Selasa, 13 Oktober 2009

MPOB,apa hal belum tolak tanah lagi?

Ucapan Perasmian oleh Tan Sri Bernard Dompok
Pemandangan/Perkarangan dewan perasmian(Apa nama dewan ni ya?)

Suasana dalam dewan(baju dan topi ditaja oleh MPOB)

MPOB Belaga bangunkan model ladang sawit mapan
Oleh Che Johari Mamat

BELAGA: Stesen Penyelidikan MPOB Belaga, Sarawak yang sedang dibangunkan akan menumpu penyelidikan dan pembangunan model ladang sawit berasaskan kepelbagaian biodiversiti melalui aplikasi teknologi mapan dan mesra alam sekitar. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata projek Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui MPOB ini bertujuan meningkatkan kegiatan penyelidikan dan pemindahan teknologi kepada penanam sawit khususnya di kawasan pedalaman Sarawak.

“Penubuhan stesen penyelidikan ini nanti bukan saja berupaya meningkatkan kegiatan penyelidikan malah akan membangunkan model ladang sawit yang mengaplikasikan amalan pertanian berdasarkan kod amalan baik bagi menghasilkan minyak sawit mapan.” “Pembangunan kompleks ini dibiayai melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) berjumlah RM10.5 juta yang membabitkan pembinaan kompleks pejabat, prasarana penyelidikan, model ladang sawit dan taman benih sawit,” katanya ketika berucap merasmikan pembangunan Kompleks Stesen Penyelidikan itu di sini baru baru ini. Turut hadir, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato’ Sri Dr James Jemut Masing; Ahli Parlimen Ulu Rajang, Datuk Abit Joo; ADUN Belaga, Liwang Lagang; Pengerusi MPOB, Dato’ Sabri Ahmad, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Mohd Basri Wahid dan Residen Bahagian Kapit, Dahim Nadot.

Beliau berkata, stesen Penyelidikan MPOB Belaga ini adalah yang kelapan dan kedua di negeri Sarawak selepas Stesen di Sessang yang akan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan penanaman sawit di tanah mineral di kawasan pedalaman Sarawak. “Stesen Penyelidikan MPOB Sessang yang beroperasi sejak 1991 itu menumpukan kajian penyelidikan penanaman sawit di kawasan tanah gambut,” katanya. Tan Sri Bernard Dompok berkata, Kompleks Stesen ini akan akan dibangunkan mengguna aplikasi teknologi terkini seperti teknologi deria jauh (Remote Sensing) dan teknologi digital bagi pembangunan model ladang sawit dan pada masa yang sama memulihara kepelbagaian biodiversiti. ”Ia juga akan menempatkan model kebun sawit untuk pekebun kecil bagi pemindahan teknologi penanaman sawit dan integrasi tanaman serta ternakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah di ladang sawit.

“Stesen juga akan dilengkapkan dengan kemudahan penyelidikan seperti makmal, loji rintis dan kemudahan penyelidikan bagi pengeluaran bahan tanaman berkualiti dan kajian amalan pertanian baik bagi meningkatkan hasil tanaman sawit,” katanya. Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian ini sentiasa memberi tumpuan utama kepada penyelidikan dan menggalakkan penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan hasil pendapatan terutama pekebun kecil di kawasan pedalaman.
kata-kata ku:
1. Perasmian adalah pada 21/7/2009
2. Daripada cakap2 yang boleh dipercayai bahawa operasi hidupkan stesen penyelidikan ini akan bermula bulan ogos 2009 tetapi sekarang dah bulan oktober 2009,apa macam? ada masalah ka? manalah tau kan? kawasan/tapak yang dicadangkan untuk dirikan stesen penyelidikan itu contohnya...mungkin tu yang lama2 tu? atau ada sebab lain atau jadual mulakan projek memang lama lagi? mungkin sebelum piliharaya negeri Sarawak nanti? kalau gitu aku lah yang salahkan? hehe..
3. Secara peribadi dan prinsipnya aku menyokong dan bersetuju MPOB ni wujudkan stesen penyelidikan mereka di Belaga,kenapa? Dah namanya stesen penyelidikan maka tentulah kerja mereka menyelidik kan? haha...persoalannya adalah,adakah hasil penyelidikan mereka itu nanti akan benar-benar membantu orang-orang kampung yang tanam sawit? atau akan hanya menguntungkan syarikat2 sawit dan pemerintah sahaja? harap2 tidaklah ya.
4. Selepas perasmian tu,dalam tengah seronok2 orang kampung melihat pameran maka adalah 'orang-orang' yang minta semua orang kampung 'minggir2' kerana pak menteri mauk lihat pameran..dalam ati 'pulak dah,ni ka yang dikatakan rakyat didahulukan?' ada ke minta para pengundi ketepi? kalau bukan pengundi BN tidak menang yo..yo.Dah la datang lambat sampai berpeluh-peluh rakyat tunggu perut pun berbunyi-bunyi.
5. Dewan tempat perasmian ni sekarang aku dengar banyak masalah-biasa la kan? hehe..lihat je rumah panjang yang berharga 50 ribu sebuah/sepintu tu...bocor sana bocor sini,reput sana reput sini..tapi aku hairan la dengan Orang Ulu ni..dah tau orang aniaya kita kenapa tetap juga bersabar sabar ya? dewan ni panas sangat-sistem udaranya tidak begitu baik,aku berharap agar kenyataan ku ini salah ya.
Penutup:
Kenapa lambat sangat aku tulis pasal hal ini? kerana aku mauk tunggu samada lipan sudah tolak tanah untuk dirikan stesen penyelidikan MPOB pada bulan 8,9,10 ni tadi tapi belum2 juga-rupa-rupanya belum jugak lagi pun surat khabar nasional dah 'war-warkan' hal ini kan?
Bagaimanalah nasib pekebun kecik(majoriti Uma Sambop) yang dapat biasiswa anak pokok sawit masa hari perasmian itu ya? dah mula tanam sawit itu atau anak sawit itu masih melekat di replika surat biasiswa itu?






Isnin, 12 Oktober 2009

Meter Air(2)

Hari Jumaat(9/10/2009) aku pun konteks semula dengan JKR Bintulu(Air) dan SPU tapi kali ini aku tak nak tipon hanya SMS je...tidak sampai 3 minit aku mesej JKR terus hphone ku berbunyi dan JKR pun gtau bahawa dia telah pun bercakap2 dengan SPU dan dia sudah marah itu SPU(Kuching) wah! hebat la JKR ni.Barulah aku rasa lega kerana SPU tekad nak bayar kerana dia pun dah gtau SPU Asap(kawan aku juga-Awie) minta dia mari Bintulu untuk ambil surat untuk dibawa ke Perbendaharaan Belaga tetapi SPU tak mari-mari juga maka aku pun tawarkan dirilah ambil surat tu(kebetulan aku ke Bintulu) aku sedikit hairanlah SPU ni...diam membatu je? kol aku bagitau yang 'hal' hampir selesai pun tidak(sedangkan mereka ada janji).
Di Bintulu aku jumpa cousin,kebetulan dia mari bawa SPU tadi turun setelah cousin aku bagitau yang aku pun ada di Bintulu barulah SPU kol aku-lihat=aku mesej dia jam 8pagi dia kol aku jam 2petang(itu pun setelah diberitahu bahawa aku ada di Bintulu) berapa lama waktu yang mesti diambil untuk memberitahu aku?
aku bukanlah YB dan aku bukanlah mau dilayan istimewa sangat2-aku hanya ingin tau perkembangan terkini 'hal' kami tu..tu aje,kenapa aku boleh bersusah payah kol mereka(JKR dan SPU) tetapi mereka buat selamba je? sedangkan sepatutnya merekalah yang mesti bersusah payah..oh! kasihanlah diri ku huhu..aku tidaklah marah atau dendam dengan mereka cuma agak terkilan dan kecewa.Mungkin itulah caranya jabatan Kerajaan bekerja? tapi bukan semua orang kerajaan gitu ya..ada juga yang bersungguh-sungguh layan kita.
Maka sekarang,meter air itu hampir pasti,SPU tu bagitau hari ini tadi dia akan ke Belaga untuk selesaikan 'hal' itu dengan perbendaharaan Belaga.Semogalah mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk selesaikan 'hal' kami tu yang sepatutnya hanya mengambil masa 1 minggu tetapi kini telah berlarutan.Kasihan aku.

Kata-kata ku.

Kata-kata ku.

