudari yang hadir pada malam itu.Terima kasih daun keladi,tahun depan datanglah lagi.

Khamis, 10 Disember 2009

Uma Nyaving Sg asap

Gambar gereja St Matthew Uma Nyaving Sg Asap aku ambik pada 18/12/2009 masa aku pigi tingok mereka muda-muda membuat latihan/persiapan terakhir untuk malam penutup karoling 2009 di St Ambrose Uma Lahanan malam ini(19/12/2009).Mulanya gereja katolik Uma Nyaving hanya dikenali sebagai gereja katolik sahaja sehinggalah Rev Fr Slyvester Ding memberi nama St Matthew pada tahun 2003 yang lepas.


Pasukan bola sepak UNYSA(Uma Nyaving Sg Asap) tengah miting sambil bagi2 baju.Akhirnya bolasepak piala krismas 2009 dilangsungkan juga apabila Uma Lesong rela menjadi tuan rumah,Tahniah dan terima kasih untuk Uma Lesong,kerana dengan kerelaan mereka itu maka tidak 'sepi'lah kalender bolasepak orang Asap tahun ini.Majlis pembukaannya dengar cerita telah dirasmikan oleh YB Liwan pagi tadi(aku akan tulis lagi pasal kerelaan Uma Lesong ni minggu depan).Jika anda lihat jersi tertera nombor 3 tu adalah aku punya haha...ya mereka minta agar aku main ngan mereka aku on saja dengan syarat! haha..bukan Ding Sen aja yang boleh bagi syarat,waktu dulu Ding Sen pernah bagi syarat jika Uma Nyaving mau guna khidmatnya-'Edem tidak boleh main' ya aku cakap sama mereka 'kalau itu syarat dia,no hal,aku tak main pun tak apa' tau2 aku juga yang mereka ambik,dia? dibuang tepi.Ding Sen ni aku lihat memang ada bakat dan pandei jaga gawang tetapi displin langsung tak da,dah tu ego tak bertempat,sapa yang suka kan? Kali ini aku pulak yang bagi syarat kan? tapi syarat aku tu senang aje 'jangan bagi aku main sepenuh masa-5-10 minit terakhir saja' mereka stuju akhirnya aku pun main dengan mereka.Rupa-rupanya mereka ambik aku main tu kerana aku pandei motivasikan mereka.Ah! aku tau itu huhu..(bukan masuk bakul angkat sendiri ni) tetapi aku sangat yakin bahawa itulah salah satu daripada bakat ku 'motivasikan orang' biar pun begitu aku tau banyak lagi benda2 yang perlu aku belajar pasal motivasi ini-aku budak baru belajar.
Petang ni,UNYSA akan lawan sama Balui Liko jam 2petang.

Aktiviti St Matthew Uma Nyaving Sg.Asap



Malam ini(10/12/2009) aktiviti karoling bagi daerah Asap,Koyan dan Sambop akan memasuki malam ke empat,malam ini pasukan karoling akan berpecah kepada tiga kumpulan di mana kumpulan yang diketuai oleh St Joseph Uma Badeng akan berkunjung ke kediaman pekerja kerajaan yang beragama Katolik dan Uma Nyaving Penan(simpang),manakala St Ambrose Uma Lahanan akan ke Uma Bawang sambil St Matthew Uma Nyaving akan ke Uma Kelap.

Agak menarik diulas adalah muda mudi St Matthew Uma Nyaving Sg Asap.Kenapa? kaum Ibu Katolik Uma Belor sangat gembira apabila melihat bahawa muda mudi St Matthew semakin aktif dari tahun ke setahun dan mereka mengucapkan tahniah untuk diri ku.Saya percaya mereka ikhlas memuji tetapi bagi aku ucapan tahniah itu bukanlah untuk diri ku sendiri tetapi ia adalah milik semua umat St Matthew Uma Nyaving(muda mudi dan golongan tua) kerana kalau pun aku bersungguh-sungguh tetapi tidak ada kerjasama dan keinginan dari diri mereka sendiri adakah St Matthew akan berada di tempatnya sekarang? Pasti tidak.Kenangan lama menyimpan cerita di mana gereja akan hanya didatangi oleh seorang dua umat apabila sembahyang hari minggu itu adalah lebih baik kerana kadang-kadang gereja hanya tertutup sepi bila hari minggu.

Aku percaya dan yakin bahawa kita tidak akan pernah tahu akan kehadiran Tuhan dalam hidup kita,samalah seperti semilir angin petang yang begitu lembut dan sopan menyapa wajah kita tetapi kita tidak nampak pun wajah angin itu dan samalah seperti udara yang kita hirup selama mana nafas kita bergulir di alam maya ini,apa yang kita buat adalah hirup dan terus hirup udara itu tetapi kita tidak tahu udara itu mari dari arah mana menyusup masuk ke jalan batang hidung kita maka begitu jugalah rahmat dan berkat Tuhan untuk kita umat-umatnya.Kita tidak pasti dan tahu tetapi apa yang boleh dan mesti kita buat adalah ‘yakin dan percaya’.Begitulah St Matthew Uma Nyaving ini,lambat laun suatu hari nanti ia akan berdiri teguh biar pun ribut taufan sebesar Katrina membadai.

Perjalanan muda mudi St Matthew baru sahaja bermula pada penghujung tahun 2007 di St Michael Uma Balui Ukap di mana pada masa itu mereka telah menghadiri satu seminar di sana(terima kasih kepada Bro Stephen Ding dan famili kerana sudi sediakan pengangkutan) dan terima kasih juga kepada muda mudi St Matthew kerana punya motivasi dalaman yang kuat untuk menghadiri seminar itu biar pun banyak halangan.Sepanjang seminggu aku bergaul-makan,tidur,bergurau,bernyanyi dengan mereka aku melihat bahawa ia adalah saat-saat indah dan penting yang sepatutnya perlu dikenang oleh muda mudi,kerana ia adalah saat kelahiran tim muda mudi St Matthew dan sudah tentu akan diingat juga oleh Andreas Uvet dan Ana James bila mereka berdua aku denda-berdiri di halaman rumah pada jam 12 tengah malam kerana mereka masih bising biar pun sepatutnya ‘waktu senyap’ adalah pada jam 11 malam.Saya masih ingat kehampaan di wajah Sing(Hilari Ading) apabila Fr Francis pada mulanya telah berjanji akan membaptis muda mudi secara beramai-ramai setelah seminar itu tamat,akhirnya terpaksa membatalkan rancangan itu kerana terbit masalah teknikal di saat-saat akhir,kemudian bukan dia sahaja yang hampa tetapi semua mereka,aku terpaksa tenangkan mereka dan bagitau mereka bahawa ini adalah cabaran yang Tuhan bagi untuk menguji kamu semua samada betul-betul bersedia memikul Salib bersama-sama Jesus,akhirnya mereka pun bergembira,bila malam penutup,secara peribadi aku telah melihat bahawa mereka telah berjaya menandingi muda-mudi dari gereja lain dari segi persembahan tetapi perlu diakui mereka masih dibelakang.

Sebenarnya,saya pun berkongsi hampa yang sama dengan mereka tetapi aku tidak mahu tunjukkan rasa hampa itu,dalam hati aku nekad mencadangkan kepada Katekis Nancy supaya seminar gereja mesti bertandang ke St Matthew tahun depan(2008) biar pun beliau masih ragu-ragu tetapi aku yakinkan dia-kami bersedia.Akhirnya seminar gereja pun bertandang ke St Matthew Uma Nyaving,biar pun pada realitinya Uma Nyaving bukanlah sebuah organisasi yang baik-akhirnya seminar itu berjaya dalam gagal.Berjaya kerana ramai muda mudi St Matthew Uma Nyaving telah berjaya dibaptiskan bukan oleh Fr Francis tetapi oleh Fr Ding dan beberapa pasangan suami isteri juga telah berjaya diberkati dan disahkan perkahwinan mereka(sebelumnya mereka semua sudah kahwin tetapi kahwin sivil).Gagal kerana aku banyak dihentam/dikritik dari belakang oleh individu-individu yang sepatutnya saling bekerjasama dengan diri ini,bukan hanya di Uma Nyaving tetapi aku dihentam/dikritik sampai ke gereja-gereja Katolik yang lain-aku tabah dan sabarkan diri.Aku diamkan diri Cuma dengan orang yang sangat-sangat rapat dengan diri ini sahaja aku meluahkan isi hati(biarlah rahsia) aku tidak berdendam,aku sudah maafkan mereka dari saat pertama aku dengar kritikan mereka itu.

Dan sekarang St Matthew uma Nyaving masih dalam proses evolusi diri.Aku akui akan ada kelemahan dan kekurangan tetapi sebagaimana gereja Katolik sudah mengembara di alam maya ini lebih dari dua ribu tahun,biar pun pernah melalui zaman gelap tetapi oleh kerana gereja Katolik ini telah dihidupkan atau dimulakan oleh Lord God sendiri maka ia tetap utuh berdiri sehingga sekarang.Maka begitu jugalah keyakinan dan kepercayaan ku terhadap St Matthew Uma Nyaving ini(untuk rekod Katolik sudah bertapak di uma Nyaving seawal tahun 1960an) dan ia telah melalui zaman gelapnya sendiri tetapi puji Tuhan kerana kini ia dilahirkan semula,bukan oleh diri ini,bukan oleh muda mudi,bukan oleh ketua sembahyang-Loren,bukan juga kerana Paderi tetapi oleh doa semua kita dan oleh kerana bimbingan Roh Kudus.Dalam erti kata lain kita semua hanyalah manifestasi kepada keagungan Tuhan dalam menjaga iman para umatnya di muka bumi ini.
Berbalik kepada cerita karoling:(cerita muda mudi St Matthew Uma Nyaving)

7/12/2009/Isnin
Biar pun hujan renyai-renyai tetapi muda mudi tetap bersemangat,menaiki lori 3 tan milik Bro Stephen,merayap-rayap membelah kelicinan jalan balak menuju ke Bt 6,melintasi security gate syarikat balak samling mereka pakat ramai-ramai mengucapkan hai untuk pengawal dan sekitar jam 7.40pm kami pun selamat tiba di Bt 6,di sana sudah menanti muda mudi St Ambrose dan St John Sambop(mereka guna double cab 4 wheel drive) itu how kami kalah hehe..karoling bermula tepat jam 8 malam,ia dilakukan dalam suasana sederhana sahaja untuk menghormati warga Bt 6 yang baru sahaja kehilangan ahli mereka(seorang makcik meninggal dunia) sekitar jam 9malam muda mudi St Joseph tiba tetapi karoling sudah pun selesai(mereka lewat kerana masalah pengangkutan).Setelah menjamah hidangan yang disediakan oleh Bt 6 maka kami pun beransur pada jam 10malam.

8/12/2009/Selasa
Malam ini muda mudi ke Long Bala,oleh kerana Bro Stephen ke Bandar Bintulu maka pakcik Saling yang membawa mereka.Malam ini saya tidak ikut serta oleh kerana timbunan kerja pejabat.Melalui cerita mereka kemudiannya,perjalanan ke sana sangat menarik dan mencabar kerana masih terpaksa melalui jalan balak(offroad) yang licin sama seperti ke Bt 6.Dari segi juadah hidangan ‘wow’ mereka dihidangkan dengan ikan baker sungai.Rugi aku tak ikut.Hehe…,selain mereka muda mudi St Ambrose pun ikut serta manakala St Joseph telah bertandang ke St Mary Uma Lesong,Uma Penan Belangan dan Divine Mercy Uma Ukit.Pn Juliana Leno(taukey Pau hehe..) sedikit mengeluh kerana dia seorang sahaja di Divine Mercy kerana waktu itu St Joseph di Uma Penan.. ‘hingga kering kerongkong ini doa dari satu bilik ke satu bilik’ dia kata haha…kami pun ketawa ramai-ramai(beliau cerita pada malam 9/12/2009)
St Matthew balik jam 10malam.