Aku bukanlah graduan politik dan aku juga bukanlah pakar politik tetapi aku hanyalah petani yang kerja ku hari-bertani hujung minggu pula pergi sembahyang,kerja ini telah pun aku putar-putar semenjak dari tahun 2004 yang lepas dan kerana aku hanyalah petani kampungan pendapatan aku pun tidaklah sebanyak mana tetapi sudah cukuplah untuk aku pergi makan mee di Bandar Bintulu.Biar pun aku hanyalah petani haraplah bahawa itu bukanlah alasan untuk orang lain cuba mempersenda-sendakan aku,menghina-hinakan aku atau pun cuba menghalang-halangkan aku menulis apa yang aku nak tulis. Aku adalah aku dan kau adalah kau dan kita masing-masing ada peranan tersendiri dalam masyarakat dan kita masing-masing telah ditentukan untuk menjadi sebaiknya manusia oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Ada pun persoalan-persoalan seperti tertera di bawah adalah hasil daripada buah fikiran ku dalam seronoknya aku bertani,kekadang aku rasa sedih bila memikir-mikirkan nasib Belaga-sampai bila Belaga terus dan harus diperkotak katikkan oleh Kuching? Berkuasa sangatkah Kuching? Sedihnya lagi adalah apabila orang-orang politik dari Belaga(kononnya orang Politik) telah memprogramkan mentaliti penduduk Belaga supaya terus bergantung harap hanya kepada mereka sahaja,hanya mereka sahajalah ‘cahaya yang tidak akan malap’ sudahnya cahaya itu akan menerangi beberapa buah bilik sahaja di Belaga ini sementara majoriti penduduk terpaksa terus meraba-raba mencari arah manakala cahaya hanya akan disuluhkan kepada mereka lagi apabila musim mengundi bertandang,panorama ini telah bergulir dalam masa yang agak lama sudah bermula dari zaman YB Tajang Laing,YB Nyipa Bato,YB Stanley Ajang dan terkini YB Liwan Lagang, sementara YB-YB seperti di atas hanya mahu menyuluh cahaya di Belaga hanya pada musim mengundi/pilihanraya.

Maka persoalan yang bermain-main di benak ku adalah-kenapa parti pembangkang tidak mau ambil peluang?kenapa pembangkang tidak mau ‘menanam benih’ terlebih dahulu?10-20 tahun kemudian barulah menuai hasilnya? ,kenapa mesti tanam benih hari ini besok mauk tuai hasilnya sudah?kenapa orang-orang yang mauk ‘berdiri’ jadi calon yang mauk lawan sama BN ini tidak sanggup korbankan tamak haloba mereka bergabung suara-pilih satu daripada banyak calon untuk cabar calon BN? Aku yakin bila satu lawan satu maka akan pucat lesilah BN maka akan kuat lah pembangkang kerana undi tidak terpecah-pecah lagi-kenapa pembangkang tidak sanggup bersatu hati di Belaga ya? Adakah hanya untuk memenuhi semangat demokrasi bahawa semua orang boleh tawarkan diri jadi calon yang penting ‘cukup dan penuhi syarat?’ kalau begitu yang gembira dan bersuka ria adalah BN.

Untuk memberi persaingan yang betul-betul ‘real’ untuk BN sepatutnya CALON-CALON PEMBANGKANG mestilah bersatu hati di mana calon-calon yang ramai itu mestilah bersedia untuk berkorban demi masa depan ORANG ULU supaya Kuching tidaklah lagi memandang Belaga hanya dengan sebelah mata atau mereka(calon tadi) ada maksud lain? Contohnya,gertak-gertak sikit manalah tau umpan/pancing tu sangkut maka dapatlah 1-2 ringgit dari mana-mana pihak yang berkepentingan?

Dalam perbualan/perbincangan dengan kawan-kawan, aku juga menekankan bahawa sudah tiba masanya Belaga memiliki Pembangkang sepenuh masa,kerana buat masa sekarang aku melihat pembangkang di Belaga ini samalah seperti lagu ‘we wish you A Merry Cristmas’ yang mana lagu ini hanya akan berkumandang bila musim Krismas sahaja lepas musim Krismas maka lagu ini pun senyap sunyi,begitulah pembangkang di Belaga ni dalam hemat aku.Bila tiba musim pilihanraya barulah kita akan melihat beberapa wajah tampil ke depan menawarkan diri menjadi calon, di sinilah BN sangat-sangat gembira kerana,’apa sangatlah dia tu’ biar pun YB BN ni hanya membuat kerja sedikit sahaja sepanjang 4 tahun itu tetapi ia lagi baik berbanding calon-calon pembangkang yang langsung tidak membuat kerja sepanjang 4 tahun itu jadi biar pun hujah-hujah yang dibawa oleh bakal-bakal YB pembangkang ini tadi ada ‘umphh’ tetapi ia gagal menambat sanubari para pengundi yang sudah selesa dengan ‘omongan kosong’ BN tadi,akhirnya para pengundi akan termakan dengan kata-kata BN bahawa pembangkang hanya pandai berkata-kata(menabur janji) sahaja ‘mana ada pembangkang ada duit?’ jadi kepada bakal-bakal YB dari pembangkang ada baiknya anda semua menjadi ahli politik sepenuh masa maksudnya lakukan kerja sepanjang 4 tahun itu, dari sana barulah kami pengundi ni tahu dan kenal siapa anda kan? Ingat bahawa buah kelapa sawit hanya benar-benar boleh dituai buahnya hanya apabila umurnya 7 tahun ke atas.

Dan kepada kawan-kawan suka saya berkongsi akan perkara-perkara seperti tertera:
1) Apa tujuan pembangkang di Belaga?
2) Kenapa pembangkang adalah perlu di Belaga?
3) Kenapa pembangkang perlu dan berhak memerintah Belaga?
4) Betulkah hanya BN sahaja yang boleh memerintah Belaga?
5) Betulkah hanya BN sahaja yang dapat membawa kemajuan/pembangunan untuk Belaga?
6) Siapa pengundi?
7) Siapa yang layak mengundi?
8) Apa tanggungjawab pengundi di Belaga?
9) Adakah mengundi pembangkang itu satu dosa dan salah di sisi undang2/perlembangaan Negara?
10) Kenapa mesti mengundi pembangkang?
11) Adakah memberi kemenangan kepada pembangkang adalah satu eksperimen?
12) Betulkah pembangkang hanya pandai cakap?
13) Pembangkang tidak ada duit untuk bangunkan belaga manakala BN ada duit?
14) Duit dan projek BN datang dari mana?
15) Apa itu cukai pendapatan?
16) Siapa yang membayar cukai pendapatan adakah orang BN sahaja atau sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang dari segi undang2 atau perlembagaan bahawa dia memang sepatutnya membayar cukai?
17) Ke mana cukai pendapatan itu pergi?
18) Kenapa pengundi Belaga takut mengundi pembangkang
19) Tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri dan persekutuan kepada Adun/Parlimen yang diperintah oleh pembangkang dari konteks undang2/perlembagaan?
20) Kekayaan belaga yang tidak dinikmati oleh rakyatnya bila BN masih memerintah?
21) Kenapa begitu susah hendak jumpa YB BN Belaga dan Parlimen Hulu Rejang?
22) Kenapa YB BN suka memerintah Belaga dan Hulu Rejang dari Kuching dari YB yang dulu2 sampai sekarang?
23) Mana upis gerakan YB BN dari dulu sampai sekarang di Belaga dan Hulu Rejang?
24) Apa sumbangan tauke2 balak dan sawit dalam memperkasakan taraf hidup orang Belaga?(ekonomi,pendidikan dan kesihatan?) dan apa peranan YB dalam hal ini?
25) Sudah terjaminkah hak rakyat Belaga(khasnya Orang Ulu) terhadap tanah NCR?
Orang Ulu di Asap ada NCR?
26) Kenapa NCR adalah penting dan perlu bagi seorang individu yang bernama Orang Ulu?
27) Boleh atau tidak Orang Ulu hidup tanpa NCR?
28) Salah kah seorang individu Orang Ulu itu jika memperjuangkan dan menuntut haknya mengikut lunas undang2?
29) Adakah undang2 NCR sekarang memberi kelebihan kepada Orang Ulu atau memberi kelebihan kepada sang pemerintah dalam cita-citanya meneroka tanah?
30) Bagaimana caranya untuk kita memberi pendidikan/kesedaran kepada Orang Ulu mengikut lunas undang2 bahawa NCR adalah perlu dan wajib dimiliki dan dipertahankan?
31) Kenapa SPR tidak pisahkan Belaga dari Parlimen Hulu Rejang? Dan wujudkan sebuah parlimen sendiri untuk Belaga/Orang Ulu manakala dalam parlimen Belaga ini tadi diwujudkan pula dua buah Adun(contohnya-Balui dan Asap) manalah tau dengan keadaan begini Belaga senang dibangun dan dimajukan. Adakah kerana bilangan pengundi Belaga tidak cukup atau adakah kerana Orang Ulu/Belaga sendiri tidak pernah membawa isu ini ke khalayak?


Khamis, 8 Oktober 2009

Jalan Persekutuan-Tubau(sambungan)

ikutkan aku punya plan,selepas 2 minggu dari sekarang barulah aku akan tipon Endaya Consrtuction ni tapi sebentar tadi aku ditipon oleh aku punya cousin/kawan....cakap2 'apa hal lambat sangat nanti lambat lagi la mereka repair dia nanti' ya tak ya juga kan? hehe..maka aku pun kol Endaya bercakap dengan Pn Fatimah(Kuching) dia gitau bahawa saya punya komplen telah dia majukan(fax) untuk rujukan siteoffice mereka di Miri dan dia minta aku kol Miri maka aku pun kol Miri(biasa dah aku kol2 orang ni-semenjak Tajang Laing jadi Profesor-dia selalu ajar aku bagaimana untuk tipon orang).
Maka Miri pun bagitau aku kalau mereka sudah pun ajukan surat permohonan minta wang dari JKR KL kerana Miri bagitau bahawa wang yang mereka ada sekarang memang tidak cukup untuk merepair itu jalan sebaik yang mungkin apa yang mereka buat sekarang adalah 'simpan-simpan batu je' patut la bila lalu kawasan tu sekarang tanah dan debunya nampak putih-kerana ditabur batu putih(bukan kapur cikgu ke?) dan Miri bagitau juga yang mereka akan membuat yang terbaik untuk mecantikkan semula jalan Tubau tu tapi dia tidak pulak bagi duedate untuk aku kenapa ya? mungkin dia tidak pasti bila JKR KL akan luluskan permohonan bajet tambahan mereka itu? atau pun ada sebab2 lain? entahlah.Oklah-kira-kira cam tu la skripnya hari ini maka marilah sama-sama tunggu dan lihat.
Biar pun begitu selepas berbincang lagi dengan cousin/kawan aku ni maka persoalan-persoalan ini terbina di minda:
a) Endaya dah diberi kontrak/konsesi oleh Perintah untuk jaga jalan Persekutuan ni(Tubau-Bakun) aku fikir tentu la Perintah sudah bagi duit untuk mereka kan? jadi kenapa mauk minta lagi dari JKR? Tidak sukup? jangan-jangan ada unsur-unsur yang tidak sihat sehingga duit itu tidak sukup? SPRM? macam ada je SPRM di Bintulu kan?
b) kalau mereka pada prosedurnya boleh mintak juga dari JKR,jadi salahkah mereka pakai duit sendiri duluk lepas tu baru 'claim' balik kan? Entahlah.Tapi aku kadang2 begitu dengan kompeni aku-kerana ada sesetengah perkara tu memerlukan penyelesaian segera maka kadang-kadang terpaksa guna duit sendiri dulu lepas tu ujung bulan boleh claim. Apa tak bolehkah gitu? oo...mungkin jumlah yang mereka minta tu dalam jumlah yang banyak? maka akan berat ati JKR nak luluskan dalam 24 jam? aku punya hanya seringgit dua? tapi prinsipnya sama aku rasa,supaya kerja boleh berjalan dan semua orang dapat faedahnya akhirnya kalau gitu 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' hanya hehe..tau2 la ye....atau akukah yang tidak paham?
c) Aku rasa ramai kereta yang berjalan2 di atas jalan Persekutuan(Tubau-Bakun) adalah kereta yang 'sah' maksudnya ada 'roadtax' jadi tidak adil rasanya kalau pemilik2 kereta ni terpaksa membayar roadtax dalam jumlah yang sepatut2nya dan secukup2nya tetapi dipaksa meredah jalan yang sungguh tidak berkualiti ini? Ada baiknya pemilik2 kereta memainkan peranan anda gunakan kuasa anda dan tunjukkan kepada Perintah bahawa anda semua ada 'cengkaman dan genggaman' bagaimana caranya? kita ada:
a) Perintah
b) parti Pembangkang
c) parti Barisan
d) NGO(Badan Bukan Kerajaan)
e) Diri Kita Sendiri
maka pilihlah cara mana yang mauk kita pakai untuk buka mata orang-orang yang bertanggungjawab(tetapi tidak bertanggungjawab) dalam menguruskan harta2 awam kita ni(dalam hal ini-Jalan Persekutuan).
sekiranya kawan-kawan mauk komplen jalan, kawan-kawan bolehlah dail nombor2 di bawah:
a) 1-800-88-5004 (Aduan kerosakan Jalan Persekutuan)
b) 082-230777/085-654677 (Endaya Construction-Tubau Bakun)
c) 084-322300 (HCM Engenering-Tubau Similajau/Bintulu)
Jika nombor-nombor di atas tidak layan anda dengan mesra? haha...KUASA DITANGAN ANDA!!!
p/S: Jalan Asap khabarnya adalah jalan Negeri kalau kitak mau komplen try tipon CMS..CMS?!!! eeeiii...segan la...kenapa Segan? haha...!!!

Selasa, 6 Oktober 2009

Jalan Persekutuan-Tubau


Kita boleh melihat bahawa kereta/kenderaan di depan telah menggunakan bahu/tepi jalan kerana jalan yang sebenarnya telah rosak.

Anda boleh nampak kalau kereta yang aku tumpang sengetkan?


Jalan Persekutuan

pada 1/10/2009 yang lepas aku ke Bintulu dan tiba di kawasan Tubau maka aku pun mengambil beberapa keping gambar jalan tar yang sudah rusak teruk itu,lama dah aku kira-kira nak ambil gambar jalan ini sebagai kenang-kenangan dan hari ini 6/10/2009 aku pun try-try la kol nombor 1-800-88-5004(aduan kerosakan jalan persekutuan) mana la tau nombor tu hanyalah sebagai penghias tepi jalan aje kan? haha..tapi rupa-rupanya aku tersilap hehe..nombor tu memang hidup dan aku pun bercakap dengan Cik Wani Binti Abdul Manap(arap betul la ejaan ini) bercakap dalam erti kata aku membuat aduan bahawa jalan persekutuan di Tubau adalah sangat teruk/rosak dan dia berjanji akan berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab di Sarawak.Baiklah.
Dipendekkan cerita maka cik Wani pun menelefon aku memberitahu bahawa beliau sudah memaklumkan pihak di Sarawak iaitu HCM Engenering(betul ke ejaan ni hehe..) dan kemudian pihak HCM pun telefon aku bila membuat kepastian(via telefon) rupa-rupanya kawasan jalan yang rosak itu bukanlah dibawah penyeliaan HCM tetapi dibawah penyeliaan syarikat Endaya(macam pernah terbaca dan terlihatlah nama syarikat ini kan?-Endaya) kerana menurut HCM jalan bermula dari jambatan Tubau(kecik) ke Bakun adalah dibawah konsesi Endaya manakala konsesi dari jambatan Tubau ke Similajau/Bintulu barulah milik HCM.Oh begitu rupanya..tak pa aku akan cuba berhubung pulak dengan 1-800-88-5004 sekali lagi,tunggu ya...dan..oh! rupa-rupanya HCM dah kol cik Wani hehe..maka cik Wani pun berjanji akan kol dengan syarikat Endaya pula..cubalah kita tunggu dan lihat ya.
Nota:
maaf kerana aku tidak dapat sertakan gambar jalan yang rosak tu,mungkin PC aku ni ada sedikit masalah-aku akan cuba lampirkan juga nanti.Dan tiba-tiba aku terfikir jalan Asap syarikat mana pula yang uruskan ya? banyak rosak dah aku lihat jika orang Asap tidak punya kekuatan Politik dan tidak berintegriti dalam idup saya percaya kalau jalan Asap akan jadi seperti jalan Lapok suatu hari nanti-aku pernah mengalami gelombang jalan Lapok sampai ke Pekan/Jambatan Lapok.

Rabu, 30 September 2009

Meter Air

Agak mudah atau tak kita berurusan dengan orang kerajaan? bagi aku kadang2 mudah dan kadang2 boleh buat kita 'berasap'.Kompeni aku dalam tahun ini kira2 nak guna aik paip/bersih jadi kami pun gi jumpa ngan JKR Bintulu dan dipendekkan cerita kompeni aku dah 'terbayar' untuk orang lain-SPU(Sarawak Planning Unit/Murum) dan kesilapan itu aku akui sedikit sebanyak berpunca dari aku dan sebanyak sedikit dari pegawai JKR yang urus proses permohonan kami ini-no hal lah itu yang ada halnya adalah sampai sekarang SPU belum jugak ganti2 duit kompeni aku tu kenapa ya? hanya kerana perbendaharaan Belaga mauk tengok surat/resit asli..bah! mana la aku tau..tu kan hal SPU dengan Perbendaharaan Belaga dengan JKR Bintulu je..tak kan la aku nak buat laporan Polis untuk RM 469.2o? atau nak tunggu biar kompeni aku bawa gi KOT? AR Tompel gtau kot banyak,ada kot tenis,ada kot badminton hehe..dan adakah mereka nak lihat aku dan kawan2 kering kontang tanpa aik baru mereka nak selesaikan masalah kecik tu?(aku stop sekejap tadi hehe..) dan aku baru je tipon JKR Bintulu tadi..bah! JKR cakap kalau SPU lama2 tidak mauk ganti/bayar duit kompeni aku mereka akan potong itu paip SPU-bagus lah kalau cam tu,tak kan kita nak idup senang lenang dengan duit orang lain kan? dan arap2 lah JKR ni akan betul2 menjadi 'Jasa Kepada Rakyat' dan bukannya 'Jangan Kerja Kuat' dan aku tanya JKR tadi bila aku bole kol dia lagi? dia minta bagi la dia peluang cakap dengan bos SPU dulok hehe..aku minggu depan aku akan kol dia lagi.Korang mauk tau? kompeni aku bayar meter paip itu pada 14/8/2009 dan beberapa hari lepas tu barulah kami tau ada silap sikit dan pada 28/8/2009 aku gi jumpa JKR Bintulu dan mereka bagitau bahawa SPU janji akan bayar kami dalam tempoh seminggu sekarang dah 30/9/2009 la kawan!! haha..inikah yang dinamakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Mungkinlah.Makanya kepada orang2 Kerajaan bekerjalah anda penuh sungguh,jujur dan dedikasi korang sebenarnya lagi beruntung ketimbang kami yang kerja swasta ni.