9/12/2009/Rabu
Dari tempat kerja aku dan isteri membelah kepekatan malam ke St Michael Uma Balui Ukap,setibanya di sana karoling telah pun bermula,seperti biasa aku pun mengambil beberapa keping gambar muda mudi St Matthew(ambil juga gambar karoling keseluruhannya) Aku lihat mereka semakin selesa untuk bergaul dengan kawan-kawan mereka dari gereja/kampong lain,Cuma suara mereka masih ‘sumbang’ seperti suara ku juga haha… dan aku juga melihat tahun ini ketua sembahyang St Matthew begitu aktif,dari bilik ke bilik beliau mengkhabar berita gembira bahawa hari kelahiran Jesus akan tiba.Setelah selesai di St Michael kami bertandang pula ke Uma Belor,sayangnya di Uma Belor kamera digital ku sudah kehabisan bateri-aiya! Bagaimana aku boleh terlupa tidak…caj bateri? Hehe…akhirnya aktiviti karoling di Uma Belor lalu begitu sahaja tanpa ada rakaman(sama seperti di Long Bala) Kami bersurai dalam jam 11.40malam,aku dan isteri balik ke tempat kerja..aiya! lalu kawasan kuburan hehe..tak takut pun!.

10/12/2009/Khamis
Malam ini,St Matthew akan menjadi stesen terakhir karoling,aku dah berbincang dengan ketua sembahyang di Uma Belor malam semalam dan beliau beritahu bahawa semuanya sudah ditanggung beres.Cerita akan menyusul besok hari.
Terima kasih.

Rabu, 9 Disember 2009

Adven 2009



Beberapa hari yang lalu dalam laman facebook ku,aku ada menyatakan ‘easter telah pun berlalu kini adven telah tiba,dan sekali lagi aku diberi peluang untuk melakukan refleksi diri’.Refleksi adalah terjemahan dari perkataan enggeris ‘reflect’ yang bermaksud – ‘mencerminkan,berfikir dalam-dalam,mengenangkan kembali’.Bila kita melihat dalam konteks St Matthew Uma Nyaving dan kampung Uma Nyaving itu sendiri-maka inilah masa atau saat yang sesuai untuk kita duduk diam-diam dalam keheningan mempersoalkan diri kita ‘sejauh mana sudah kita telah menggunakan bakat/anugerah/rezeki yang Tuhan berikan untuk kita untuk membangunkan hati iman gereja kita? Dan sejauh mana pula kita telah menggunakan bakat/anugerah/rezeki yang Tuhan berikan itu untuk melahirkan semula sebuah komuniti Kayan Uma Nyaving?Oleh kerana Uma Nyaving telah ketinggalan jauh dengan kampong Kayan seperti Uma Belor(yang baru-baru ini mendapat anugerah kampong cemerlang peringkat negeri Sarawak) Marilah kita dengan rendah hati/diri mengakui kepada Tuhan yang Maha Kuasa bahawa kita adalah umatnya yang lemah dan berdosa dan akuilah penuh ikhlas dan jujur bahawa kita sangat-sangat memerlukan Tuhan(campurtangan dalam kehidupan kita)
Maka dengan itu kita adalah diajak untuk lakukan refleksi diri dengan penuh jujur dan ikhlas.Adalah dicadangkan agar refleksi kita itu berkenaan dengan:

Perhubungan peribadi kita dengan Tuhan-Bapa Kita Di Syurga.
- bagaimana perhubungan kita dengan Bapa? Ada baik? Selalu kita berdoa? Berapa kali sudah kita dalam tahun ini ‘ngaku dosa’ dengan father?
- aku tau bahawa Bapa sangat-sangat menyayangi diri ini,tetapi persoalannya adalah sejauh mana sudah saya menghargai kasih sayang Tuhan itu? Sepenuh hati atau separuh hati atau langsung tidak ada?
- adakah saya begitu mengejar kamasyuran duniawi sehingga saya selalu hadir dengan alasan-alasan untuk menghalalkan tindakan saya ‘tidak hadir ke gereja St Matthew Uma Nyaving untuk sembahyang,tidak menghulurkan bantuan untuk gereja bila gereja memerlukan?

Perhubungan sesama manusia
- bagaimana perhubungan dengan sesama umat? Adakah saya telah menghargai dan menghormati sesama? Lebih-lebih lagi dengan individu yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi seperti diri ku ini?
- Adakah saya telah bina tembok di minda saya bahawa saya mesti/hanya berkawan dengan orang-orang yang berprestasi dan punya reputasi baik seperti saya sahaja?
- pernahkah saya cabar dan paksa diri saya untuk keluar dari penjara minda saya ini untuk menghulurkan bantuan kepada individu-individu yang memerlukannya?
- bagaimana dengan ego ku? Adakah terlalu-lalu tinggi sehingga saya memandang rendah terhadap penduduk kampong?

Ya itulah dua perkara yang aku fikir penting untuk kita sama-sama renung dan fikir sedalam-dalamnya pada masa adven ini.Kerana St Matthew Uma Nyaving adalah sebuah komuniti Katolik yang kecil jadi aku fikir untuk membentuk sebuah kesatuan yang utuh dan kukuh adalah dalam jangkaun dan bila komuniti Katolik sudah utuh dan kukuh maka barulah sebuah komuniti Uma Nyaving yang berprestasi tinggi boleh dilahirkan.,

Kenapa pada musim adven?

Adven bererti ‘kedatangan’ atau ‘akan datang’ Dalam masa adven kita diajak oleh gereja untuk mempersiapkan diri untuk menunggu kedatangan Kristus kali kedua pada akhir zaman serta menyambut hari kelahiran Kristus iaitu kedatangannya yang pertama suatu waktu dahulu(Fr Boniface Kimsin-heraldmalaysia.com)

Untuk memulakan azam yang baru,biasanya kita menunggu malam 31/12 atau pun bila terbitnya fajar 1/1 kan? Bagi aku itu adalah apabila kita melihat kepada kalender dunia,cuba kita melihat kepada kalender gereja? Menurut Ingrid Listiati(29/11/2009) ‘Katolik mempunyai kalender liturgy setiap tahunnya yang berputar dari masa adven,natal,masa biasa,masa prapaska,paska,pentakosta,masa biasa dan kemudianya ke masa adven tahun berikutnya’(www.katolisitas.org) daripada huraian di atas,bolehlah diertikan bahawa tahun baru dalam hati iman seorang Katolik semolek-moleknya bermula dari masa adven ini-sama seperti tahun liturgy kita yang sudah berputar dari B ke C maka seharusnya begitulah hati iman kita-berganjak/menapak satu langkah kearah kebaikan.
tulisan ini telah dikongsikan dengan muda mudi Katolik Uma Nyaving.

Isnin, 7 Disember 2009

Karoling 2009 peringkat Sidang Asap,Koyan Dan Sambop.




Dengan naiknya Banner seperti tertera maka secara rasminya,mood umat Katolik di Asap dan Koyan termasuk Sambop memasuki ‘fasa krismas’ hehe..bermula dari malam ini nanti 7/12/2009 hingga 19/12/2009 rumah – rumah panjang yang ada umat Katoliknya akan berkumandang dengan lagu-lagu karoling seperti ‘Feliz Navidad,Suara Loceng ku’(sekadar sebut 2 sahaja) terima kasih kepada sahabat kita Pn Cecelia Ubong Merang kerana telah bersusah payah menyediakan lagu2 karol ini dalam versi bahasa Malaysia semenjak dari tahun 2006 yang lepas.

Tertera adalah jadual karoling tahun 2009(disediakan oleh Cecelia Ubong Merang dan Billy Jarang)

7/12/2009
Gereja Katolik Bt 6

8/12/2009
Gereja Katolik Lg Bala,Penan Talun,Divine Mercy Uma Ukit dan St Mary Uma Lesong

9/12/2009
St Michael Uma Balui Ukap dan Gereja Katolik Uma Belor

10/12/2009
Rumah kerajaan,uma Penan(simpang Uma Nyaving),Gereja Katolik Uma Kelap,Uma Bawang dan St Matthew Uma Nyaving Sg Asap.

11/12/2009
St John Uma Balui Liko

13/12/2009
St John Uma Sambop

15/12/2009
St Benedict Uma Bakong Bt 20

16/12/2009
St Joseph Uma Badeng

19/12/2009
St Ambrose Uma Lahanan

Menjadi tradisi umat Katolik di Asap dan Koyan akan mengadakan majlis penutup karoling dan pra krismas secara serentak,pada tahun ini St Ambrose telah dipilih sebagai tuan rumah bersempena dengan kejayaan saudara Nait Laban menghabiskan masa 3 tahun beliau mendalami ilmu2 katekis.Kita mengucapkan tahniah kepada sahabat kita Nait Laban(di lain kesempatan saya akan sambung tulisan saya berkenaan dengan tuaian banyak tetapi orang nak menuai sikit sahaja) kerana telah menyahut panggilan Tuhan untuk menjadi penuai,sama-samalah kita berdoa untuk beliau.

Bagi muda mudi aktiviti karoling adalah aktiviti/saat-saat yang mereka tunggukan kerana mereka boleh bergembira dan bersukacita bersama kawan-kawan mereka dari gereja ke gereja menyampaikan khabar gembira bahawa tidak lama lagi penyelamat dunia Jesus Crist akan lahir ke dunia.


Manakala bagi muda mudi Katolik St Matthew Uma Nyaving kemeriahan itu betul-betul hadir dalam jiwa mereka bermula dari tahun 2007 yang lepas,berkat cinta kasih Tuhan maka mereka tanpa rasa segan mahu pun malu telah bernyanyi dan berdoa bersama dengan kawan-kawan mereka dari gereja lain-kini mereka betul-betul dapat merasakan makna dan kemeriahan Krismas.Terima Kasih Tuhan.

Aku tengah berbincang dengan muda mudi St Matthew berkenaan dengan aktiviti karoling(6/12/2009) kelihatan Tifani Lavang ketawa ceria haha…puji Tuhan kerana akhirnya pintu hati datuk beliau berlembut, jadi tahun 2008 Lavang pun dibaptiskan.lavang pernah meluahkan isi hatinya untuk ku bahawa beliau takut kerana datuk beliau pernah berkata bahawa lavang tidak boleh masuk Katolik selagi beliau(datuk)masih hidup,mulanya Lavang adalah penganut kepercayaan Bungan(agama tradisi Orang Ulu/Kayan) maka aku cakap ‘kamu ikutlah cakap datuk kamu itu,ada pun tujuan saya ajak kamu ikut2 kami dalam aktiviti2 gereja ini adalah untuk isi masa lapang kamu memang pun tujuan lainnya adalah untuk kenalkan kamu dengan RC tetapi RC tidak memaksa kamu masuk RC’ tau-tau dia nekad,jadi aku tidak boleh berbuat apa-apa.Manakala berbaju hijau adalah Kedidi serta berbaju hitam adalah Marvin-pemain muzik gereja.Bila aku mula hidupkan semula muda mudi RC St Matthew Uma Nyaving ni pada bulan ogos 2007 tidak ada seorang pun yang pandai bermain gitar..puji Tuhan sekarang sudah ada.