Khamis, 24 September 2009

Kolam Air Taik

Pada 20/9/2009 yang lepas bersamaan dengan hari Ahad,selepas sembahyang di St Matthew Uma Nyaving saya telah diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa pihak pemaju SMK Bakun bercadang membina kolam air taik di depan jalan kampung Uma Nyaving.Jadi untuk pastikan kedudukan yang sebenar maka aku pun pergi ke kawasan perumahan pihak pemaju dengan maksud untuk berjumpa dengan taukee atau pun 'orangnya' malangnya beliau tidak ada(ada hal penting di tempat lain) biar pun begitu saya sempat bertanya kepada seorang pekerja(di sana) berkenaan dengan 'khabar angin' berkenaan dengan kolam air taik itu dan beliau memberitahu bahawa dari apa yang beliau dengar-dengar maka betul lah 'khabar angin' itu.
Jadi bagi aku,masalah ini perlulah diselesaikan dengan kadar yang segera dalam keadaan yang harmoni antara penduduk kampung dan pihak pemaju SMK Bakun ini.Dalam perkara ini dinasihatkan agar ketua kampung Uma Nyaving perlu juga memainkan peranannya sebagai pembela dan pelindung kepada 'anak biaknya' begitu juga dengan YB Belaga-beliau juga mesti mengambil tindakan yang proaktif demi keselesaan penduduk kampung tidak kiralah samada orang itu telah mengundi beliau atau tidak masa pilihanraya yang lepas.
A
culvert di sebelah hilir kawasan 'takungan taik',air inilah yang akan mengalir ke kawasan-kawasan kebun penduduk Uma Nyaving.Jadi kalau betul bahawa pihak pemaju mencadangkan kawasan seperti dalam gambar B adalah untuk air taik SMK Bakun maka mereka mestilah mengubah plan mereka itu.
B

Mengikut informasi yang aku dapat,bahawa lokasi seperti di atas adalah kawasan 'takungan air taik?' kalau betul,maka akan malanglah nasib penduduk Uma Nyaving kerana hari-hari mereka akan hirup dan lihat 'taik' di depan mata.Adalah digalakkan agar penduduk kampung membuat aduan secara rasmi kepada a)ketua kampung, b)pejabat Daerah Sg Asap(SAO), c) syarikat Pemaju dan sekiranya masalah belum selesai silalah berhubung dengan orang politik a) BN atau b) Pembangkang. Orang kampung bolehlah buat aduan bahawa jika betul lokasi di atas adalah 'kolam taik' maka 'kamek tidak setuju kerana air dari kolam ini akan mengalir ke kawasan lot kebun kamek,bagaimana kamek mauk pakei air kalau aik itu sudah jahat? jadi kamek mauk itu kolam taik ditukar ke tempat lain'.
C

SMK BAKUN dalam proses pembinaan.Bagaimanakah nanti rupa wajah Sekolah ini nanti ya? adakah seperti Istana atau pun akan seperti....? Semoga nasib SK Bt Keling dan SK Lg Gang tidak berulang dan semoga nasib SMK Bakun nombor 2 ini tidak mengalami nasib seperti SMK Bakun nombor 1 yang kini telah menjadi SMK Kapit NO 2 haha..lawak2

Nota: kenapa nama SK Bt Keling dan Sk Lg Gang Belum ditukar-tukar lagi ya?adakah ini adil untuk SK Lg Linau,SK,Lg Dupah,SK Lg Jawe,SK Lg Pangai dan SK Lg Bulan,tidak tergerakkah hati PIBG untuk membawa perkara ini ke tengah?(bahasa Ibrahim Pendek)

Jumaat, 18 September 2009

Dr Eli Luhat

Researcher to help Penans go into farming By Nigel Edgar (The Borneopost)

KUCHING: DLT Institute researcher Dr Eli Luhat will find ways to expose Penan farmers to the Smart Farming programme.
Eli said this after the signing of a Memorandum of Cooperation (MoC) between DLT Institute and Yayasan Ikhlas.
Penan farmers are having difficulties adapting to conventional farming due to their nomadic lifestyle, he pointed out.
“The MoC is for the implementation and development of Smart Farming or ‘Peladang Bestari’ programmes in the state.
“Now that we (DLT Institute) are cooperating with Yayasan Ikhlas, I hope that more rural farmers in the state, especially the Penans, would be able to benefit from the Smart Farming programme being developed by us,” he told a press conference after the MoC signing here yesterday.
Eli explained that the Smart Farming methods and system harmonises with the environment, social and economic factors for Penan farmers who are close to nature.
Unlike conventional farming which focuses on economics, he believed Smart Farming would be more accepted by rural farmers, especially Penans.
Eli said he will propose formulating a programme suitable for Penan farmers to the Ministry of Agriculture and Agro-Based after more studies and research are done.
“I believe there is a suitable formula that the Penans can adapt to,” he said, adding that with Smart Farming, farmers would be able to achieve optimal benefits.
The MoC was signed by Yayasan Ikhlas chairperson Datuk Pengiran Juliana Pengiran Tambi and DLT Institute managing director Esther Mujan Wang.
DLT Institute has embarked on several research and experiments on commercial crops like jatropha, aquaculture, ‘gaharu’ and vanilla.
Yayasan Ikhlas will be providing financial aid to DLT Institute for research, development and training of interested farmers under the Smart Farming programme.
aku kata:
1. kita bagilah sokongan dan semangat untuk Dr Eli semoga Tuhan memberkati rancangannya ini.
2. untuk itu pesanan ikhlas seorang petani seperti aku ni untuk Dr Eli adalah 'semoga konsisten dalam usaha dan kerja,jangan hangat-hangat taik ayam dan jangan semata2 nak untung sendiri sahaja,orang miskin seperti aku ni lihat/tengok2 jugalah ya'.
3. kawan2 Penan kita ni memang patut pun ditolong,bukan dengan 'kebendaan' seperti wang ringgit dan beras tetapi dalam bentuk latihan/kemahiran(spt kata Dr Eli ni) dan mereka juga mesti ditolong dari aspek kerohanian(agama kristian) kerana saya sangat percaya dan yakin bahawa kawan2 Penan kita ini boleh berubah dengan didikan agama Kristian dan jangan lupa didiklah mereka supaya cinta akan ilmu pengetahuan maka minta mereka hantar anak-anak mereka sekolah.

Hanya Kerajaan BN mampu bantu rakyat? hehe..

Hanya kerajaan BN mampu bantu rakyat: Lau

SIBU: Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu membantu rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Menurutnya, BN banyak berperanan dalam membantu rakyat di negeri ini berbanding pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja.

“Oleh itu BN berperanan penting dalam mentadbir negara serta tidak melupakan tentang kebajikan rakyat yang memerlukan. Setiap pemimpin kita disarankan oleh Perdana Menteri agar sentiasa menyemak status rakyat serta mengenal pasti masalah di kawasan masing-masing,” tegasnya.

Lau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sibu berkata, kerajaan turut menyediakan banyak peruntukan atau perbelanjaan serta skim bantuan untuk membantu rakyat tanpa memilih bangsa dan agama.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis sambutan Rahmat Ramadan Peringkat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) bagi kawasan Parlimen P.212 Sibu, yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku di sini, semalam.

“Untuk mengecapi kemajuan dalam jangka panjang, sokonglah kerajaan BN. Anda tidak rugi jika memberikan sokongan penuh kepada BN kerana BN sebenarnya teras kepada kemajuan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Lau turut menyeru kepada penduduk di Kampung Bahagia Jaya agar sentiasa mewujudkan perpaduan dan hubungan baik dalam memupuk semangat kemasyarakatan.

“Jadikan semangat per-paduan ini sebagai budaya masyarakat kita kerana ia adalah batu asas kepada keamanan dan kemakmuran negara tanpa mengira kaum dan agama,” tambah beliau lagi.