Semogalah muda mudi ini suatu hari nanti akan menjadi garam yang masin selamanya dan batu karang kepada kelangsungan hidup St Matthew Uma Nyaving dan seterusnya menjadi ‘urat dawai tulang besi’Uma Nyaving itu sendiri suatu hari nanti.Dalam nama Tuhan tidak ada yang mustahil kan? Seperti yang tertulis pada Matius 7:7-12.Aku sangat percaya dan yakin bahawa Uma Nyaving akan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kampung-kampung di Malaysia ini suatu hari nanti, dan keyakinan serta percaya saya itu saya sandarkan kepada St Matthew Uma Nyaving.
Bapa yang manakah akan memberi batu kepada anaknya apabila anaknya meminta roti? Bapa yang manakah akan memberi ular apabila anaknya meminta ikan? Walaupun kamu jahat,kamu tahu memberi apa yang baik kepada anak-anak kamu.Lebih-lebih lagi Bapa kamu yang Syurga;Dia akan memberi apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada Dia(Matius 7:9-11)

Duduk atas kerusi adalah ketua sembahyang St Matthew Uma Nyaving Sg Asap-saudara Loren.Saya perhatikan beliau semakin menampakkan kemajuan dalam cara beliau memimpin sembahyang hari minggu,saya yakin bahawa beliau boleh menjadi seorang guru sembahyang yang baik jika diberi sokongan dan dorongan oleh umat Katolik St matthew yang merasakan diri mereka pandai serba serbi.Masalahnya umat Katolik St Matthew Uma Nyaving adalah mereka telah gagal meletakkan Loren ini pada kedudukan yang sepatutnya,mungkinkah kerana mereka melihat bahawa mereka lebih terpelajar dan berpendidikan berbanding Loren yang asal usul beliau pun boleh dipertikaikan maka mereka mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari gereja? Hanya datang ke gereja pada 25/12 sahaja dan hanya apabila ada paderi/father datang melawat sahaja? Jujur cakap aku pun begitu dulu tetapi puji Tuhan kerana aku minta kepada Tuhan supaya membuka pintu hati ku untuk mengakui bahawa setiap manusia itu ada kelemahan dan kekurangannya-sama juga seperti para rasul yang kebanyakkan daripada mereka adalah berpendidikan rendah sahaja tetapi kenapa Jesus Crist memilih mereka sebagai pemimpin umat? Kenapa Jesus memilih St Peter yang 3 kali menyangkal Jesus(sebelum ayam berkokok) dan yang hanya nelayan sebagai ketua para rasul?
Maka untuk itu,marilah kita semua dengan rendah hati mengakui dan menghormati Loren sebagai ketua sembahyang St Matthew Uma Nyaving Sg Asap.

Isnin, 23 November 2009

YB dan FB

Alangkah baiknya jikaYB Belaga mengambil keputusan berani untuk bangunkan satu laman pertemuan orang-orang Belaga di alam maya(internet) antara lain tujuannya adalah untuk mendekatkan para pengundi khasnya pengundi muda dengan beliau semoga melalui cara itu pengundi-pengundi muda boleh faham aspirasi beliau disamping itu ia juga bertujuan untuk beliau mengetahui secara terus terang keluh kesah penduduk-penduduk Belaga,aku melihat YB tidaklah boleh mempercayai orang-orang kanannya 100%(jika adalah) dalam mendekati dan mendengar keluh kesah penduduk Belaga kadang-kadang orang-orang kanan itulah yang boleh membawa rebah.(dengar cerita dulu Pak Lah percaya sangat dengan orang-orang kanannya lihat? Apa jadi?)

Aku tau YB Belaga ada akaun FB(Facebook) tetapi sejauh mana beliau telah mengeksploitasikan kecanggihan teknologi(FB) itu dalam mendekati para pengundi Belaga dalam maksud supaya majoriti pengundi memahami,menghayati dan bersama-sama beliau mencapai aspirasi perjuangannya? Tidaklah aku tau secara mutlak.Antara Perdana Menteri(Najib) dan YB Liwan siapa yang duluan menggunakan FB? Haha…

Dicadangkan juga agar YB Liwan bersedia pula mengkhabarkan aspirasi beliau melalui blog seperti bekas PM(Mahathir) dan aku percaya bukan satu tindakan yang sombong atau meninggi diri jika YB Liwan dalam setiap lawatan beliau ke mana-mana tempat di Belaga ini beliau menghebahkan alamat blog,email dan FBnya untuk para penduduk semoga dari sana beliau akan semakin dekat di hati para pengundi.Dari itu juga beliau boleh berdiskusi terus menerus pasal sesuatu isu dengan para penduduk Belaga,sudah tentu apabila YB Liwan membuat keputusan ‘membuka dirinya’(blog dan FB) maka beliau telah mengambil satu tindakan yang berani,berani kerana beliau telah membenarkan dirinya dikritik secara terbuka oleh rakyat Belaga,aku percaya bukan semua pengunjung FB atau blognya itu adalah penyokong BN,sudah pasti orang-orang pembangkang dan pengundi merdeka pun akan mengambil peluang melontarkan idea-idea mereka, tetapi YB Liwan sepatutnya tidak gentar dan takut kerana aku percaya bahawa apabila beliau mengambil keputusan untuk terjun ke dunia politik maka beliau sedar bahawa beliau mesti bersedia untuk 1)dikritik, 2) aspirasi perjuangannya atau keputusan-keputusannya akan dipersoalkan 3) tindakannya dihakimi oleh rakyat.

Dan bagaimana pula dengan orang-orang Belaga yang punya kelulusan dalam bidang IT,orang-orang Belaga yang tinggi-tinggi ilmu akademik mereka dan yang berpengalaman dalam sepak terajang dunia politik,kenapa diam sahaja? Tidak sudikah anda mencabar diri anda membangunkan laman sosial khas untuk orang-orang Belaga berinteraksi? Biar kita saling berdiskusi demi pembangunan minda dan fizikal Belaga tanpa memperdulikan jika kita ini di sebelah BN mahu pun pembangkang.Aku sangat yakin bahawa laman maya ini boleh menjadi satu alat untuk melahir dan membentuk sebuah komuniti pengundi Belaga yang baru,dengan harapan komuniti pengundi yang mengundi seseorang calon itu berdasarkan ‘tali persaudaraan’ akan berlalu sedikit demi sedikit dan akhirnya YB dan bakal YB tidaklah lagi menyogok kami pengundi ini dengan kata-kata ‘hanya aku sahaja yang boleh membawa kemajuan’ ‘orang sebelah sana tu hanya pandai berjanji kosong sahaja’, ‘kalau korang tidak undi aku,tidak ada sekolah dan tidak ada pembangunan di Belaga ini’ serta nanti tidak adalah lagi kata-kata nakal yang YB Belaga adalah ‘YB kuman bahek/piknik,YB majlis rasmi merasmi sahaja’ hendaknya sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan kemajuan teknologi maka cara YB berdiskusi dengan pengundi serta meraih undi pun sepatutnya berubah,kan?

Dan hendaknya suatu hari nanti kami pengundi ini dalam dilemma kerana hendak pilih yang mana satu calon YB mauk diundi kerana prestasi kerja beliau bukan kerana beliau adalah ‘saudara sebelah datuk tiri aku’ haha..jangan marah ha..Oleh kerana itu jugalah aku sangat-sangat bersetuju agar Belaga ini mempunyai pasukan pembangkang(tetapi bukan bermusim-sila layari lontaran2 idea ku yang terdahulu)

Masih terasa sakitnya hati ini bila pada tahun 2001 yang lepas seorang kawan dari semenanjung bertanya ‘murah sangat harga undi orang Belaga ya,boleh dibeli hanya dengan setin beer’ adakah kata-kata itu adalah gambaran keseluruhan pengundi Belaga? Aku tidak pasti. Dan daripada kawan-kawan sendiri pernah berkata ‘bagus undi parti ini,mereka akan beri kita 2-30 ringgit manakala parti hanya beri 10 ringgit sahaja,kamu tidak mauk ke edem?’ aku jawab ‘ aku pergi mengundi bukanlah kerana 2-30 atau pun 10 ringgit itu tetapi aku pergi mengundi kerana itu adalah kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia’. Aku mengundi di Uma Nyaving Mejawah,entah bagaimana SPR hantar aku ke sana,aku pernah minta tukar dulok tetapi bila semak balik masih juga nama aku di Uma Nyaving Mejawah bukan Uma Nyaving Asap,sekarang malas dah aku nak tukar biarlah aku sekali dalam masa empat tahun pergi bertanya khabar dengan saudara mara di bawah sana(dua Uma Nyaving ini ada ikatan saudara)

Secara peribadi aku belum lagi terserempak dengan laman maya yang dibangunkan oleh orang-orang Belaga khas untuk semua orang Belaga,yang pernah aku jumpa adalah laman-laman peribadi(seperti aku punya ni) tetapi blog aku hanya dipandang sepi tidak ada pelawat haha..tapi aku tidak kecik hati kerana tujuan aku memblog selain cuba ingin berkongsi dan bertukar pandangan dengan individu lain ia juga bolehlah aku anggap sebagai ‘diari’ ku,untuk kenangan,10 tahun akan datang tentu aku akan merindui akan lontaran idea ku yang sekarang ini(dan sebagai rujukan peribadi) atau pun,mungkin sudah ada tetapi pemiliknya masih ‘malu-malu kucing’ untuk mempromosikannya atau pun masih ragu-ragu takut digertak oleh ‘SB’.

Sekiranya mereka malu-malu kucing? Bagi aku yang rugi adalah kami rakyat jelata ini.Sepatutnya cerdik pandai belaga mestilah bersedia dan sudi berkongsi ilmu,pengalaman dan pengetahuan yang anda semua ada itu.Kerana apabila orang-orang Belaga semakin atau pun sudah matang dalam menentukan siapakah individu yang layak menjadi wakil mereka ke DUN maka yang untung adalah Belaga dan apabila anda semua ‘dijemput balik’ maka aku yakin bahawa antara lain anda akan dinilaikan oleh Tuhan Yang maha Esa berdasarkan, bagaimana anda sudah dan telah menggunakan ilmu pengetahuan,jawatan/kedudukan,kekayaan yang Tuhan sudah berikan itu untuk memakmurkan orang lain bukan berdasarkan kepada bagaimana anda sudah ‘mengenyangkan perut anda sendiri’.

Apa yang hendak ditakutkan? Jika kita yakin dan percaya bahawa lontaran-lontaran idea kita itu adalah lahir daripada perasaan/hati kita yang sayang dan cintakan Belaga dan bukan bermaksud untuk memfitnah seseorang maka kita mestilah berani menonjolkan idea-idea kita itu.

Untuk renungan: 1 Makabe 2: 15-29.

www.umanyaving.blogspot.com

Sabtu, 21 November 2009

Berubah? Ok, No hal.



Saya tidak begitu pasti DUN Belaga wujud tahun berapa Cuma yang aku sedikit pasti adalah YB pertamanya adalah Tajang Laing,mengikut informasi bahawa naiknya Tajang Laing ini sebagai YB Belaga yang pertama bukanlah melalui pilihanraya, hanya empat tahun selepas itu barulah DUN Belaga terlibat secara langsung dalam pilihanraya di mana persaingan waktu itu hanya melibatkan dua orang tokoh sahaja iaitu Tajang Laing dan Nyipa Bato(maaf jika catatan ini kurang tepat)

Tetapi bukan itu maksudnya aku menulis catatan ini,yang sebetulnya aku hendak berkongsi perasaan hati ku sebagai seorang petani miskin ‘bahawa aku ingin sangat melihat bahawa di DUN Belaga ini akan terjelma persaingan sihat dan sengit antara BN dan pembangkang dalam memenangi hati rakyat jelata melalui pilihanraya’. Kerana apa yang aku lihat sekarang keadaannya adalah berat sebelah di mana BN selalu sahaja menang mudah atau pun menang selesa dan aku melihat situasi ini sangat tidak menguntungkan fizikal dan mental daerah Belaga,seolah-olah rakyat Belaga senang sangat ‘digula-gulakan’ oleh BN. Kenapa situasi ini berlaku? Bagi aku bukan disebabkan oleh kerana BN Belaga kuat dan mantap tetapi ia disebabkan oleh kerana pembangkang itu yang lemah,tidak berpadu hati dalam perjuangan dan yang sangat teruk adalah pembangkang di Belaga adalah bermusim dalam erti kata lain pembangkang hanya muncul hanya apabila pilihanraya hendak dilangsungkan oleh itu segala isu-isu yang dibawa oleh mereka tidak menawan hati pengundi keseluruhannya lebih-lebih lagi generasi tua yang kesetiaan mereka kepada BN sangat sukar diganggu gugat oleh isu-isu semasa yang melanda Belaga biar pun pada dasarnya sedikit sebanyak isu-isu yang dilontarkan oleh pembangkang itu adalah masalah yang realiti yang terpaksa didepani oleh penduduk Belaga saban waktu.

Saudara yang tercinta dalam www.belagakini.wordpress.com mencadangkan supaya pengundi Belaga mengubah cara mereka berpolitik dan saya bersetuju tetapi pemain-pemain utama pihak pembangkang Belaga mestilah terlebih dahulu mempunyai azam dan kesabaran yang tinggi dalam melayani karenah para pengundi yang pelbagai. Barack Obama dalam bukunya Keberanian Menggapai Harapan(The Audacity Of Hope) menulis bahawa, cita-cita sahaja tidak memadai.Tidak kira apa jua niat yang mendorong kita kea rah matlamat untuk menjadi senator,sama ada niat yang murni atau sebaliknya,mereka yang berjaya mesti menunjukkan keazaman yang sangat tinggi,hinggakan mereka sering mengabaikan kesihatan,hubungan,keseimbangan mental,bahkan maruah mereka.Saya masih ingat lagi,setelah kempen pendahuluan berakhir,saya melihat jadual dan menyedari bahawa dalam tempoh satu setengah tahun saya bercuti sebanyak tujuh hari sahaja.Dalam waktu selebihnya saya bekerja 12 hingga 16 jam sehari’.Dan dalam persaingannya dengan encik Hull,apabila para penyokongnya sudah resah apabila melihat kemaraan pasukan Hull,Obama pun berkata ‘kita hanya perlu bersabar sedikit’.
Dalam konteks Belaga dengan kedudukan kampung yang bertaburan serata pelusuk sambil jaraknya pula jauh-jauh,dengan terhadnya teknologi komunikasi,dengan terbatasnya sistem perhubungan/pengangkutan ke satu-satu tempat itu selain terpaksa bersabar dengan ‘perang psikologi’ mainan BN dan konco-konconya pihak pembangkang juga mestilah mempunyai keazaman yang tinggi dan sangat-sangat dapat bersabar dengan kami-rakyat jelata ini.Pertama-tama, kami sudah selesa dengan BN dan keduanya pula majoriti kami ini adalah para petani versi lama yang juga bermaksud ‘kami tidak sekolah tinggi’.Bila kami tidak sekolah tinggi sudah tentu kami memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan dari pihak anda(pembangkang) contohnya bagaimana kami cuba melihat sesuatu isu itu dari perspektif yang berbeza, ‘HANYA BN SAHAJA YANG BOLEH MEMBELA NASIB KAMI ORANG MISKIN INI’ jadi kamu orang teranglah dengan penuh azam dan sabar untuk kami bahawa kata-kata itu hanyalah ‘perangkap psikologi BN’.
Seperti yang pernah saya cadangkan adalah,biarlah kalah sebanyak 10 kali tetapi pada cubaan ke 11 pembangkang akan menang.Makanya untuk mengubah mentaliti para pengundi Belaga ada baiknya ia dilakukan secara evolusi bukan cara revolusi.

Shad Helmstetter,Ph.D pernah menulis,
Bayangkan untuk seketika sebuah ‘bilik mental’- tempat di mana anda tinggal dengan pemikiran anda.bilik mental ini dilengkapi dengan segala-galanya yang anda fikirkan tentang diri anda dan dunia di sekeliling anda;ia dilengakapi dengan pemikiran anda.Kebanyakan perabot mental dalam bilik mental ini ialah perabot yang ‘diwarisi’.ia adalah pemikiran negative yang lama yang diperturunkan kepada kita oleh ibubapa,kawan-kawan,guru-guru dan sesiapa sahaja yang telah membantu kita memprogramkan minda kita.Mereka telah memberi kita perabot yang kita simpan dan kita gunakan dalam bilik mental kita.

Bayangkan bahawa kebanyakan daripada ‘perabot’ tersebut(minda) telah usang dimakan usia oleh kerana ia adalah perabot yang diwarisi.Sofa lama yang koyak rabak itu telah lusuh dan merebeh.Kerusinya patah dan bergoyang-goyang,menunggu masa untuk patah jika diduduki dengan terlalu berat.Gambar-gambar yang tergantung senget di dinding telah bertukar kuning dan kabur.Meja dapurnya menyenget kea rah satu sudut,pinggan mangkuknya sumbing dan retak,tiadak satu pun cawan yang bertangkai kerana telah lama patah.Lingkaran-lingkaran spring tilam tersembul,berkarat dan bengkok.Hamparan yang terbentang di atas lantai tidak lagi kelihatan seperti hamparan dek dipenuhi oleh tampalan dan lubang.Di dalam kelengakapan perabot sebegini,satu perabot baru lagi teguh(sedikit pemikiran positif/baru) akan kelihatan janggal,tetapi jika ada pun perabot baru di sana-sini ia juga tidak akan terserlah kerana ditutupi oleh perabot-perabot lama yang berselerakan itu.Maka dipendekkan cerita;

Dr Shad juga mencadangkan supaya kita gambarkan satu peristiwa di mana kita membuang semua perabot lama,perabot lama dalam erti kata lain adalah ‘minda/pemikiran lama’.Jadi kita pun mula membuang meja,sofa,katil dan kerusi dan sebagainya,akhirnya semua minda/pemikiran lama kita telah pun dibuang tinggal kini adalah sebuah rumah atau pun ruang tamu yang bersih tetapi kosong.Mulanya kita sangat gembira kerana kita telah berjaya membuang perabot rumah yang memang pun telah layak menjadi penghuni stor belakang rumah,tetapi beberapa jam berlalu kita berasa sunyi dan tidak tahu apa benda yang mauk dibuat akhirnya kita kembali semula ke stor,mula-mula kita ambil kerusi dan tidak lama kemudian kita membawa meja pula masuk untuk duduk sambil membaca buku dan seterus-seterusnya.Selesakan?

Begitulah Dr Shad mencadangkan bagaimana proses yang biasa dilalui oleh majoriti penduduk dalam usaha mereka hendak mengubah mentaliti mereka.Sebagaimana kita membawa masuk perabot lama seperti kerusi dan meja tadi ke rumah/ruang tamu kita maka begitulah gambarannya apabila kita kembali membawa masuk minda lama kita ke dalam kepala otak kita.Akhirnya kita kembali seperti dahulu juga.
Sepatutnya apabila kita mula membuangkan semua perabot lama rumah kita,perkara yang perlu kita buat adalah dengan membeli perabot baru sebagai ganti kepada perabot lama dalam erti kata lain apabila kita hendak berubah dan mengubah mentaliti orang lain sepatutnya kita terlebih dahulu mesti menyediakan ‘ramuan’ yang cukup ampuh untuk memastikan bahawa perubahan itu adalah kekal selamanya.
Secara ringkasnya minda rakyat Belaga telah dijajah melebihi 40 tahun sudah oleh BN,jadi sekiranya pembangkang hendak mengubah dan mengajak rakyat Belaga berubah hanya semalaman sahaja tentulah tidak boleh dan sangat-sangat mustahil,kerana itu,keazaman dan kesabaran yang tinggi sangat-sangat dituntut.

Ah! Menuturkan perkataan ‘berubah’ itu memang gampang tetapi untuk melakukannya itulah yang sulit kerana itulah aku memberitahu bahawa berubah itu memerlukan azam dan kesabaran yang tinggi.tetapi adakah benda yang sangat-sangat mustahil di dunia ini?

Bagi aku tidak ada,seperti pada Ibrani 11: 1; Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan,dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat. Markus 11:22-23; Yesus menjawab, ‘percayalah kepada Tuhan maka kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut’ jika kamu tidak ragu-ragu tetapi percaya bahawa apa yang kamu katakan itu akan berlaku, perkara itu pun akan dilakukan untuk kamu’.

Jumaat, 20 November 2009

YB Terkilan

Adun Belaga Terkilan Warga Bangladesh Jadi Pengawal Keselamatan.

Tajuk berita di atas adalah seperti yang dilaporkan oleh wartawan utusan Sarawak pada 14/11/2009.

YB Liwan dikatakan terkilan apabila melihat ramai rakyat asing terutama warganegara Bangladesh mengisi kekosongan kerja dalam projek berkenaan.
Kenapa kontraktor suka mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan mereka ya? Daripada pengalaman langsung dan melalui cerita-cerita kawan,didapati pekerja tempatan ini banyak sangat karenah sehingga memeningkan kepala otak taukey sementara pekerja asing ini pula,oleh kerana mereka datang dari jauh dan sedar diri maka karenah mereka sedikit sahaja dan boleh dikawal.Aku pernah dengar dari saudara yang bekerja di Bakun bahawa pekerja tempatan yang sama kampong dengan beliau dengan sesukati ati ‘bercuti’ sementara ditempat kerja ku sekarang ini,diberitahu oleh Manager bahawa pada penghujung tahun 2006 pemandu puson(farm traktor) telah dengan sesukati hatinya bercuti,bagi aku persamaan kedua-dua kes ini adalah,mereka bercuti semata-mata untuk bermain bolasepak piala Krismas,bah!! Betapa hebatnya piala Krismas sehingga orang membelakangkan peraturan/undang kerja,kedua adalah ia dilakukan oleh pekerja tempatan.Kesan langsung daripada masalah ini adalah produktiviti syarikat telah menurun.
Manakala di tempat kerja saya sendiri,baru semalam saya ‘bertegang urat leher’ dengan seorang pekerja tempatan kerana saya telah memotong ‘overtime’ beliau maka beliau sangat-sangat tidak berpuas hati sehingga dia melibatkan agama dalam pertengkaran itu mungkin untuk ‘menghalalkan’ perbuatan beliau(mungkin juga kerana dia lihat aku ni boleh tahan juga alimnya hehe..) tetapi saya tetap juga dengan pendirian saya bahawa ‘saya tetap potong over timenya’ dipendekkan cerita beliau tidak berpuas hati lalu dia hendak berjumpa dengan Manager ‘ya itu hak anda,silakan’ bila dia pergi jumpa Manager,tau-tau dia kena ‘cuci’ pulak,kan dah malang bertimpa,akhirnya beliau meminta maaf dengan saya dan mengakui bahawa ‘saya betul,dia yang keliru’.
Bagi aku dia bukan keliru tetapi oleh karena perasaan tamak telah menguasai diri maka dia sanggup membuat apa sahaja supaya gajinya tinggi.Ya saya bagitau sama dia selepas dia minta maaf adalah, bahawa saya tahu kerja-kerja sampingannya semasa jam kerja tetapi saya ‘diamkan’ sahaja kerana kasihan akan keluarga beliau,lihat! Dia sangat terkejut bila saya beritahu bahawa saya tahu kerja-kerja sampingan beliau.Untuk rekod ini sudah kali kedua saya bertegang urat leher dengan pekerja ini untuk perkara yang sama.Ini baru seorang, di tempat kerja aku ada 20 lebih pekerja tempatan.Ah! betapa beratnya cabaran yang terpaksa aku pikul untuk mengubah mentaliti masyarakat ku sendiri.Tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi rezeki untuk ku di syarikat ini,kerana aku boleh mendalami perasaan kemausiaan ku.
Berbanding dengan pekerja luar(TKI Indonesia),di akui bahawa masalah di tempat kerja tetap ada dengan mereka tetapi mereka sangat patuh dan cara mereka ‘bertegang urat leher’ untuk menyelesaikan masalah berbangkit pun adalah sopan dan terpuji.
Andaian yang aku buat adalah,oleh kerana pekerja tempatan ini berasakan bahawa mereka orang tempatan maka mereka adalah raja dan tuan sehingga mereka berfikir bahawa mereka ‘berhak’ bertindak mengikut apa yang mereka fikirkan betul(walaupun sebenarnya salah)
Mungkin itukah sebabnya syarikat-syarikat/kontraktor suka mengambil tenaga kerja luar bekerja dengan mereka?