Seramai 100 penerima yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), anak yatim, saudara kita, ibu tunggal, warga emas dan fakir/miskin di kawasan Parlimen P212 telah menerima sumbangan dari-pada Mayang.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Kapitan Datin Janet Lau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Da-tuk Awang Bemee Awang Ali Basah, ADUN Pelawan Vincent Goh, Setia-usaha Politik Ketua Menteri Andrew Shiling Banggit dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu Mohamad Guntor Rajaee.
(sumber:Utusan Borneo/The Borneo Post)

'Untuk mengecapi kemajuan dalam jangka panjang, sokonglah kerajaan BN. Anda tidak rugi jika memberikan sokongan penuh kepada BN kerana BN sebenarnya teras kepada kemajuan rakyat di negeri ini,” ujarnya. (YB Lau)
kata aku:
'untuk mengecapi kemajuan dalam jangka panjang sokonglah PR(pakatan Rakyat) Anda tidak rugi bila memberikan sokongan penuh kepada PR kerana PR adalah teras kepada kemajuan rakyat di negeri di masa depan'
1. kita sebagai pengundi tidak perlulah taksub sangat dengan kata2 cam ni,biasa sangat dikumandangkan tapi cam tu jugak nasib kita khasnya kita rakyat yang diam jauh di hulu sungai ini.
2. Seperti dalam subjek sains kita diajar untuk buat eksperimen maka tidak salah kita buat eksperimen dengan orang2 politik ni,kuasa ditangan kita,kita tidak akan rugi dan kehilangan apa2 dalam masa 4 tahun jika kita tukar YB kita(try YB PR pulak) bila orang kata kita rugi? dah puluhan pun kita rugi...

Menurutnya, BN banyak berperanan dalam membantu rakyat di negeri ini berbanding pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja.
1.sepatutnya BN tidak perlulah cemburu bila pembangkang(PR) pandai bercakap,dah Tuhan bagi mulut dan lidah untuk bercakap...cakaplah..jangan2 BN pun hanya pandai cakap sahaja kan?
2.lagi pun tidak semestinya percakapan yang keluar dari celahan gigi PR tu tidak boleh diambil pengajaran oleh BN dan tidak semesti 'mesti salah',YB BN bukannya malaikat pun,manusia biasa juga ada kelemahan dan kekurangannya tersendiri lagi pun kalau pembangkang adalah tidak perlu dalam politik kenapa demokrasi memerlukannya?(pembangkang)
3.jangan sombong sangat BN,tak pasal-pasal korang jadi macam Taro Aso di jepun tu nanti 'tinggal kenangan'.
4.kerana PR/pembangkang pun telah memainkan peranannya dalam memastikan Sarawak terus maju,jika tidak? jadilah macam Belaga(daerah ku yang tercinta ini) di mana pembangkangnya 'masih diulit mimpi' bila dekat2 pilihanraya nanti barulah mereka bangun dan bekerja maka dengan selambanya BN akan kata 'pembangkang hanya pandai/banyak cakap sahaja' betul tu,kerana itu bangunlah PEMBANGKANG BELAGA!!!! janganlah anda jadi PEMBANGKANG YANG ADA MUSIM TETAPI JADILAH PEMBANGKANG YANG TIDAK ADA MUSIM-TERUS MEMBANGKANG-jangan pula bangkang terus,jika ada yang BN/YB Belaga buat adalah best janganlah bangkang kan? hehe..

Putrajaya Utamakan Sarawak Bila Bagi Duit

Kerajaan Pusat Utamakan Peruntukan Bagi Pembangunan Sarawak - PM

KUCHING, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat memberi lebih keutamaan daripada segi peruntukan untuk pembanguan prasarana di Sarawak pada masa kini dan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau berkata kerajaan ingin melihat pembangunan prasarana termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air yang lebih luas supaya jurang pembangunan di antara Semenanjung dan negeri ini dapat dirapatkan melalui usaha tersebut.

"Sempena sambutan Hari Malaysia, maka saya sekali lagi berdiri di depan sebagai ketua kerajaan untuk mengatakan bahawa kita akan membawa lebih banyak kemajuan kepada Sarawak, yang akan dilakukan secara adil dan saksama," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek, Petra Jaya di sini Khamis malam.

Suasana menjelang perayaan Aidilfitri dimeriahkan lagi dengan kehadiran Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menyertai kira-kira 5,000 masyarakat setempat pelbagai kaum dalam majlis berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan terus meningkatkan usaha membasmi kemiskinan, yang meliputi Sabah dan Sarawak, melalui jaring keselamatan sosial menjelang akhir tahun depan bagi 45,000 golongan miskin tegar di seluruh negara dalam senarai E-Kasih Pejabat Perdana Menteri.

Kita juga ingin melakukan perubahan yang lebih besar supaya rakyat Malaysia sama ada umat Islam atau bukan Islam dapat menikmati pembangunan...dalam zaman sekarang ini kemiskinan bukan sahaja dilihat daripada segi pendapatan tetapi daripada konteks teknologi, kemahiran serta semangat dan jiwa," kata Najib.

"Semua ini akan terus diperjuangkan oleh kerajaan," kata Perdana Menteri sambil menambah kata, Islam menuntut supaya berlaku adil, yang merupakan landasan utama konsep 1Malaysia, bukan sahaja sesama umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam kerana itulah Islam yang sebenarnya.

Rakyat harus bersyukur bahawa dalam sejarah negara ini umat Islam dapat melakukan sebanyak ibadat yang mereka mampu kerana keadaan yang aman berbanding negara seperti Iraq yang sering dilanda letupan bom di masjid, pasar dan perkampungan, katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin bukan Islam Sarawak yang sudi bersama-sama hadir pada majlis itu yang merupakan amalan konsep 1Malaysia, yang dapat memperkukuhkan lagi perpaduahn di kalangan rakyat.

"Inilah yang akan dapat menjayakan konsep tersebut dalam mencapai satu impian, satu bangsa dan satu negara," katanya.

Sementara itu Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada kerajaan pusat yang banyak memberi peruntukan pembangunan dalam pakej rancangan ekonomi serta untuk memperbaiki keadaan infrastruktur di Sarawak.

"Dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib, Sarawak akan terus menyumbang sama-sama untuk memantapkan negara supaya terus makmur, aman dan maju jaya," kata beliau yang mewakili Ketua Menteri pada majlis tersebut.

"Sebenarnya di Sarawak, orang Islam dan bukan Islam berkerja sebagai sebuah keluarga," katanya.

BERNAMA

Kata Aku:1.
1.YB Belaga dah sediakan plan dan jumlah duit yang perlu untuk Belaga?Belaga luas o..
2. YB Belaga tidak minta apa-apa ke untuk Belaga?
3. Adakah kata2 PM ini hanyalah retorik? entahlah hehe..
4. Siapa yang akan dapat banyak duit nanti? pemimpin BN dan kawan2 atau rakyat?

Rabu, 9 September 2009

Penan dihasut 'orang luar'

Penan dihasut ‘orang luar’
Oleh Patricia Gari

Mereka ajar Penan menentang kerajaan dengan menyekat jalan serta mensensasi isu hidup secara nomad kaum itu