Seterusnya YB Liwan mencadangkan supaya masyarakat Penan diberi tempat dalam projek HEP untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Masyarakat Penan boleh diambil bekerja tetapi sebelum itu ada eloknya mereka diberi kursus terlebih dahulu berkaitan dengan kerja-kerja yang bakal mereka lakukan disamping mesrakan mereka dengan budaya organisasi jika tidak masyarakat Penan ini akan memberi masalah yang tidak sudah kepada syarikat.Saya ada pengalaman langsung dengan masyarakat penan ini,yang mana tugas rutin saya setiap hujung bulan adalah pergi berbincang dengan taukey kantin supaya ‘menyusun’ semula hutang mereka. Sebenarnya aku sudah pun memberi nasihat untuk mereka supaya berhemat dalam berbelanja. Bayangkan gaji harian mereka hanyalah RM 12.00(dalam sebulan adalah gaji mereka dalam lingkungan 200-300 sahaja) tetapi bila pergi ke kantin mereka berbelanja sehingga 20-30 ringgit(biasanya satu keluarga yang pergi,dan biasanya hutang bulanan mereka adalah 300-500),ah! Mereka tidak pernah mendengar nasihat saya tetapi akhirnya aku juga yang susah hehe…selepas 4 bulan aku cadangkan kepada boss aku supaya hantar mereka balik,niat ku baik bila tawarkan mereka bekerja dulu tetapi bila mereka dah menyusahkan aku? Apa boleh aku buat? Hehe..
Sebab itulah aku cadangkan suapaya mereka diberi kursus(dicadangkan kursus ini berterusan diberi selama mana mereka bekerja dengan syarikat) terlebih dahulu sebelum mereka diambil bekerja.Kita mesti akur bahawa corak berfikir kaum Penan ini ada lain sedikit berbanding kaum Orang Ulu yang lainnya itu.
Dan tidak salah jika kursus juga perlu untuk pekerja Orang Ulu yang lain itu(Kayan,Kenyah,Kajang dll)
Nota: kursus yang aku maksudkan dalam erti kata lain adalah ‘latihan dan pembangunan’

Utusan Sarawak juga memberitahu bahawa YB Liwan ada mencadangkan agar kerajaan menempatkan sebuah bank di pekan Belaga dan seorang doktor perubatan di klinik Belaga dan klinik Asap.
Dalam DEKLARASI PENDUDUK SG.ASAP TAHUN 2003 yang ditandatangan oleh semua Maren Uma dan Ketua Masyarakat untuk diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara,pada deklarasi No 12 di bawah tajuk kesihatan,penduduk Asap mencadangkan supaya klinik kesihatan Sg.Asap dinaik taraf ke Poliklinik maka secara automatik akan diketuai oleh seorang doktor,sementara pada deklarasi nombor 15 dibawah tajuk ‘Perkhidmatan’ penduduk Asap telah meminta agar kerajaan menyediakan untuk mereka antara lain adalah balai polis,jabatan bomba dan penyelamat,pejabat pos,bank,jabatan pendaftaran,pejabat kebajikan dan perpustakaan awam.
Oleh kerana deklarasi ini aku terlibat secara langsung bersama dengan Mr Wing Miku(tolong maren uma dan ketua masyarakat membuat kajian dengan menginterview pihak-pihak yang berkenaan dan mendokumenkannya ),maka aku berminat sangat untuk mengikuti perkembangannya, pernah aku bertanya kepada SAO Albania pada tahun 2005,bilakah deklarasi itu perlu disemak semula dan adakah deklarasi itu telah diberi maklumbalas yang baik dan positif dari kerajaan?SAO memberitahu bahawa deklarasi itu akan disemak semula selepas 5 tahun sementara beliau tidak berani mengatakan kalau deklarasi itu telah mendapat maklumbalas yang baik dan positif atau tidak dari kerajaan dan sekarang sudah tahun 2009 sambil SAO Albania pun sudah berpindah,jadi persoalannya sekarang adalah,bagaimanakah nasib atau status deklarasi itu sekarang? Adakah semua Maren Uma dan ketua masyarakat yang pernah menandatangan deklarasi ini masih ingat akan isi kandungannya? Masih relavenkah deklarasi itu sekarang?
Dan adakah pejabat pos(yang timbul tenggelam),perpustakaan desa(dah beroperasi?) dewan serbaguna serta mini stadium(yang selalu berkunci-orang mauk pergi jogging pun tidak dapat)adalah hasil daripada deklarasi ini atau pun tidak?

Akhir kata harap YB Liwan tidak terkilan lama-lama (dengan insiden rakyat asing yang periksa identiti beliau) tak pasal-pasal bila YB Liwan dah sembuh dari perasaan terkilannya itu…DUN BELAGA telah dibawah jajahan Pembangkang haha..jangan marah ha…
Aku pernah bagitau kawan-kawan kerja aku ‘mana logik kita orang tempatan ini yang perlu angkat tangan,beri hormat untuk dia dan minta kebenaran dari dia untuk lalu gate ini’ aku hanya sekali saja lah angkat tangan untuk mereka,lepas tu…malas dah hehe..
Kem balak Samling pun pernah mengupah rakyat asing menjadi pengawal keselamatan mereka(pada tahun 2008) tidak tau tahun 2009 ini,adakah masih ada atau tidak?


www.umanyaving.blogspot.com

Isnin, 9 November 2009

Sebelum Menjadi YB,YB Adalah Pencari Kerja.



Pada hari Sabtu lepas,bersamaan dengan 7/11/2009 dan sekitar jam 11.30am, saya telah berpeluang bersembang-sembang dengan seorang pakcik,sebenarnya pakcik ini adalah pesara radio yang telah mengambil keputusan untuk bermastautin di kampong sahaja setelah bersara dan kini beliau telah pun berusia 60 tahun.

Memang aku akui bahawa setiap kali perjumpaan saya dengan pakcik ini tidak akan pernah membosankan,beliau akan sentiasa ada hujah atau jawapan kepada persoalan-persoalan yang kita akan tanya beliau.Apabila beliau berbicara kita mestilah mendengar dengan penuh teliti kerana kadang-kadang suaranya antara dengar dan tidak dan kita janganlah terkejut bila semakin dalam kita bersembang maka semakin kerap beliau berbahasa enggeris,tetapi bukanlah bermaksud beliau mabuk mungkin kerana beliau sudah semakin asyik.Tidak macam sesetengah orang yang mereka hanya pandai bercakap orang putih apabila dipengaruhi oleh alkohol.

Beliau adalah seorang umat Tuhan yang kuat membaca bible dan beliau adalah penganut setia Kristian SIB,tetapi itu bukan penghalang untuk aku bersembang-sembang dengan beliau,aku adalah penganut setia Roman Katolik.(lain masa aku akan tulis pasal idea-idea beliau pasal hal agama)

Aku pernah menegur bekas isteri beliau,gara-gara bekas isterinya itu telah merosakkan bible pakcik ini.Aku Tanya kenapa dia koyak? Isterinya ini dengan selamba menjawab bahawa dia bosan melihat pakcik ini hari-hari membaca bible, kerja lain tidak dibuatnya tapi aku soal makcik ini ‘ada dia marah u bila u main judi?’(makcik ni ketagih main judi,tetapi mereka betul-betul buang masa kerana mereka biasanya hanya ‘main’o.10 paling tinggi pun o.50sen sahaja) dia menjawab ‘tidak’ makanya janganlah anda marah dia bila dia banyak membaca bible.Bishop Anthony Lee pernah berkata, ‘selama hampir 30 tahun saya menjadi Bishop Miri dan sudah banyak rumah panjang yang saya lawati,inilah pertama kali saya melihat penduduk kampong yang seusia saya terang-terangan bermain judi’(2006 semasa Bishop menyambut Krismas bersama-sama dengan umat Katolik St Matthew,satu ketika beliau mengisi masa lapangnya dengan berjalan-jalan di awa uma Aru,ha! Time tu la beliau terserempak dengan pasukan makcik ni tadi,tengah halai bermain judi)

Dalam pertemuan itu juga,aku Tanya balik pakcik ini samada ketua kampong beliau telah membenarkan beliau berkongsi cintakasih Jesus semasa sembahyang hari ahad,beliau memberitahu bahawa beliau masih dilarang.Dalam bulan jun 2009 ini tadi beliau pernah memberitahu aku bahawa beliau dilarang ‘berkhotbah’ di gereja sendiri.Itu how aku Tanya beliau hehe..

Anda mauk tau kenapa pakcik ini dilarang oleh ketua kampong daripada berkhotbah? Sebab pakcik ini ‘penuh dengan dosa’ tergelak besar aku dengan ketua kampong ini. Aku kenal ketua kampong ini dan begitu juga sebaliknya,aku pernah jadi MC satu majlis, bila mana ketua kampong ini mendesak-desak aku supaya mempercepatkan urutannya berucap,ah! Teks ucapannya pun aku yang sediakan hehe..
Bila aku Tanya kenapa pakcik masih dilarang? Pakcik ini menjawab bahawa,ketua kampong takut, kalau-kalau orang kampong semakin percaya kepada beliau(pakcik) dan dari hari ke hari menghormati aura beliau sebagai seorang warga tua yang budiman,berilmu dan berakhlak mulia dan pakcik ini memberitahu bahawa ‘kerana pakcik penuh dengan dosa adalah alasan semata-mata.
Dalam erti kata lain,apabila pakcik ini tadi semakin mendapat tempat di hati orang kampong dengan khotbahnya yang hidup dan bernas maka dari itu aura ketua kampong tadi akan mula merosot.Pelik jugakan kehidupan ini,orang yang pandei dilarang? Samalah seperti nasib ku suatu ketika dahulu bila aku dihalau ke dalam hutan oleh ketua kampong ku sendiri dengan alasan aku telah memporak porandakan kampong,hehe..apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa kerana ‘ketua kampong ku tidak tau apa yang dia perbuat’.
Kasihan pakcik ni,tidak ada ke gereja-gereja SIB di Asap/Koyan ini yang ingin memberi peluang untuk pakcik ni berkongsi cinta kasih Tuhan?

Bila aku Tanya beliau,samada Belaga perlua ada parti pembangkang yang kuat? Beliau dengan pantas dan bersemangat menjawab ‘ya’. Kenapa? Beliau memberitahu untuk menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan BN.

Adakah beliau berpuas hati dengan prestasi individu-invidu yang pernah menjadi YB Belaga? Beliau memberitahu bahawa beliau berpuas hati tetapi masih masih banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Bila aku bertanya adakah YB perlu selalu berada di kawasan sendiri? Dalam konteks perbincangan kami berdua ia merujuk kepada Belaga. Beliau berkata ‘ya’ tetapi sekiranya jadual persidangan DUN begitu padat beliau mestilah melantik ‘orang-orangnya’ untuk melayani karenah para penduduk/pengundi.

Bagaimana dengan pembangkang? Adakah mereka sepatutnya diberi peluang untuk menjadi kerajaan di Belaga? Pakcik ini menjawab setelah lama berfikir-fikir. Jawapan beliau bagi aku adalah sangat menarik dan boleh diperhalusi. ‘Dalam konteks demokrasi yang sebenarnya berkuasa adalah RAKYAT maksudnya pengundi,tanpa kuasa rakyat ini YB adalah individu yang biasa-biasa sahaja’, pakcik ini menambah kata bahawa ‘ sebelum menjadi YB,YB SAMALAH SEPERTI ORANG YANG MENCARI KERJA(PENCARI KERJA),maka kita pengundi inilah yang telah memberi kerja untuk beliau(YB) apabila kita mengundi beliau,jadi oleh karena kita pengundilah yang memberi kerja untuk YB tadi maka kita jugalah yang BERHAK menurunkan beliau dari jawatan YB nya itu’. Akhirnya pakcik ini membuat kesimpulan bahawa ‘pembangkang punya hak untuk menjadi kerajaan di Belaga dengan syarat mereka mestilah kuat dan konsisten dan dengan syarat YB BN(Belaga) tidur di siang hari’.

Seterusnya aku bertanya secara asas pasal perpindahan Orang Ulu ke Asap/Koyan,adakah beliau gembira,berpuas hati dengan layanan kerajaan pemerintah atau sebaliknya.Secara keseluruhannya beliau gembira dan berpuas hati kerana berpindahnya Orang Ulu ke Asap/Koyan maka komuniti Orang Ulu semakin terdedah dengan kemajuan dan kejayaan dalam jangka panjang ia akan menguntungkan generasi muda komuniti Orang Ulu itu sendiri, cuma yang beliau agak sedih dan terkilan adalah kerana proses/perjanjian perpindahan Orang Ulu itu banyak tidak dibuat ‘hitam putihnya’ terlebih dahulu,bila tidak ada hitam putihnya maka senanglah kerajaan yang memerintah sekarang ‘menunggang balikkan’ kata-kata mereka maka yang menjadi mangsa adalah keseluruhan penduduk Asap/Koyan’. Bila aku Tanya salah siapa? Beliau memberitahu bahawa ini adalah salah ketua-ketua kampong,penghulu,temenggong. ‘Mereka ini(ketua kampong,penghulu,temenggong) telah menanam kayu-kayu,sekarang kayu itu sudah besar-besar,bila mereka hendak pindahkan kayu-kayu itu karena akhirnya mereka sedar kayu-kayu itu ada yang tidak berguna,malangnya kudrat tua mereka tidak berdaya, jadi mereka terpaksa minta tolong atau serahkan untuk generasi anda(aku dan engkau la) untuk ‘nyukat’ kayu-kayu itu’. Dalam erti kata lain,ketua-ketua masyarakat ini tadi telah mencipta masalah(dengan mengatakan ‘ya’ sahaja untuk pemerintah dalam urusan perpindahan tanpa ada hitam putih) tetapi bila segelintir daripada mereka dah sedar,lihat-lihat masalah itu sudah pun berakar umbi,hendak mereka bersuara mereka ‘malu’ akhirnya generasi mudalah yang terpaksa pula berusaha untuk selesaikan masalah-masalah itu.Kasihan Orang Ulu Asap/Koyan.

Sesi sembang-sembang kami berdua ditangguhkan sekitar jam 1.25pm,kami berdua berjanji akan bersembang lagi.

Selasa, 3 November 2009

Bola Sepak

Tidur makan dan tidur makan,akhirnya tanpa sedar kita telah pun disuakan dengan bola sepak piala dunia edisi ke 19 semenjak edisi pertama pada tahun 1930 di Uruguay.
Sekarang semua jurulatih pasukan yang sudah layak bolehlah bersantai-santai di tepi pantai haha..sementara jurulatih pasukan yang terpaksa mengharungi playoff dan pasukan-pasukan dari benua Afrika belum boleh bersantai-santai kerana kerja mereka belum lagi selesai.
Wakil benua Asia adalah Australia,Korea Selatan serta utara dan Jepun manakala pasukan Bahrain masih boleh layak sekiranya menang menentang New Zealand dalam playoff(playoff pertama kedua-dua buah pasukan seri tanpa jaringan)
Sebagai rakyat Malaysia teringin juga hati ini melihat Malaysia beradu kekuatan fizikal dan mental dengan pasukan seperti Jerman dan Belanda,tetapi apakan dayakan? bolasepak Malaysia tetap juga retorik semata-mata semenjak dua menjak ini.Para pemimpin FAM tetap juga 'flip flop' dalam tindakan dan keputusan.Sering aku tertanya-tanya kenapa pengurusan bolasepak Malaysia mesti ada politik dan golongan diraja? Pelik kan bolasepak Malaysia ni.Hari tu bila mereka lawan Manchester United aku nonton juga(TV) bukanlah kerana pasukan Malaysia tetapi aku teringin sangat nak nonton Owen-lama dah tak nonton beliau bermain(semoga jurulatih England akan senaraikan Owen ke Piala Dunia 2010).
Besoknya rakyat Malaysia(bukan semua ok) pun berbangga-bangga bahawa 'prestasi pasukan Malaysia ada/telah meningkat'.Aku tergelak,di manakah peningkatan prestasi itu ya?bagi aku bolasepak Malaysia bukanlah soal 'prestasi sudah meningkat' atau tidak kerana sepatutnya soal meningkat atau tidak prestasi tu,itu adalah isu-isu pasukan Laos dan Filipina sepatutnya Malaysia bercakap bagaimana nak kalahkan Jepun dan Korea Selatan,logiknya? pasukan-pasukan ini adalah musuh tradisi kita pada tahun 1960an dan 1970an dan masa itu standard bolasepak kita adalah setaraf dengan mereka.
Maka sesuai dengan peredaran zaman kedua-dua pasukan itu sekarang telah dan sudah tidak bercerita pasal samada prestasi pasukan mereka meningkat atau tidak tetapi mereka telah bercerita pasal teknik dan taktik bagaimana mau membaham pasukan elit dunia seperti Jerman,Brazil dan Argentina di pentas piala dunia,maksudnya prestasi mereka memang/telah pun meningkat kerena itulah mereka layak ke piala dunia banyak kali dah sementara Malaysia? haha...masih juga bercerita pasal 'peningkatan prestasi',kedua-dua buah pasukan tadi telah pun berjaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan seperti Argentina,Perancis,Belanda dan Jerman sementara itu Malaysia hanya berjaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester United,harus diingat antara lain bagaimana FIFA tentukan rangking pasukan dunia adalah berdasarkan kepada prestij satu-satu pasukan yang menjadi lawan kita itu dan prestijnya satu-satu kejohanan itu,jadi apabila Malaysia menang lawan Manchester United sekali pun kedudukan rangking Malaysia tidak akan berubah kerana Manchester United hanyalah kelab bolasepak dan pasukan Malaysia itu adalah pasukan yang mencari peningkatan prestasi dan pendedahan(Tim B) bukan pasukan senior.Bila Manchester ke negara Jepun dan Korea Selatan,kita semua boleh melihat bahawa pasukan-pasukan yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka(MU) adalah pasukan kelab sahaja,ada pasukan kebangsaan mereka beradu tenaga dengan MU? Tidak ada.
Malaysia pernah tewas dengan Laos dan Filipina dalam sukan Sea sedangkan masa itu(1990an) kedua-dua buah negara tadi tidak ada pun liga semi Pro seperti Malaysia dalam erti kata lain mereka hanya bermain bolasepak untuk beriadah sedangkan Malaysia waktu itu sudah ada semi pro yang mana para pemain ada gaji,sekarang diubah namanya menjadi liga profesionaldi mana silapnya Malaysia ini ya?
Bila melihat rangking FIFA, Malaysia pada kedudukan 150 terbaik dunia daripada 206 negara yang menjadi ahli FIFA,Malaysia hanya memerlukan 56 anak tangga untuk mencapai tangga 206 itu tetapi Malaysia terpaksa meniti 149 anak tangga untuk mengatasi kedudukan Brazil di rangking 1 dunia,jadi pilihan terletak di tangan FAM.
Malaysia 40 anak tangga di belakang Thailand(110),31 anak tangga untuk mengejar Singapura(119) dan 21 anak tangga untuk mengatasi Indonesia(129) sambil Malaysia hanya perlu berundur 5 anak tangga untuk berada dibawah Filipina(155) dan hanya 20 anak tangga di atas Laos(170).Mungkinkah kedudukan Malaysia akan bertambah baik,merudum atau kekal?sama-samalah kita melihatnya selepas 20/11/2009 ini(FIFA.com akan update rangking pada tarikh itu)
Bersambung...

Rabu, 28 Oktober 2009

Janji Manis Pembangakang

Jangan terpengaruh dengan janji pembangkang,kata Liwan.

Itu adalah tajuk berita Utusan Sarawak bertarikh 27/10/2009.

‘Pembangkang hanya pandai membuat janji tetapi janji itu hanya omong kosong sahaja dan tidak ditepati.’
Aku setuju dengan kenyataan YB Liwan ini,tetapi persoalannya adakah hanya pembangkang sahaja yang pandai membuat janji omong kosong? Aku rasa tidak la,BN pun apa kurangnya kan? Jadi kepada pengundi-pengundi di Belaga ni,janganlah terlalu taksub dengan BN hinggakan kita langsung tidak mauk dengar omongan pembangkang kerana belum pasti semua kata-kata yang keluar dari celahan gigi pembangkang adalah omong kosong sahaja,aku percaya ada juga kata-kata pembangkang yang berisi dan boleh didalami maksud-maksudnya,Cuma nasihat ku kepada pembangkang adalah:
Jangan jadi pembangkang bermusim seperti lagu ‘we wish you a merry Cristmas’tu yang hanya berkumandang pada bulan 12 setiap tahun sahaja,kalau jadi pembangkang bermusim maka tidak salahlah kata-kata YB Liwan ni kan?isu-isu yang dilontarkan oleh pembangkang sebenarnya adalah bernas dan kenyataan tetapi bahan sokongannya adalah tidak kuat seperti=bukti kerja calon YB dari pembangkang tadi dan personaliti calon itu sendiri kadang-kadang telah dengan sendirinya telah melemahkan lontaran idea tadi.Jadi sudah tiba masanya untuk pembangkang di Belaga menggunakan style baru dalam meraih undi iaitu bekerja sebagai pembangkang sepenuh masa(aku pernah cakap ni) dan aku rasa tidak perlulah pembangkang janjikan bulan dan bintang untuk orang Belaga jika memang tetapi bercakaplah dari sekarang pembangkang.Belaga memang perlukan pembangkang untuk KPI kan YB Liwan kita ni.
Kesimpulannya Belaga memang perlukan tim pembangkang sepenuh masa.