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Lihan Jok percaya kaum Penan tidak pernah menentang pembangunan dibawa kerajaan tetapi mereka telah dihasut oleh ‘orang luar’ agar berbuat demikian.
Menurut Lihan ‘orang luar’ terbabit mengajar kaum Penan menentang kerajaan dan salah satu caranya ialah melakukan sekatan jalan dan mensensasikan isu hidup secara nomad kaum itu demi kepentingan peribadi mereka (‘orang luar’).
Lihan berkata Penan merupakan kaum yang senang dibawa berbincang cuma disebabkan cara hidup dan budaya mereka selama ini menyebabkan Penan agak perlahan atau belum bersedia menerima perubahan yang cuba dibawa kerajaan tetapi tidak bermakna mereka menentang pembangunan.
“Sebagai wakil rakyat yang cukup mengenali kaum ini, Penan bukannya komuniti yang agresif seperti didakwa sesetengah pihak.
“Mereka mudah dibawa berbincang dan saya percaya insiden melakukan sekatan jalan bukannya idea mereka tetapi telah dihasut oleh ‘orang luar’,” ujarnya.
“Penan seperti kaum lain, mencari rezeki seperti komuniti lain, berjual di Pasar Tamu, sering bertemu dengan pegawai kerajaan dan wakil rakyat untuk mengemukakan masalah dihadapi mereka dengan baik,” tambahnya.
Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai ‘Program Mendekati Masyarakat’ antara dua rakan kongsi utama iaitu Samling Corporatian dan Kuching Specialist Hospital (KcSH) dengan enam syarikat akhbar tempatan di negeri ini.
Menurut Lihan tindakan membuat sekatan jalan bukan sesuatu yang baru dilakukan Penan cuma situasi tegang yang berlaku di beberapa sekatan dipercayai didalangi ‘orang luar’.
Lihan berkata ketika ini hanya terdapat tiga sekatan jalan dilakukan kaum itu iaitu di Long Belok, Long Nen dan Long Bangan (Ulu Baram) bagaimanapun beliau memberitahu sekatan itu dilakukan dengan aman.
“Saya amat kagum kerana sekatan di tiga lokasi ini dilakukan dengan tenang bukannya agresif seperti sebelum ini.
“Mereka mendengar nasihat ketua mereka ketika berbincang dengan kami (pihak kerajaan)… ini perkara yang baik dan sudah tentu sekatan itu masih di sana,” jelasnya.
Lihan berkata sekatan jalan di tiga lokasi itu katanya hanya dilakukan dengan meletakkan batang kayu merentangi jalan dan boleh dialih pada bila-bila masa walaupun hanya menggunakan kudrat manusia.
“Mereka hanya meletakkan batang kayu merentangi jalan dan ia boleh dialih bila-bila masa cuma kerana kita menghormati mereka, tidak kira sekecil mana kayu yang diletakkan kita tidak akan usik. Kita mahu masalah ini diselesaikan secara rundingan,” ujarnya.
Dalam pada itu Lihan memberitahu media bahawa rundingan pertama dengan ketua-ketua kaum Penan di kawasan terbabit bukannya gagal seperti didakwa sesetengah media.
Menurutnya rundingan tersebut belum mencapai kata sepakat dan rundingan seterusnya akan diadakan.
Beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan ketua kaum Penan Unga Paren degil dan tidak akur dengan keputusan kerajaan sebaliknya memberitahu Paren cuma tidak datang ketika rundingan pertama diadakan antara ketua-ketua kaum Penan dan wakil kerajaan baru-baru ini.
Mengenai tuntutan kaum Penan di Ulu Baram, Lihan berkata mereka kini mahu pembangunan dari segi sumber manusia dan sosioekonomi lain seperti projek penanaman getah, pokok buah-buahan dan sebagainya.
“Mereka juga mahukan sebidang tanah serta hak yang sama seperti kaum lain…kita tidak boleh memberi mereka tanah selagi mereka masih terus tinggal secara berpindah-randah.
“Kita ada undang-undang dan setiap yang dibuat harus berdasarkan undang-undang sedia ada tetapi tidak bermakna kita (kerajaan) berputus asa untuk membantu mereka sebaliknya bersabar sehingga mereka sudah bersedia menerima pembangunan kerana kita tidak mahu mereka terus tinggal terpinggir di dalam hutan,” ujar Lihan.

apa aku nak kata?
Adakah kenyataan artikel di atas benar,salah atau 50-50? bagi aku 50-50 lah dan boleh dipertikaikan hehe..dalam masa yang sama kesimpulan aku adalah:
a) adakah ini caranya pemimpin/YB Orang Ulu apabila setiap kali masalah 'meletup' selalu menuduh orang lain puncanya masalah? tidakkah mereka sedetik terfikir yang punca masalah itu mungkin berpunca daripada diri mereka sendiri,sempurna sangatkah YB/pemimpin kita sehingga mereka tidak pernah 'tersilap langkah?'. Jadi aku rasa mungkin juga masalah ini lahir daripada kelalaian YB(Orang Ulu) itu sendiri.
b) masih adil dan masih relevenkah undang tanah Sarawak hingga ke hari ini? Apa nasib Orang Ulu(Sg Asap/Koyan) dan apa nasib kawan2 Penan kita ini? adakah apabila mereka lakukan sekatan jalan balak/demonstrasi maka kita mesti menuduh mereka 'mereka telah dihasut orang luar'. Bagi aku kadang2 ayat ini seolah-olah menghina kawan2 Penan kita,seolah-olah kehidupan mereka mestilah ditentu arahkan oleh YB2 kita,sedangkan siapa kita yang hendak menghalang kawan2 Penan kita berinteraksi dengan dunia luar? tidak semestinya apa sahaja yang datang dari YB kita/BN adalah bagus dan membantu kemajuan hidup dan tidak semestinya apa yang hadir dari kemajuan luar itu adalah buruk/tidak baik. Adakah apabila Orang Ulu(Asap/Koyan) anjurkan demonstrasi supaya YB Belaga beri perhatian dan repair jalan di Asap/Koyan maka demonstrasi itu adalah dirancang oleh orang luar,bagi aku jika YB Belaga mengeluarkan kenyataan begitu maka dia telah menghina cerdik pandai Orang Ulu(Asap/Koyan) aku tau dah ramai Orang Ulu(Asap/Koyan) yang staring minda mereka manakala kawan2 Penan kita pun saya percaya mereka pun sudah ada yang staring minda di kalangan mereka.
c) tetapi jika pun demonstrasi/halang jalan itu dihasut oleh orang luar apa yang YB boleh buat? dah YB jarang2 balik kawasan,dah undang2 tanah(NCR) tidak memihak kepada Orang Ulu? sepatutnya YB2 Orang Ulu mestilah bersyukur kerana ada orang luar yang menghasut Orang luar agar sedar akan Hak-hak mereka sebagai Orang Asal di bumi Sarawak yang Bertuah ini dan untuk itu selalu-selalulah balik kawasan YB(bukan untuk YB Baram sahaja tetapi untuk 2 orang YB Orang Ulu di daerah Belaga/Kapit juga)

KPI Idris Diragui? boleh jadi.


KPI Idris diragui untuk jaga KPI Malaysia
Abdul Aziz Mustafa Tue Sep 08, 09 10:24:47 am MYT

KUALA LUMPUR, Sept 8: Ukuran Indeks Prestasi Utama (KPI) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala ketika menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) menimbulkan keraguan apabila dilantik sebagai menteri.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, keberkesanan beliau sebagai CEO MAS dalam mengawal pelaksanaan insiatif KPI serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi dalam MAS dibimbangi akan berulang dalam kerajaan Malaysia.
Sebelum dilantik sebagai menteri, Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO MAS mulai Disember 2005, selepas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
"Beliau tidak boleh dianggap berjaya menjaga kepentingan syarikat yang diterajuinya ketika itu kerana kita tidak pernah mendengar beliau berusaha untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendakwa pihak yang terlibat dengan kerugian sebesar RM8 bilion yang ditanggung oleh MAS.
"Kegagalan Idris untuk bertindak terhadap pihak yang mengakibatkan kerugian raksaksa kepada syarikat yang diterajuinya adalah tindakan yang tidak sepatutnya (conduct unbecoming) bagi seseorang pengarah urusan," kata Salahuddin ketika menjelaskan mengapa Idris tidak mempunyai KPI yang meyakinkan.
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, walaupun Idris pernah bersama-sama mengiringi pihak polis untuk memberikan taklimat mengenai kesalahan yang mengakibatkan MAS mengalami kerugian tersebut kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi, tetapi kegagalam beliau mengambil tindakan mahkamah menyebabkan pihak yang mengakibatkan MAS menanggung kerugian sebegitu besar terlepas begitu sahaja.
"Walaupun dua laporan polis telah dibuat dan siasatan polis juga telah dilaksanakan, mengapa Idris tidak menjalankan tanggungjawab berkanunnya untuk menjaga kepentingan MAS dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang mengakibat kerugian besar GLC itu?
"Adakah beliau sengaja enggan mengambil tindakan atau beliau mahu mengambil tindakan tetapi tangannya terikat?
"Jika tangannya terikat untuk melaksanakan tanggungjawab berkanunnya sebagai Pengarah Urusan MAS, apa jaminan tangannya tidak terikat untuk mengawal pelaksanaan insiatif KPI serta memacu pelaksanaan pengurusan prestasi di dalam kerajaan Malaysia?" Salahuddin mempersoalkan.
Beliau juga membangkitkan persoalan adakah peneraju MAS yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian besar ketika itu "berani melakukannya seorang diri?"
"Adakah Idris tidak mengambil tindakan mahkamah kerana ada pembesar-pembesar yang terlibat?
"Sukar untuk dipercayai bahawa peneraju MAS ketika itu berani melakukan seorang diri tindakan-tindakan yang menyebabkan GLC itu mengalami kerugian yang amat besar," katanya.
Pada 26 Mac 2007, bersama-sama Pengerusi MAS Datuk Munir Majid dan Pengurus Besar Bahagian Perundangan MAS Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid, Idris dilaporkan pernah mengiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ketika itu, Datuk Ramli Yusof untuk memberikan taklimat mengenai siasatan kerugian besar MAS itu kepada Abdullah.
Bagaimanapun, tidak ada laporan yang menyatakan bekas Perdana Menteri itu mengarahkan tindakan diambil terhadap pihak yang menyebabkan kerugian besar itu.
Ketika kerajaan membeli balik MAS dengan harga RM600 juta pada tahun 2001 dari Tan Sri Tajuddin Ramli, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu menanggung kerugian sebesar RM8 bilion.
Sebelum itu, pada tahun 1994, Tajuddin membeli MAS melalui syarikatnya, Naluri Berhad.
Siasatan polis mendapati kerugian besar itu diakibatkan oleh transaksi palsu, pelanggaran bidang-bidang tugas fidusiari serta pelanggaran bidang-bidang tugas berkanun.
Menurut laporan yang dibuat kepada pihak polis, Tajuddin dan rakan-rakan niaganya dikaitkan dengan kerugian besar itu.
Antara lain, kontrak-kontrak yang meragukan dilaporkan telah dianugerahkan kepada Edaran Komputer Sdn Bhd, Edar ALS Sdn Bhd, ALS Advanced Logistics System Gmbh dan ACL Gmbh.
Dua laporan polis telah dibuat pada 4 Januari 2002 dan 4 Mei 2005 terhadap Tajuddin dan rakan-rakan niaganya iaitu Raplh Gotz, Wan Aishah Wan Hamid dan Rizana Daud.
ps: terpulang sama kitak bila baca artikel ini.Bagi aku? Diragui atau tidak KPI Idris apa kepentingannya untuk aku? tetap jugak aku petani..hari-hari kenak panas matahari.Tetapi dalam masa yang sama marilah kita sama-sama berharap(berdoa?boleh juga)semoga Idris ni kerja sungguh2 lah bukan demi Nama Orang Ulu tetapi demi Imannya kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masing-masingnya kita manusia ini memang sudah ada rancangan Tuhan untuk kita maka menjadi kewajipan kita untuk sempurnakan rancangan Tuhan untuk kita itu.Adakah menjadi samseng dan pelacur juga adalah rancangan Tuhan? Hanya orang yang tidak Beriman sahaja yang mungkin berkata gitu.