YB Liwan juga memberitahu teguran untuk ketua masyarakat supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya,sambil beliau menambah kata bahawa ketua masyarakat perlu bijak menyelesaikan masalah dengan baik dan penuh muafakat. ‘ketua yang baik adalah ketua yang bijak menyelesaikan masalah dengan memikirkan apa yang baik untuk penduduk dan bersedia menerima sebarang pandangan serta kritikan membina’.
Ini pun aku setuju tetapi haha…aku pikir salah tempat la YB Liwan berucap ni baik dia mari ke kampong aku hehe..
Tersebutlah kisah di mana ketua kampong aku memutuskan pertikaian antara dua orang penduduknya dengan memutuskan bahawa seorang itu salah semua sedangkan seorang betul semua hanya kerana yang seorang itu adalah konconya manakala seorang itu musuhnya haha…bijak ke tu? Aku tak nafikan seorang ni ada salahnya juga tetapi aku juga pasti bahawa yang seorang itu pun ada salahnya juga.Tidak salah ke kita apabila kita pergi rosakkan kayu belian orang lain yang susah payah sudah dinyayat(Bhasa Kayan) dengan sempurna oleh satu orang lepas tu dengan selambanya yang sorang lagi pergi rosakkan..bermoral ke tu? Dan tidak salahkah apabila kita pergi cabut tumbuhan yang sudah ditanam oleh orang lain? Lawak la ketua kampong aku ni,dah tu dia buat penghakimannya pula dengan mengisap rokok segerit tanpa merujuk kepada buku ‘Adet Kayan-Kenyah 1994’ sedangkan aku yang muda ini pun merujuk buku undang-undang tu sebelum jadi pemerhati perbicaraan itu. Bagaimana pemerintah sekarang boleh melantik orang cam ni jadi ketua masyarakat? Adakah kerana beliau adalah golongan Maren? Apa lah yang ada pada Maren itu jika kita tidak bijak? Aku tidak setuju la dengan komuniti Kayan ni yang masih melihat Maren sebagai syarat utama jadi ketua masyarakat,tetapi aku akui tidak semua Maren adalah lemah ada juga Maren yang bijak-bijak itu tidak mengapalah kan.Jujur cakap lah ya..’aku lagi layak jadi Maren Uma’ hehe…

YB Liwan juga mengingatkan penduduk supaya menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapat pendidikan sempurna.Jelasnya lagi hanya satu cara untuk keluar dari kepompong kemiskinan sekaligus mengubah kehidupan keluarga pada masa akan datang iaitu melalui pendidikan,oleh itu ibu bapa perlu bersungguh-sungguh untuk menyekolahkan anak-anak sehingga ke peringkat tinggi kerana sekarang pendidikan teramat penting’.
Ini pun aku setuju hehe..ya la dah kata-kata YB Liwan itu betul tak kan lah aku nak bangkang aje kan?
Aku masih ingat betapa susahnya hati bapa ku bila SRK Sepako ditutup secara tiba-tiba oleh seorang guru besar yang tidak bertanggungjawab pada tahun 1988 lepas,nak kami gi sekolah di SRK Long Linau guru besar sana terlalu ikut prosedur,tidak ada sijil berhenti sekolah maka tidak dapat sekolah maka menapak lah bapa bawa aku ke SRK Lg.Segaham(1989) bersama dengan 3 orang lagi kawan-kawan ku-Anthony(kini Tuen Pulis hehe..Inspektor),Leo dan Harmond di sana dengan yakin dan semangat guru besar-cikgu Daniel Levoh berkata ‘ besok mula sekolah’ maka kerana jasa Daniel Levoh inilah aku dan Anthony boleh berjaya seperti sekarang dan sehingga sekarang lah aku tetap memanggil beliau sebagai cikgu(biar pun mungkin suatu hari nanti aku akan betul-betul berbeza ideologi politik dengan Cikgu Levoh ini tetapi rasa hormat dan terhutang budi ku terhadap dia tetap utuh 100%) dan begitu jugalah untuk bapak ku-Pudong Laing,biar pun buta huruf tetapi tau bahawa pendidikan itu penting-bukan senang untuk tiba ke Lg Segaham dari Sepako dulok terpaksa menunggu kereta atau lori balak-jadi tumpang ajelah Cuma yang aku agak terkilan kerana pemerintah tidak pernah menghargai beliau sebagai sukarelawan di zaman konfrantasi dengan Indonesia suatu ketika dulu,dia bergadai nyawa di Long Jawe ditangkap oleh askar-askar Indonesia tetapi berkat pertolongan Tuhan maka beliau dan kawan-kawan berjaya lolos,jika tidak,ada atau tidak aku di dunia ini sekarang? Bapak pernah kata bahawa YB Liwan pernah cakap-cakap pasal hal perang Lg Jawe ni dengan dia tetapi sekarang terus senyap,kenapa ya?
Berbalik kepada pendidikan tadi,cuba anda pergi ke uma Nyaving Sg Asap kampong ku,tentu anda akan dapat lihat ramainya remaja yang tidak sekolah,kenapa dan salah siapa? Aku tak tau sebabnya tetapi salah siapa aku tau-itu adalah salah ibu-bapa budak itu dan salah si Lebui -tidak setuju? Tetapi itu adalah kenyataannya.Biar pun tidak nyata tetapi dalam hati Lebui dan seisi keluarganya akan gembira kalau lagi ramai budak-budak kampong tidak sekolah kerana
ü Apabila budak-budak tidak sekolah maka mereka tidak ada kelayakan akademik
ü Apabila tidak ada kelayakan akademik maka mereka pun bodoh(tetapi tidak semestinya)
ü Apabila mereka bodoh maka senanglah diperbodoh-bodohkan oleh mereka sekeluarga
ü Kerana itu mereka tidak pernah memarahi ibu bapa atau mereka sendiri yang menghantar budak-budak itu ke sekolah,tak da duit? Bohong la tak da duit,Mana perginya wang Tanah Komunal itu ya? Hehe..
ü Jadi hasilnya adalah,terbentuklah sebuah komuniti Uma Nyaving yang tidak putus-putus bergantung harap kepada mereka untuk mencari sesuap nasi dan dari itu akan hidup teruslah institusi Lebui.
ü Tetapi rupa-rupanya mereka tidak dapat menghalang demokrasi-jadi terlepas jugalah sekerat dua keluarga Uma Nyaving dari penjajahan ini-entah bila pulak Uma Nyaving yang ramai tu mauk berani ya?
Masih bergelora hati ini mauk sekolah ni!!

Selasa, 13 Oktober 2009

MPOB,apa hal belum tolak tanah lagi?

Ucapan Perasmian oleh Tan Sri Bernard Dompok
Pemandangan/Perkarangan dewan perasmian(Apa nama dewan ni ya?)

Suasana dalam dewan(baju dan topi ditaja oleh MPOB)

MPOB Belaga bangunkan model ladang sawit mapan
Oleh Che Johari Mamat

BELAGA: Stesen Penyelidikan MPOB Belaga, Sarawak yang sedang dibangunkan akan menumpu penyelidikan dan pembangunan model ladang sawit berasaskan kepelbagaian biodiversiti melalui aplikasi teknologi mapan dan mesra alam sekitar. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui MPOB ini bertujuan meningkatkan kegiatan penyelidikan dan pemindahan teknologi kepada penanam sawit khususnya di kawasan pedalaman Sarawak.

“Penubuhan stesen penyelidikan ini nanti bukan saja berupaya meningkatkan kegiatan penyelidikan malah akan membangunkan model ladang sawit yang mengaplikasikan amalan pertanian berdasarkan kod amalan baik bagi menghasilkan minyak sawit mapan.” “Pembangunan kompleks ini dibiayai melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) berjumlah RM10.5 juta yang membabitkan pembinaan kompleks pejabat, prasarana penyelidikan, model ladang sawit dan taman benih sawit,” katanya ketika berucap merasmikan pembangunan Kompleks Stesen Penyelidikan itu di sini baru baru ini. Turut hadir, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato’ Sri Dr James Jemut Masing; Ahli Parlimen Ulu Rajang, Datuk Abit Joo; ADUN Belaga, Liwang Lagang; Pengerusi MPOB, Dato’ Sabri Ahmad, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid dan Residen Bahagian Kapit, Dahim Nadot.

Beliau berkata, stesen Penyelidikan MPOB Belaga ini adalah yang kelapan dan kedua di negeri Sarawak selepas Stesen di Sessang yang akan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan penanaman sawit di tanah mineral di kawasan pedalaman Sarawak. “Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang beroperasi sejak 1991 itu menumpukan kajian penyelidikan penanaman sawit di kawasan tanah gambut,” katanya. Tan Sri Bernard Dompok berkata, Kompleks Stesen ini akan akan dibangunkan mengguna aplikasi teknologi terkini seperti teknologi deria jauh (Remote Sensing) dan teknologi digital bagi pembangunan model ladang sawit dan pada masa yang sama memulihara kepelbagaian biodiversiti. ”Ia juga akan menempatkan model kebun sawit untuk pekebun kecil bagi pemindahan teknologi penanaman sawit dan integrasi tanaman serta ternakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang sawit.

“Stesen juga akan dilengkapkan dengan kemudahan penyelidikan seperti makmal, loji rintis dan kemudahan penyelidikan bagi pengeluaran bahan tanaman berkualiti dan kajian amalan pertanian baik bagi meningkatkan hasil tanaman sawit,” katanya. Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian ini sentiasa memberi tumpuan utama kepada penyelidikan dan menggalakkan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan hasil pendapatan terutama pekebun kecil di kawasan pedalaman.
kata-kata ku:
1. Perasmian adalah pada 21/7/2009
2. Daripada cakap2 yang boleh dipercayai bahawa operasi hidupkan stesen penyelidikan ini akan bermula bulan ogos 2009 tetapi sekarang dah bulan oktober 2009,apa macam? ada masalah ka? manalah tau kan? kawasan/tapak yang dicadangkan untuk dirikan stesen penyelidikan itu contohnya...mungkin tu yang lama2 tu? atau ada sebab lain atau jadual mulakan projek memang lama lagi? mungkin sebelum piliharaya negeri Sarawak nanti? kalau gitu aku lah yang salahkan? hehe..
3. Secara peribadi dan prinsipnya aku menyokong dan bersetuju MPOB ni wujudkan stesen penyelidikan mereka di Belaga,kenapa? Dah namanya stesen penyelidikan maka tentulah kerja mereka menyelidik kan? haha...persoalannya adalah,adakah hasil penyelidikan mereka itu nanti akan benar-benar membantu orang-orang kampung yang tanam sawit? atau akan hanya menguntungkan syarikat2 sawit dan pemerintah sahaja? harap2 tidaklah ya.
4. Selepas perasmian tu,dalam tengah seronok2 orang kampung melihat pameran maka adalah 'orang-orang' yang minta semua orang kampung 'minggir2' kerana pak menteri mauk lihat pameran..dalam ati 'pulak dah,ni ka yang dikatakan rakyat didahulukan?' ada ke minta para pengundi ketepi? kalau bukan pengundi BN tidak menang yo..yo.Dah la datang lambat sampai berpeluh-peluh rakyat tunggu perut pun berbunyi-bunyi.
5. Dewan tempat perasmian ni sekarang aku dengar banyak masalah-biasa la kan? hehe..lihat je rumah panjang yang berharga 50 ribu sebuah/sepintu tu...bocor sana bocor sini,reput sana reput sini..tapi aku hairan la dengan Orang Ulu ni..dah tau orang aniaya kita kenapa tetap juga bersabar sabar ya? dewan ni panas sangat-sistem udaranya tidak begitu baik,aku berharap agar kenyataan ku ini salah ya.
Penutup:
Kenapa lambat sangat aku tulis pasal hal ini? kerana aku mauk tunggu samada lipan sudah tolak tanah untuk dirikan stesen penyelidikan MPOB pada bulan 8,9,10 ni tadi tapi belum2 juga-rupa-rupanya belum jugak lagi pun surat khabar nasional dah 'war-warkan' hal ini kan?
Bagaimanalah nasib pekebun kecik(majoriti Uma Sambop) yang dapat biasiswa anak pokok sawit masa hari perasmian itu ya? dah mula tanam sawit itu atau anak sawit itu masih melekat di replika surat biasiswa itu?






Isnin, 12 Oktober 2009

Meter Air(2)

Hari Jumaat(9/10/2009) aku pun konteks semula dengan JKR Bintulu(Air) dan SPU tapi kali ini aku tak nak tipon hanya SMS je...tidak sampai 3 minit aku mesej JKR terus hphone ku berbunyi dan JKR pun gtau bahawa dia telah pun bercakap2 dengan SPU dan dia sudah marah itu SPU(Kuching) wah! hebat la JKR ni.Barulah aku rasa lega kerana SPU tekad nak bayar kerana dia pun dah gtau SPU Asap(kawan aku juga-Awie) minta dia mari Bintulu untuk ambil surat untuk dibawa ke Perbendaharaan Belaga tetapi SPU tak mari-mari juga maka aku pun tawarkan dirilah ambil surat tu(kebetulan aku ke Bintulu) aku sedikit hairanlah SPU ni...diam membatu je? kol aku bagitau yang 'hal' hampir selesai pun tidak(sedangkan mereka ada janji).
Di Bintulu aku jumpa cousin,kebetulan dia mari bawa SPU tadi turun setelah cousin aku bagitau yang aku pun ada di Bintulu barulah SPU kol aku-lihat=aku mesej dia jam 8pagi dia kol aku jam 2petang(itu pun setelah diberitahu bahawa aku ada di Bintulu) berapa lama waktu yang mesti diambil untuk memberitahu aku?
aku bukanlah YB dan aku bukanlah mau dilayan istimewa sangat2-aku hanya ingin tau perkembangan terkini 'hal' kami tu..tu aje,kenapa aku boleh bersusah payah kol mereka(JKR dan SPU) tetapi mereka buat selamba je? sedangkan sepatutnya merekalah yang mesti bersusah payah..oh! kasihanlah diri ku huhu..aku tidaklah marah atau dendam dengan mereka cuma agak terkilan dan kecewa.Mungkin itulah caranya jabatan Kerajaan bekerja? tapi bukan semua orang kerajaan gitu ya..ada juga yang bersungguh-sungguh layan kita.
Maka sekarang,meter air itu hampir pasti,SPU tu bagitau hari ini tadi dia akan ke Belaga untuk selesaikan 'hal' itu dengan perbendaharaan Belaga.Semogalah mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk selesaikan 'hal' kami tu yang sepatutnya hanya mengambil masa 1 minggu tetapi kini telah berlarutan.Kasihan aku.

Kata-kata ku.

Kata-kata ku.

Aku bukanlah graduan politik dan aku juga bukanlah pakar politik tetapi aku hanyalah petani yang kerja ku hari-bertani hujung minggu pula pergi sembahyang,kerja ini telah pun aku putar-putar semenjak dari tahun 2004 yang lepas dan kerana aku hanyalah petani kampungan pendapatan aku pun tidaklah sebanyak mana tetapi sudah cukuplah untuk aku pergi makan mee di Bandar Bintulu.Biar pun aku hanyalah petani haraplah bahawa itu bukanlah alasan untuk orang lain cuba mempersenda-sendakan aku,menghina-hinakan aku atau pun cuba menghalang-halangkan aku menulis apa yang aku nak tulis. Aku adalah aku dan kau adalah kau dan kita masing-masing ada peranan tersendiri dalam masyarakat dan kita masing-masing telah ditentukan untuk menjadi sebaiknya manusia oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Ada pun persoalan-persoalan seperti tertera di bawah adalah hasil daripada buah fikiran ku dalam seronoknya aku bertani,kekadang aku rasa sedih bila memikir-mikirkan nasib Belaga-sampai bila Belaga terus dan harus diperkotak katikkan oleh Kuching? Berkuasa sangatkah Kuching? Sedihnya lagi adalah apabila orang-orang politik dari Belaga(kononnya orang Politik) telah memprogramkan mentaliti penduduk Belaga supaya terus bergantung harap hanya kepada mereka sahaja,hanya mereka sahajalah ‘cahaya yang tidak akan malap’ sudahnya cahaya itu akan menerangi beberapa buah bilik sahaja di Belaga ini sementara majoriti penduduk terpaksa terus meraba-raba mencari arah manakala cahaya hanya akan disuluhkan kepada mereka lagi apabila musim mengundi bertandang,panorama ini telah bergulir dalam masa yang agak lama sudah bermula dari zaman YB Tajang Laing,YB Nyipa Bato,YB Stanley Ajang dan terkini YB Liwan Lagang, sementara YB-YB seperti di atas hanya mahu menyuluh cahaya di Belaga hanya pada musim mengundi/pilihanraya.

Maka persoalan yang bermain-main di benak ku adalah-kenapa parti pembangkang tidak mau ambil peluang?kenapa pembangkang tidak mau ‘menanam benih’ terlebih dahulu?10-20 tahun kemudian barulah menuai hasilnya? ,kenapa mesti tanam benih hari ini besok mauk tuai hasilnya sudah?kenapa orang-orang yang mauk ‘berdiri’ jadi calon yang mauk lawan sama BN ini tidak sanggup korbankan tamak haloba mereka bergabung suara-pilih satu daripada banyak calon untuk cabar calon BN? Aku yakin bila satu lawan satu maka akan pucat lesilah BN maka akan kuat lah pembangkang kerana undi tidak terpecah-pecah lagi-kenapa pembangkang tidak sanggup bersatu hati di Belaga ya? Adakah hanya untuk memenuhi semangat demokrasi bahawa semua orang boleh tawarkan diri jadi calon yang penting ‘cukup dan penuhi syarat?’ kalau begitu yang gembira dan bersuka ria adalah BN.

Untuk memberi persaingan yang betul-betul ‘real’ untuk BN sepatutnya CALON-CALON PEMBANGKANG mestilah bersatu hati di mana calon-calon yang ramai itu mestilah bersedia untuk berkorban demi masa depan ORANG ULU supaya Kuching tidaklah lagi memandang Belaga hanya dengan sebelah mata atau mereka(calon tadi) ada maksud lain? Contohnya,gertak-gertak sikit manalah tau umpan/pancing tu sangkut maka dapatlah 1-2 ringgit dari mana-mana pihak yang berkepentingan?

Dalam perbualan/perbincangan dengan kawan-kawan, aku juga menekankan bahawa sudah tiba masanya Belaga memiliki Pembangkang sepenuh masa,kerana buat masa sekarang aku melihat pembangkang di Belaga ini samalah seperti lagu ‘we wish you A Merry Cristmas’ yang mana lagu ini hanya akan berkumandang bila musim Krismas sahaja lepas musim Krismas maka lagu ini pun senyap sunyi,begitulah pembangkang di Belaga ni dalam hemat aku.Bila tiba musim pilihanraya barulah kita akan melihat beberapa wajah tampil ke depan menawarkan diri menjadi calon, di sinilah BN sangat-sangat gembira kerana,’apa sangatlah dia tu’ biar pun YB BN ni hanya membuat kerja sedikit sahaja sepanjang 4 tahun itu tetapi ia lagi baik berbanding calon-calon pembangkang yang langsung tidak membuat kerja sepanjang 4 tahun itu jadi biar pun hujah-hujah yang dibawa oleh bakal-bakal YB pembangkang ini tadi ada ‘umphh’ tetapi ia gagal menambat sanubari para pengundi yang sudah selesa dengan ‘omongan kosong’ BN tadi,akhirnya para pengundi akan termakan dengan kata-kata BN bahawa pembangkang hanya pandai berkata-kata(menabur janji) sahaja ‘mana ada pembangkang ada duit?’ jadi kepada bakal-bakal YB dari pembangkang ada baiknya anda semua menjadi ahli politik sepenuh masa maksudnya lakukan kerja sepanjang 4 tahun itu, dari sana barulah kami pengundi ni tahu dan kenal siapa anda kan? Ingat bahawa buah kelapa sawit hanya benar-benar boleh dituai buahnya hanya apabila umurnya 7 tahun ke atas.

Dan kepada kawan-kawan suka saya berkongsi akan perkara-perkara seperti tertera:
1) Apa tujuan pembangkang di Belaga?
2) Kenapa pembangkang adalah perlu di Belaga?
3) Kenapa pembangkang perlu dan berhak memerintah Belaga?
4) Betulkah hanya BN sahaja yang boleh memerintah Belaga?
5) Betulkah hanya BN sahaja yang dapat membawa kemajuan/pembangunan untuk Belaga?
6) Siapa pengundi?
7) Siapa yang layak mengundi?
8) Apa tanggungjawab pengundi di Belaga?
9) Adakah mengundi pembangkang itu satu dosa dan salah di sisi undang2/perlembangaan Negara?
10) Kenapa mesti mengundi pembangkang?
11) Adakah memberi kemenangan kepada pembangkang adalah satu eksperimen?
12) Betulkah pembangkang hanya pandai cakap?
13) Pembangkang tidak ada duit untuk bangunkan belaga manakala BN ada duit?
14) Duit dan projek BN datang dari mana?
15) Apa itu cukai pendapatan?
16) Siapa yang membayar cukai pendapatan adakah orang BN sahaja atau sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang dari segi undang2 atau perlembagaan bahawa dia memang sepatutnya membayar cukai?
17) Ke mana cukai pendapatan itu pergi?
18) Kenapa pengundi Belaga takut mengundi pembangkang
19) Tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri dan persekutuan kepada Adun/Parlimen yang diperintah oleh pembangkang dari konteks undang2/perlembagaan?
20) Kekayaan belaga yang tidak dinikmati oleh rakyatnya bila BN masih memerintah?
21) Kenapa begitu susah hendak jumpa YB BN Belaga dan Parlimen Hulu Rejang?
22) Kenapa YB BN suka memerintah Belaga dan Hulu Rejang dari Kuching dari YB yang dulu2 sampai sekarang?
23) Mana upis gerakan YB BN dari dulu sampai sekarang di Belaga dan Hulu Rejang?
24) Apa sumbangan tauke2 balak dan sawit dalam memperkasakan taraf hidup orang Belaga?(ekonomi,pendidikan dan kesihatan?) dan apa peranan YB dalam hal ini?
25) Sudah terjaminkah hak rakyat Belaga(khasnya Orang Ulu) terhadap tanah NCR?
Orang Ulu di Asap ada NCR?
26) Kenapa NCR adalah penting dan perlu bagi seorang individu yang bernama Orang Ulu?
27) Boleh atau tidak Orang Ulu hidup tanpa NCR?
28) Salah kah seorang individu Orang Ulu itu jika memperjuangkan dan menuntut haknya mengikut lunas undang2?
29) Adakah undang2 NCR sekarang memberi kelebihan kepada Orang Ulu atau memberi kelebihan kepada sang pemerintah dalam cita-citanya meneroka tanah?
30) Bagaimana caranya untuk kita memberi pendidikan/kesedaran kepada Orang Ulu mengikut lunas undang2 bahawa NCR adalah perlu dan wajib dimiliki dan dipertahankan?
31) Kenapa SPR tidak pisahkan Belaga dari Parlimen Hulu Rejang? Dan wujudkan sebuah parlimen sendiri untuk Belaga/Orang Ulu manakala dalam parlimen Belaga ini tadi diwujudkan pula dua buah Adun(contohnya-Balui dan Asap) manalah tau dengan keadaan begini Belaga senang dibangun dan dimajukan. Adakah kerana bilangan pengundi Belaga tidak cukup atau adakah kerana Orang Ulu/Belaga sendiri tidak pernah membawa isu ini ke khalayak?