Selasa, 25 Ogos 2009

Betul ke Rakyat Bimbang atau? hehe..

Rakyat bimbang senario politik semasa: TPM

SEBERANG JAYA: Tan Sri Muhyhddin Yassin berkata ramai rakyat bimbang dengan senario politik tanahair berikutan permainan politik pembangkang yang tindak menguntungkan negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat berasa tidak selamat berada di bawah pentadbiran pembangkang kerana terbukti mereka mengamalkan budaya asing. Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media di bilik operasi RTM di sini, hari ini.

1.Aku tak bimbang pun,kalau sekadar YB2 berperang mulut tu apa nak bimbang lain la kalau dah berperang guna senjata/senapang.
2. Waktu TPM ni cadangkan agar Pak Lah resign ari tu aku stuju tapi dengan kenyataannya ini aku tak setuju sangat.
a) macam mana dia boleh/dapat tau ramai rakyat bimbang dengan senario politik tanahair? dia ada pergi interview orang ka? sapa dia interview? orang BN? kenapa tak interview orang pembangkang atau pun orang 'berkecuali'? hehe..
b) bagaimana dia tau bahawa rakyat berasa tidak selamat di bawah pentadbiran pembangkang?
lawak...lawak..
ada ke nak buat keputusan bagi pihak aku..hehe..jangan takut la TPM kalau Pembangkang sekali pun yang mentadbir Malaysia ni,mereka tidak akan jual Malaysia la..entah2 lagi cemerlang,gemilang dan terbilang(kata2 Pak Lah) berbanding BN. kan...kan...kan...?

Isnin, 17 Ogos 2009

Keindahan Asap

Pemandangan Indah di Kaki 5 Pasar Asap.Kuam Ibu tanpa jemu menjual hasil tani mereka.Akan ada lagikah pemandangan indah ini 5-10 tahun akan datang?
Asap ku yang indah permai.Gambar diambil jam 7.00am,berhampiran dengan simpang masuk ke Lebu Kulit.

Khamis, 13 Ogos 2009

Jerebu(Hati ku)

Asap pada jam 2.30pm - 11/8/2009 (B)




Asap pada 11/8/2009 jam 11.ooam (A)

Kelihatannya Asap masih lagi berjerebu(Gambar A) ,tidak ada tanda-tanda hujan akan turun,gambar aku ambil dalam perjalanan ku ke Klinik Koyan(aku kurang sihat) sayup mata memandang adalah menara telekomunikasi yang menunggu(mungkin la hehe..) pilihanraya yang akan datang.Adakah ia(menara itu) akan menjadi 'mangsa?' pihak berkepentingan demi cita-cita? sama-samalah kita tunggu dan lihat.(Biar pun jauh di sudut hati-aku berharap sangat agar kedua2 belah pihak tidak menjadikan menara telekomukasi ini sebagai satu 'senjata' hehe..) carilah 'senjata' yang betul2 memartabatkan maruah Orang Ulu dudi hari.
Lepas 'pubat' masa aku nak balik,tiba2 cuaca berubah-seperti hendak hujan tidak lama kemudian hujan pun turun maka aku pun seronok-aku nak tau samada kata2 ku dalam posting yang terdahulu benar atau tidak. Maksud aku adalah samada jerebu itu memerlukan bilangan ujan yang banyak atau tidak untuk menghilangkannya hasilnya adalah seperti yang dapat dilihat dalam gambar B rupa-rupanya hujan 2 minit pun dah berjaya menghilangkan jerebu2 itu. Maka kesimpulannya adalah 'masing2 ada sinar untuk kedua2 belah pihak' hehe..

Dalam gambar(A) juga kelihatan anak2 kita menunggang motosikal ke sekolah,marilah kita semua berdoa dan berharap agar anak2 kita di SK Bt Keling,Sk Lg Gang dan SMK Bakun akan menjadi manusia sebaik-baik manusia.Tidak mustahil!

Isnin, 10 Ogos 2009

Asap-Ngelisun


Gambar Asap aku ambik pagi 8/8/2009-jam 8.30 pagi

Bila la ujan nak turun ya? bila la lisun2 ini pergi menghilang? Tak susah ke hati YB bila melihat gambar ni atau pun bagi YB ini hanyalah fenomena biasa yang saban tahun sudah dilalui oleh penduduk Asap lagi pun Orang Ulu ni adalah masyarakat yang gagah perkasa setakat jerebu apa la sangatkan?
Dan bila hujan mula turun nanti,aku percaya lisun2 ini tidak akan hilang semuanya, kalau ujan hanya sejam dua atau pun sehari suntuk sahaja mana la tau kan ada jerebu import dari tempat lain berhijrah ke Asap? maka tentunya dalam beberapa harilah hujan bertungkus lumus menghilangkan jerebu tu kan?
Ya hendaknya begitu jugalah pengundi-pengundi muda di Asap(khasnya) Belaga(amnya) mengubah lanskap budaya mengundi/memangkah calon dalam pilihanraya selepas ini.Hendaknya pengundi2 muda sedar bahawa zaman mengundi/memangkah seorang calon kerana calon itu adalah saudara mara atau adik beradiknya telah berlalu akan tiba budaya mengundi adalah berdasarkan penelitian yang teliti kepada karisma(hanya 1 contoh) calon itu,tetapi jika pun calon itu adalah saudara mara aku dan adik beradik aku tidak salah jika aku mengundi/memangkah dia jika dia berkarisma kan?(tak salah hehe..) satu lagi janganlah mengundi kerana dia adalah parti kerajaan(BN) dan hanya BN sahaja yang boleh membawa kebahagian dan jangan pula terus menutup pintu hati kita terhadap calon yang lain hanya kerana dia adalah pembangkang atau pun bebas yang mana mereka ini sinonim dengan kata2 'mereka ni hanya pandai dan banyak cakap sahaja-mana ada duit mereka untuk bahagiakan kamu' seperti kata orang2 tua 'belum try belum tau' tidak salah buat eksperimen kan? kerana melalui eksperimen maka produk yang terhasil adalah berkualiti tinggi kan? kerana kita tidak akan rugi apa2 jika kita bereksperimen banyak kali kita tak akan rugi apa-apa pun,kita buat eksperimen bukannya kita berperang pun,lain la kalau dalam proses kita bereksperimen itu kedua2 belah pihak berperang guna senapang dan pasang bom sana sini kalau cam tu aku pun tak mau bereksperimen-kerana tak pasal2 aku punya serai,aku punya lada,aku punya getah dan aku punya garuk musnah rosak teruk kerana dibedil entah oleh pihak mana kan? dan aku nak ke kebun pun akhirnya tak dapat dah orang berperang kan akhirnya aku juga yang rugi hehe....jadi kalau setakat tukar perahu tak jadi masalah lah kan? YB tukar pun aku tetap petani,jika YB pembangkang perintah Belaga pun cam ni juga la idup ku hehe..ADUN Belaga bila dilahirkan ya? banyak ke kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh YB2nya?(tanpa masukkan projek2 yang dibawa oleh kerajaan Negeri/pusat) maksud aku adalah hasil dari 'perahan minda' YB2 itu sendiri? Ada ke? entahlah.....
jadi kembali kepada pengundi muda tadi,seperti hujan yang mengambil beberapa jam atau pun hari untuk menlenyapkan jerebu dari bumi Asap ini maka begitulah hendaknya kita mesti mengubah lanskap budaya memangkah/mengundi di kalangan kita.Jika pun ada di kalangan pengundi muda ini yang Pro BN-aku tak marah dan tak kesah kerana aku pun tak Pro mana-mana pasukan,cuma pinta ku adalah jadilah seorang penyokong BN/Belaga yang vokal dan berwawasan yang boleh memberi panduan dan ingatan kepada YB jika dia tersalah langkah jangan lah menjadi sebagai seorang penyokong yang semakin memendekkan jangka hayat BN di Belaga manakala kepada orang2 muda yang Pro pembangkang aku mohon jadilah penyokong yang selalu hadir dengan idea2 yang praktikal dan pragmatik dan jadilah pembangkang yang berwawasan yang melihat bahawa maruah 'Orang Ulu' keseluruhannya adalah agenda utama perjuangan bukan seperti pembangkang2 di musim2 nan lalu yang hanya timbul bila dekat sangat dengan pilihanraya-ah! tentu ada agenda tersembunyi.Aku selalu dengar bila dekat dengan musim pilihanraya ada saja orang2 yang perasan diri mereka berpotensi dan membawa aspirasi rakyat mencalonkan diri tetapi bila di'pok dengan kelumak kelbu' maka dia yang menggigil kesejukkan tadi terus senyap.Betul ke ada yang cam tu? hehe....hanya dia sahaja yang tahu,tetapi aku belum juga melihat gerak langkah pihak pembangkang ni sehingga kini,adakah kerana sibuk dengan tugasan harian atau pun sudah di'pok dengan kelumak kelbu'? hehe..aku tak tau-ada baiknya anda mulakan langkah dari sekarang wahai pembangkang supaya bila tiba musim mengundi/berkempen nanti maka isu2 masyarakat yang anda bawa tu akan ada 'cengkaman dan genggaman' kenapa? tak percaya? hehe..tanya sama itu Uma Nyaving Sg Asap lo....hehe..tapi harap2lah anda menjadi pembangkang yang 'beriman'. Begitu juga dengan kem BN,tak kan tak da apa2 kot? jangan selesa sangat, pengundi/rakyat Belaga semakin terbuka minda mereka sekarang ini-silap ari bulan-rebah la BN nanti.Apakah sebenarnya kelemahan atau kekurangan BN di Belaga ini? entahlah aku belum kaji sangat2 tapi daripada pemerhatian sepintas lalu ku adalah-susah sangat kita hendak berhubung dengan dengan YB,eh kan telefon dah ada,internet dah ada? guna aje la,tau tapi kadang2 mau juga kita orang2 muda ini nak berdiskusi/berdialog dengan YB,nak juga kita tau apa plan pembangunannya untuk orang2 Belaga tapi sekarang? agak susah la-balik bila ada hal2 penting sahaja.Tidak teringin ke YB membina(pinjam kata2 JE hehe..) bilik khidmat masyarakatnya di Belaga/Asap? manalah tau pengundi2 di kawasan YB sangat2 memerlukan pertolongan YB.
Mungkinkah YB takut kerana pengundi Belaga ni mata duitan? aku pernah kena tahun 2006 yang lepas aku yang tak da apa2 kaitan dengan BN dan pembangkang ni keluar juga 2-30 ringgit biar pun berkali2 aku bagitau bahawa aku bukan tim ini dan bukan tim itu tetapi mereka tak percaya akhirnya aku bagi juga la-biar pun aku bukannya kaya(wang ku dicopet orang hehe..) mungkin itu sebabnya YB? hehe..ini jugalah cabaran pengundi2 muda bahawa kita mengundi bukan disebabkan oleh 20-30 ringgit tetapi kerana kita adalah rakyat Belaga/sarawak/Malaysia yang sedar dan tahu hak dan tanggungjawab kan? jadi kita adalah 'mesin' perubah/pengubah mentaliti pengundi Orang Ulu di Asap/Belaga.
rupa2nya panjang dah aku menulis-aku stop sinilah jumpa lagi.
Nota: sehingga ke hari ini-10/8/2009 jerebu di Asap belum berkurangan,agaknya berapa bacaan IPU nya ya?

Selasa, 4 Ogos 2009

Siapa aku 10 tahun akan datang?

Anak Biak Uma Nyaving Sg.Asap-Pelajar Sk.Bt Keling Belaga.
Harap-haraplah bila mereka ini dah besar panjang nanti mereka akan menjadi sebaik-baiknya manusia-dalam bahasa mudahnya 'ada guna' untuk komuniti Kayan Uma Nyaving. Jangan pulak jadi 'kecik tak nak mampus,besar menyusahkan orang' aku bukan berdoa agar mereka jadi gitu sekadar meminjam kata2 P Ramlee dalam lakonannya hehe..semoga mereka ini akan jadi Father(Paderi),Misi(Nurse), Cikgu dan apa2 sahaja kerja2/benda2 yang positif.
HIDUP BIAR BERGUNA!

Khamis, 30 Julai 2009

Akui Sayang Ikak Uma Nyaving

Uma Nyaving Sg Asap tegu Jehima(7am)
Biar pun Uma Nyaving miskin aku tak akan biarkan diri ku miskin
Biar pun Uma Nyaving tidak tinggi ABC nya Aku tak akan biarkan diri ku ditipu
Biar pun Uma Nyaving tidak ada padang bola sepak itu bukanlah alasan untuk aku tidak pandai sepak bola
Biar pun Uma Nyaving tidak ada kereta aku boleh jalan kaki
Oh! Uma Nyaving ku sayang, banyak lagi ungkapan bicara ku yang hendak ku mulakan dengan irama 'biar pun' tetapi cukup lah ini.
Apa yang kau mesti tau Uma Nyaving bahawa aku sangat-sangat menyayangi dan mencintai dirimu
biar disimpan Uma lain didepan ku biar diberi sejuta untuk ku berpindah Uma aku tak akan pergi, Uma Nyaving abadi selamanya dihati ku.
Engkau tidaklah segagah Uma lain Uma Nyaving
Engkau belum pun melahirkan Ph.D, degree? hanya sekerat dua.
anak2 mu masih ramai yang bodoh! bangang!
tetapi itu bukan salah mu Uma Nyaving
itu adalah salah manusianya
itu adalah salah manusianya yang berimankan duit bertuhankan manusia
kerana apabila manusia berimankan duit bertuhankan manusia
maka kata2 Tuhan dalam injil tidak dihormati maka gereja pun teraniaya
kata2 manusialah yang mesti dihormati kata2 manusialah yang mesti dipatuhi
kerana itu lahirlah bicara bahawa 'Jesus dan Bungan Malan adalah bersaudara'
dan Uma Nyaving,penduduk2 mu percaya belaka maka jadilah penduduk mu seperti makanan rojak-iman mereka bercampur aduk mereka lupa 10 mesej Tuhan kepada mereka-Tuhan minta jangan sembah Tuhan lain tetapi umat Uma Nyaving?
kasihanlah engkau Uma Nyaving.
Usia mu dah berabad,bermula di Apo Kayan dan denyut nadi mu terus bergulir
tidakkah engkau sedih Uma Nyaving bila dari Uma Lain berderet manusia Ph.D nya?
Apa yang engkau ada hanyalah kebanggaan untuk masa silam sahaja bila engkau pernah melahirkan YB
tetapi kenapa engkau masih begini Uma Nyaving? apa jasa dan sumbangan YB untuk engkau Uma Nyaving?
berapa ringgit sudah dia berikan untuk engkau Uma Nyaving?
malanglah nasib mu Uma Nyaving
kebaikan mu tidak pernah dihargai tidak pernah dibalas dengan kebaikan
kebodohan,kebengapan,kejahilan dan kebangangan diri telah dieksploitasi demi
untuk perut sendiri
demi untuk nafsu sendiri
segala-galanya demi untuk diri sendiri
tinggallah engkau seperti sungai Rejang dan Balui yang mengalir lesu
tinggallah engkau seperti Sungai Asap yang tanpa rela telah rela menerima taik manusia
tinggallah penghuni tua mu dengan hari hari tua mereka menghitung hari tanpa pernah merasa sedapnya ayam KFC
tinggallah penghuni muda mu tertelan liur melihat orang muda Uma lain berkasut nike
tetapi
usahlah engkau begitu pilu Uma Nyaving
kerana selagi ada hayat dikandung badan
dan selagi matahari belum terbit dari barat
maka selama itulah aku akan meniupkan semangat baru ke jiwa mu Uma Nyaving
maka selama itulah perjuangan 100 tahun ini tidak akan dan belum berakhir
kepada kawan2 Uma Nyaving di mana sahaja kita berada usahlah dan janganlah kita malu menjadi Kayan Uma Nyaving Sg.Asap dan janganlah hendaknya kita lupa bahawa Uma Nyaving memerlukan kita.Usahlah kita berasa selesa dengan apa yang kita ada hingga kita lupa menyumbang bakti kepada Uma Nyaving.
MURIP UMA NYAVING!!!!

tulong aku

Ini buah sawit( 2 tandan tu) apa cerita, ada masalah ke 2 tandan sawit tu? kepada kawan2 cuba beri idea samada 2 tandan tu ada masalah dalam idup atau tak? hehe..